Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, April 9, 2010

Mari Membeli Kereta #7 - Sabar Itu Separuh Daripada Iman

sekarang tengah proses buat loan.

hari Ahad pak sedara dah pergi bank dah. hari Isnin pulak bank dah call Si Dua mintak confirmation pasal kerja, gaji dan bla bla bla.

so, aku fikir, wah! efisiennya bank tersebut.

tapi sampai sekarang aku tak dapat apa-apa jawapan mengenai loan tu. samada lulus atau tak.

kalau gabra je, mesti terus call Si Ayah dan tanya macam-macam. ending dia aku akan dapat statement macam ni.

'hai, dah tak sabar sangat ke nak dapat kereta?'. aku jawab 'dah tak sabar. bulan 2 lagi dah nak!' - durhaka!

tak pun 'ala, tunggu je la dulu, ada la tu nanti'. aku jawab 'tengah tunggu la ni. dari bulan 2 dah tunggu' - durhaka!

tak pun, 'nanti la tanya pak sedara apa jawapan dia. ayah pun tak tau jugak'. aku jawab 'ok la' - yang ni takleh nak durhaka sangat.

aku jadi gabra sebab aku check dalam internet, kata amik masa dalam 1-2 hari je untuk luluskan loan. jadi aku bagi la masa dalam 2-4 hari.

kalau ikut kalkulator harian aku yang super-eksaited-nak-dapat-kereta ni, sepatutnya hari Khamis, bank dah telefon Si Dua dan bagitahu update.

oh ya, aku pakai nama Si Dua sebab aku takde slip gaji!

*grin*

Si Dua pulak nak guna kereta idaman aku tu dalam masa seminggu pertama. tak boleh! aku tengah gila eksaited ni, mana boleh kasi orang lain dulu.

lepas tu, boleh pulak kan Si Dua takut-takutkan aku, bila aku tanya takde update ke pasal loan? dia kata loan tak lulus lah, maybe kereta tu tak boleh nak jual lah, kena beli kereta lain lah, dan bla bla bla.

aku, apa lagi. terus talipon Si Ayah dan Si Ayah akan automatik menjawab semua pertanyaan saya seperti kaunter pertanyaan percuma. layan je la anak mu ini, ayah ku.

dan jawapan Si Ayah itu akan berakhir dengan salah satu statement seperti yang tertera di atas yang telah saya khabarkan di awal cerita.

jadi sekarang apa yang saya boleh buat cuma la mengurut dada, menyuruh sabar.

sabar Cik Ralat, sabar!

No comments: