Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, April 23, 2010

Mari Membeli Kereta #10 - Gantirugi

ni cerita minggu lepas. tapi baru rasa nak taip hari ni. aku kan malas. isk.

sehari selepas aku balik kampung, dengan penuh sebal aku bercerita dengan Si Orang Kampung mengenai rasa kecewa dan hati yang membengkak sebab kereta idaman takkan berada dalam tangan lagi. dan aku tercerita la jugak pasal deposit yang dibayar balik oleh owner kereta idaman.

dia bayar sehari selepas tu.

tapi dia bayar cukup-cukup je dengan duit deposit tu. takde lebih. fine la kan. konon macam mengikut syarat sangat la tu.

tapi Si Orang Kampung macam urge aku suruh mintak lebih daripada deposit tu, dengan alasan yang membatalkan jual beli ni adalah pihak owner kereta. dan aku sudah ada runner which is my own uncle yang ke sana ke mari menguruskan financial loan dan everything, so I got to pay him something, aite?

normally, if I am the one that canceled the process, then the deposit will be burn. jadi, kalau dia yang batalkan, dia kena la bayar balik, should be double the deposit.

maka, aku hantar sms 3 link semata-mata untuk menerangkan dengan panjang lebar dan berhemah juga lemah lembut untuk memintak balik duit lebih. my bad, sebab aku terlalu awal bagi nombor akaun aku, dan tak mintak awal-awal daripada dia, dan dia masukkan deposit itu lebih awal.

lepas tu baru aku macam terasa terdesak dan nak mendesak dia ekoran sakit hati dan bengkak perasaan yang dia tinggalkan pada aku.

tapi, aku tak berharap sangat pun.

sebab hantar by message je kan, u can just ignore the sms. delete it and block my phone number or whatever, tapi memang itu lah yang dilakukan oleh owner kereta sebab sampai sekarang aku tak dapat balasan.

kes habis di situ, sebab aku tak reti nak paksa-paksa stranger.

tapi 2 hari lepas tu aku dah start mereng dan terfikir pasal kerugian aku, maka aku resend the sms. but as usual, tidak mendapat sebarang sambutan. aku siap cakap, 'mintak maaf, harap awak paham' tapi for sure la buat-buat tak paham pun takpe, takkan merugikan apa pun pihak dia, aite?

tapi, aku lah rugi.

damn!

No comments: