Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 1, 2010

Mari Berpiknik Dalam Bas

tadi petang, lepas beria siapkan karangan mengenai kelaparan perut yang belum diisi, maka aku pun mengorak langkah ke cafe berhampiran.

ala, ada satu je pun cafe kat situ. ceh.

dalam kepala sedang bersidang. nak makan Nasi Goreng Ayam yang kenyang tapi kena tunggu lama ke atau nak beli kuih yang dah lemau sebab dah petang?

jam dah 1715, memang waktu aku untuk ke bus-stop dan menunggu bas lah. takkan tunggu Si Cekgu pulak kan?

sambil berkira-kira, tangan aku laju je isi popia 4 batang, cekodok 4 biji, dan last but not least 2 sosej berbalut roti dalam plastik berasingan. nasib baik tak berhenti order burger!

ni semua gara-gara perut yang banyak bunyi.

beli pulak air tin cincau.

sambil tunggu bas, kunyah cekodok barang sebijik dua. eh, ke seulas? entah.

bila dalam bas, aku pilih seat paling belakang sebelah pintu kecemasan.

kat situ, aku buat mini piknik sorang-sorang.

tapi kadang-kadang, bila aku makan sorang-sorang macam tu, terasa macam tengah makan depan orang ramai di bulan puasa. rasa macam buat salah.

eh, tapi aku tak pernah buat real masa bulan Ramadhan. korang pernah ke?

dalam kepala duk fikir, kenapa orang lain tak makan? sambil tu mulut laju je sambung kunyah popia pulak. tak sedap. taknak beli lagi lain kali.

hari pulak dah hujan rintik-rintik, ombak bergelora. nasib baik lambat bertukar jadi hujan lebat dan banjir kilat.

sempat je aku sampai kat rumah tanpa basah kuyup macam semalam.

oh ya, kuih-muih tu semua tak habis pun. lepas makan popia tak sedap, maka selera terus hilang. ambik banyak-banyak pun sebab nafsu. isk.

moral of the story, jangan nak membazir!

No comments: