Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, April 9, 2010

Kompleks #28 - Duniawi Kerja

tadi malam, sorang hosmet aku dah terkeluar rumah - Si Ernie.

dah dapat kerja best dekat tempat lain. dah tinggal 5 orang je hosmet. orang bilik tengah memang selalu tak tetap iman agaknya.

best ke dunia kerja ek?

aku macam dah bosan dengan dunia study dan study ni, tapi serasa aku lah, macam tak berapa nak bersedia untuk mulakan kerja. bangun awal, redah jam, pergi kerja, minum pagi, lunch sama-sama, redah jam nak balik pulak.

ceh, macam dah ada kereta je kan. haha.

tak pun macam real je waktu kerja aku macam tu. entah-entah kena balik lewat ke ape ke. tapi kalau pergi kerja lewat, takpe. aku suka!

boleh pulak soalan terakhir Si Ernie semasa peluk ciom aku before blah adalah

'macamana kau punya percintaan tu?'

'haha. dah takda pape kot. aku lepas lah. biar la dia nak dengan budak tu'

malu tau, malu!

*tutup muka*

No comments: