Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 8, 2010

Kompleks #26 - Antara Dua

dia kata saya yang bersalah.


dia kata saya yang bersalah. saya yang dingin dengan dia, menyebabkan dia beralih arah.

dia kata saya yang bersalah. saya yang buat dia terasa terhegeh-hegeh macam orang takde maruah.

dia kata saya yang bersalah. saya yang buat dia tidak keruan dan buat keadaan jadi lebih parah.

dia kata saya yang bersalah. saya yang suka cari skandel lain kemudian dia jeles dan buat dia marah.


saya rasa dia yang bersalah.


sebab dia mencari yang lain semasa luka saya masih berdarah. sepatutnya dia tolong merawat luka saya sebelum ia menjadi lebih parah.

sebab dia berkongsi bahagia dengan yang lain sedangkan saya jadi tak tentu arah. sepatutnya dia menumpukan kasih kepada saya untuk mengelak berbalah.

sebab dia tidak mengaku apa jua kesalahan walaupun nyata dia yang bersalah. sepatutnya dia minta maaf, sedar dan berjanji takkan buat lagi salah.

sebab dia tidak boleh memilih antara kami, samada saya atau Si Minah. sepatutnya dia dah boleh fikir siapa yang lagi bertahan dan siapa yang cepat mengalah.

tapi takpe lah, sebab saya dah dapat tahu berita baru ni, maka saya beralah!





dan beralah tidak bermakna saya kalah.

2 comments:

Anonymous said...

sapa kata sy xmengaku bersalah. sy mmg yg bsalah dan yg harus dpersalahkan. di sini dengan sejujurnya sy mengaku sy bersalah n sy tau awk xleh nk mmaafkan sy even sy memohon maaf.. jika awk mmaafkan pon tidak memberi kesan kepada diri awk yg awk mmg terluka, berdarah n akhirnya akan bparut merah. sy malu nk memhon maaf. sy sy pohon kemaafan. sy masih mengharap takdir even sy yg melawan takdir..

Si Ralat said...

mengalah!