Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, April 5, 2010

Kompleks #24 - Hamik La!

malam semalam.

mata tak mahu lelap. sebab kepala sentiasa berpusing. berfikir dan terfikir.

kenapa kah, mengapa kah, bila kah, ada kah, bagaimana kah, dan semua lagi yang berakhir dengan -kah selain daripada kah kah kah.

sambil berdoa kuat-kuat pada Yang Satu, berterima kasih dan bersyukur kerana aku diberi petunjuk untuk aku buat keputusan yang tepat.

dengan mata terpejam rapat, peluk bantal erat-erat, tapi still tak boleh nak berhentikan imej-imej yang terhasil dalam kepala. suara-suara halus yang berbisik dari jiwa raga. dan esakan kecil dari sisa tangisan petang tadi.

sudahnya sampai jam 0422, aku masih terjaga. ngilu betul ada perasaan macam ni.

sengal!

ceh.

keputusan yang aku buat adalah seperti di bawah.

dah lah. hambik la dia kalau kau nak sangat!

aku boleh cari yang lain. bukan susah pun.

*sambil buat muka sombong*

No comments: