Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, April 4, 2010

Kompleks #23 - Bicara Hati - Masa Untuk Kembali


Hari ini saya belajar sesuatu. Sesuatu yang saya kira teramatlah mendalam sehingga semua bahagian dalam hati saya terasa perit.

Setiap insan dalam dunia ini tak kira betapa beza fizikal mahu cara dibesarkan serta latar belakang kehidupan dan sejarah, punyai satu persamaan, yang mana kita semua tidak suka disakiti berkali kali.

Kita semua ada tahap kesabaran dan satu tahap yang mana kita tahu tidak mampu lagi kita menahan sesuatu yang cukup berat dan perit bagi kita untuk terima. Dan bilamana kita tidak lagi mampu menahan, kita seringkali rebah dan jatuh tatkala air mata sama sama turun mengalir perlahan.

Bilamana kita sayang kepada sesuatu dengan sepenuh hati dan raga, kita cenderung memaafkan perkara perkara kecil yang dilakukan, biarpun jikalau orang lain yang melakukan pasti kita akan hina dan maki, tetapi tidak kepada orang yang teramat kita sayangi itu.

Mengapa?

Kerana jelas sudah saya sebut tadi kita terlalu sayang dan kita cuba terima semua kelemahan dan kekurangan dia, pejamkan sebelah mata.

Akan tetapi bukan kah tidak adil kira nya hanya kita yang berusaha dan mampu menerima seadanya?

Tidak kah kejam untuk hanya kita dibiar berenang dan lemas seorang sedangkan ketika kapal kita naiki bersama, kita berjanji jika karam, pelampung akan kita kongsi berdua?

Sungguh mengecewakan ketika kita bermanis mengeluarkan janji, seringkali kita tidak fikir implikasi bila kita terlanggar dan gagal menunaikan kata janji itu.

Saya selalu menyangka, yang ini tentu terbaik dan terakhir untuk saya.

Sebab itu saya pejamkan mata untuk semua. Bagi saya semua flaws dan cela itu saya anggap sesuatu yang istimewa, tak semua orang ada.

Begitu sekali saya tipu diri saya. Tapi itulah cinta. Mengaburi pandangan mata. Hati juga kabur sama.

Saya cuba sedaya mungkin untuk bertahan. Keep holding on, kata kawan kawan dan semua di sekeliling saya. Yang tidak tahu, mereka sangka saya cukup gembira. Kerana memang fitrah saya senyuman sentiasa terukir biar perit mana dugaan mahupun terik mana cuaca.

Sudah cukuplah saya selindungkan semua itu.

Saya sudah terlalu lemah, ibarat ini lah pangkal nyawa bateri saya, tak lama lagi mungkin terus mati, tak boleh digunakan lagi. Saya tidak mahu hati saya mati. Tidak sama sekali.

Kalaulah saya berkemampuan untuk foresee semua sedari awal lagi, sudah lama saya hentikan menyeksa diri. Tapi kita semua selalu cuba mengatasi kemampuan diri. Kita cuba lakukan semua perkara tanpa memikirkan kemampuan kita dan adakah kita punya daya.

Lumrah manusia. Bila suka, kita tentu akan cuba bersungguh sungguh sekali.

Saya rasa sudah sampailah masa.

Saya sudah berusaha, namun tidak ada sedikit pun penghargaan. Saya disakiti berkali kali dan hak saya untuk mengadu mahupun didengari tidak langsung diberi. Saya patut tahu, ini masa untuk saya pergi.

Suatu masa dahulu, Saya pernah menjadi seorang yang sangat berdikari. Saya akan pulang semula ke waktu itu.

Masa untuk kembali. Kembali menjaga diri sendiri.

Saya tak mahu kesat airmata lagi.




*amik dari sini, tapi rasa tepat dengan kondisi diri sekarang. sigh.

2 comments:

fara_D said...

OMGEE this is quoted from my entry!!
TQ!
nape tak tinggalkan komen di blog farah, tell me you like ths post, i can write better if u want.
i appreciate my readers, and you are one of them so u deserve *hugs*.

keep on reading, shall i put u on my blog list as well?
hit me back. ;)

Si Ralat said...

ya. i`ll put urs in mine too.

btw, nice words in ur blog. and thanks!