Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, April 4, 2010

Kompleks #22 - Mari Merancang Masa Depan Anda

susah nak terima. masih dalam state belajar menerima. bukan menerima kembali ada, menerima untuk tiada.

that's why it's even harder.

harini cerita pasal hati je. lagipun matahari tengah jatuh, lagi la perasaan berkecamuk.

dan aku juga bosan sebab sorang-sorang je kat rumah. andai aku dah punya kereta idaman, alangkah indahnya hidup ni.

nak pergi beli deodorant pun tak payah fikir dua kali nak kena ajak hosmet yang berkenderaan. senang je pergi sendiri dan beli banyak-banyak termasuk stok makanan. hanya boleh diaplikasi jika sekiranya punya wang.

berbalik pada topik. ceh.

malu sebab kembali menagih. macam orang yang tak sedar diri, takde harga diri. macam tak membuka mata untuk orang lain sekeliling anda. yang tak ada kat sekeliling pun boleh juga.

skandel lain telah terabai sekejap sebab aku pun macam terbuai-buai dengan episod cinta yang takde ending. ewah.

selalu je jadi macam ni.

state 1 - khayal!

bila aku sayang dekat seseorang tu, bila aku dah bagi harapan, dah membina impian, kemudian aku dibiarkan terbuai-buai macam tu, sorang-sorang!

state 2 - sedar diri!

masa tu baru aku sedar sebenarnya aku dah terjatuh dan sakit pun baru aku dapat rasa.

state 3 - revolusi!

lepas tu, aku akan amik masa nak sedar diri hiasi peribadi, buat tembok perasaan dan berjaya!

state 4 - rombakan!

then, again dia akan datang merombak tembok tu, buat aku terbuai-buai lagi di tahap tertinggi, dan akhirnya melepaskan aku - jatuh. lagi sekali.

back to state 1 - 4 and again and again and again.

circle ni berulang-ulang sampai sekarang. kelakar kan? bila aku rasa aku tough around dia. aku tak pernah kata tidak. never says no, bak kata Joe Kingman. ceh.

soalnya sekarang salah siapa kalau aku punya hati yang baik macam ni? ataupun boleh rephrase dengan ayat - salah siapa kalau aku punya perasaan yang bodoh macam ni?

benda tak boleh nak paksa, tak boleh nak halang, tak boleh nak create.

kena sendiri pandai buat keputusan. dan kena ikut! bukan buat, tapi asyik langgar peraturan.

isk.

oh ya, sekarang aku dalam State 2.

lepas ni aku ingat nak buat tembok yang lagi power!

No comments: