Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, April 7, 2010

Kisah #9 - Mafia Wars

sedang giat mengalihkan kawan-kawan reality ke dalam akaun FB yang baru. FB lama hanya untuk rakan mapia sahaja.

komited tak? ceh.

saja. sebab kadang-kadang rasa malu pada kawan-kawan yang macam dah matang dan tak main benda alah dalam FB. aku je macam terikut-ikutkan sangat.

aku pemalu, oke?

lagi malu pada kawan-kawan sekolah yang belajar kat luar negara. entah kenapa, kadang-kadang aku rasa hidup aku jauh berbeza daripada mereka semua. mungkin kalau masa SPM aku ok, aku jugak sekarang sudah ke sana.

perasan!

tapi sekarang aku end up dengan siapa, buat apa - semua mencerminkan benda yang kurang best. jadi kadang-kadang datang perasaan rendah diri. cis.

eh, tak baik tau buat comparison.

aku nak macam mereka. mungkin sebab aku memang dari dulu dah target macam tu, tapi target je, usaha kurang. isk. mungkin bukan masanya kot. mana tahu rezeki aku masa sambung study nanti.

harap-harap la.


sekian, entri mengarut saya!

1 comment:

Anonymous said...

mafia la best