Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, April 6, 2010

Kisah #8 - Di Persimpangan Dilema

tadi sedang dalam perjalanan pulang, perut berlagu minta diisi tambah dengan nafsu yang berdehem minta diikuti dengan duit yang banyak minta dibelanjakan. ceh.

simpan duit mau bayar kereta meh!

sanggup jalan-jalan sampai hujung simpang, jumpa Makcik Jual Kueh dan belanjakan uwang.

Makcik Jual Kueh pulak beria-ia bermasyarakat dengan aku pulak hari ni. duk cerita dalam nada membebel kat aku mengenai pekerja beliau yang lambat dalam buat kerja iaitu menghasilkan kuih yang bermutu lagi sedap dalam jumlah yang banyak dengan kuantiti masa yang sedikit. isk. aku layankan aje la.

aku kan sopan santun dan menghormati orang tua.

dah kerja menjual beli 3 minit jadi 10 minit sebab Makcik Jual Kueh adalah mesra alam dan aku pulak melayan.

sudahnya dapat la kuih extra - hasil mendengar luahan rasa Makcik Jual Kueh.

trimas makcik!


*tajuk tiada kaitan.

No comments: