Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 1, 2010

Kisah #7 - Demam Datang Lagi

semalam.

badan dah start seram sejuk balik. kipas dengan kuasa 2 pun aku kena pakai selimut tebal. sebelum ni kuasa 4, rileks je peluh keluar merembes.

kepala pulak macam pusing-pusing. sekejap rasa ringan, sekejap rasa melayang. sekejap rasa boleh fokus, sekejap rasa macam kena pejam mata dan rehat.

jam 2338, dah selamat sms good nite pada Mr.Crab.

ni mungkin ada kaitan dengan hujan semalam. hujan lebat gila, tapi aku redah jugak. masa nak hantar paper ilmiah tu. ceh. lepas tu masa nak balik rumah.

gilak. kena harung banjir sampai basah seluar paras lutut.

bawah terowong. longkang tersumbat kot. ada pulak pemandu kereta yang pesen takde adab, selamba je bawak kereta laju-laju. sampai air dekat kaki pun boleh sampai dekat muka. bangang punya orang.

dah habis meredah kat situ, jumpa budak berumur dalam lingkungan 13 tahun.

'tak dalam ke tu kak'

entah apa entah dia tanya. tapi bunyi 'kak' kat belakang tu memang clear, sebab masa tu baru aku perasan yang dia tengah bercakap dengan aku. aku pandang je dengan muka tak bersalah.

maaf dik, akak kena pokus pada aliran air banjir kilat yang laju ni. isk.

dah basah lenjun gaya orang mandi hujan je.

balik rumah, terus masak dan mandi basuh kepala. nak elak demam orang kata. betul ke?

tapi pagi tadi, kepala masih pusing-pusing sikit. cuma beratkan jugak nak melangkah ke lab, sebab esok macam rasa nak buat cuti umum je. ceh. lagipun teringat pada sindiran Si Cekgu semalam.

tapi, sudahnya macam ni jugak.

aku kalau datang lab dengan takde tujuan atau matlamat sehari lebih awal, memang ending dengan update blog je la - mengadap pc slow ni.

kuku pun dah start tukar jadi warna biru ni. perut belum isi. sampai je tadi, terus beli 100 plus. apa kaitan?

oh ya, aku sekarang dah masuk sem 3, tapi baru semalam aku dapat confirmation daripada Si Cekgu bahawasanya aku kena tukar kaedah. again. buat kali ketiga dah ni. setiap satu sem, aku tukar teknik. hebat tak aku?

dah, taknak cakap pasal lab. buat aku tensi saja.

haish.

No comments: