Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 22, 2010

Kisah #12 - Macamana Nak Jadi Rajin?

tadi makan-makan bersama crime partner. eh tak tak. lab partner. aku, Si Anak Ikan, Kawan Si Anak Ikan dan Si Foreigner. first time makan beramai-ramai, tapi kekurangan Si Rajin dan Si Ibu.

tak banyak benda tidak ilmiah dibincangkan sebab masing-masing tak pernah kenal hati budi melainkan hanya bab-bab research sahaja. sangat tidak bermasyarakat.

*grin*

so, nak break the ice, aku tanya la Si Foreigner. apa sudah jadi sama research, sudah sampai state mana memandangkan aku dan dia berada dalam semester yang sama, jadi perlu bagi aku untuk sama taraf, walaupun aku kurang rajin berbanding dia. ok, cerita lain tu.

tapi tiba-tiba dia keluarkan statement berbunyi,

'i am so tired with the experiments. i kept doing the research till i can't find the time to rest. i didn't get any time to go to vacation and enjoy myself'

gulp!

terkesima kejap dengan kata-kata tersebut.

aku ni punya la banyak benda yang aku buat sepanjang setahun setengah menghambakan diri kepada Si Cekgu. tsk tsk. komitednya beliau. aku siap boleh bercinta, putus cinta, amik lesen, cari kereta.

memang all that stuff nampak remeh, tapi sebenarnya ia ada mengambil masa dan jiwa aku. ceh.

dan memang betul, sebagai seorang foreigner student, adalah agak menjadi kewajipan kepada golongan itu untuk berjalan-jalan dan berlagak seperti tourist apabila berada di negara orang.

tapi, aku macam tak sangka la dia sangat rajin macam tu. tsk tsk.

macamana mahu komited seperti itu jugak?