Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 15, 2010

Kisah #11 - Hari Tidak Berfungsi

hari ni dimulakan dengan bangun time tak berapa nak pagi. nak pergi mandi ternampak kelibat 3 ketulan najis anak-anak kecik di depan sudut pintu bilik mandi. bau yang sangat harum menusuk-nusuk dalam hidung walaupun dengan sedaya upaya telah menggonyoh badan secara lembut dengan menggunakan shower foam jenama PH 5.5.

ceh.

lepas tu bersiap-siap dan siap dan siap, dengan pakai tudung melilit kat kepala sampai terasa macam susah nak bernafas. sudah tu, susah pulak nak pakai earphone nak dengar mp3 sepanjang perjalanan ke bus stand. nak keluar bilik terpaksa lagi menghidu bau harum ketulan najis tadi. tak sempat nak bersihkan.

kena kejar bas!

dalam perjalanan ke bus stand tu, dengan panas terik sebab keluar masa bayang-bayang paling pendek dan kereta yang lalu lintas jugak banyak. kena seberang satu lagi jalan sambil bas yang ditunggu-tunggu sudah pun mula bergerak. bagi signal kepada salah seorang penumpang tanda;

'saya nak naik bas. sila suruh pakcik tu berhenti kejap tunggu saya!'

dia cuma pandang saya, pandang pakcik bas, pandang saya lagi. lepas tu dah tak nampak sebab bas dah jauh berlalu. lantas berlari-lari anak kecil mengejar bas tapi tak sempat. bas dah pergi dan serta merta terbuat lompat bintang kat situ dengan eksesais mulut dengan perkataan buruk 'bodoh!' 'bodoh!' dan 'bodoh!'

jangan tiru aksi ini di depan ibu bapa mertua anda.

sampai saja di lab, bersusah payah melakukan 2 kerja dalam masa yang sama iaitu membuat slide show untuk dipersembahkan dalam meeting bulanan yang Si Cekgu jadualkan sambil juga bermain Mafia Wars kegemaran. setelah berjaya membuat 3 slides, berhenti dan terus mencari makanan kerana terasa sangat lapar dan kosong perut ini.

starving!

masuk meeting lambat, tapi tak dapat jegilan atau jelingan atau ugutan atau kemarahan daripada Si Cekgu. sah, mood adalah agak baik. maka, dengan beraninya tak present slide sebaliknya memberi ceramah sepatah dua kata sahaja dengan riak muka orang yang telah berusaha sedaya upaya supaya nampak bahawasanya memang telah membuat kerja setakat yang termampu oleh jiwa dan raga. maka esok diisytiharkan adalah cuti umum untuk diri sendiri.

sebab esok balik kampung!

sekarang sedang menunggu masa untuk pulang ke pangkal jalan selepas mendapat tahu jadual masakan di rumah adalah sudah dibubarkan. maka tiada lagi entri Hari Memasak Saya selepas ini.

sekian, terima kasih kerana membaca entri mengarut saya.

No comments: