Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, April 7, 2010

Kisah #10 - Hari Awal Saya

hari ni hari awal aku.

awal datang lab. awal sejam je pun, tapi Si Anak Ikan gila terperanjat tengok aku. Si Kawan Anak Ikan pun sama. ish. lab pun masih sunyi masa aku jejakkan kaki. ceh. dah tu, aku datang lagi awal daripada Si Foreigner kot. dia pun buat muka terkesima.

hebat tak?

aku jugak awal siapkan sampel. konon-konon terus nak coating hari ni. kalau ada result, jadi aku sudah boleh present dalam progress meeting untuk kali yang entah keberapa. tiba-tiba pergi, Encik Pistol Elektrik tu taknak cooperate la pulak. dikatanya mesin tu rosak. maybe la mesin tu rosak, tapi 2 hari lepas dah ok. sebab masa awal-awal aku datang, dia kata malas nak buat sekarang sebab nak kena cuci setiap kali masuk sampel, tiba-tiba pakai alasan yang kukuh sikit - mesin rosak.

terus aku jadi blur.

dan seterusnya, of course la aku terlebih awal pulang ke rumah. jam 1600 dah pun menunggu bas nak balik. sebab apa yang dirancang tak menjadi. tadi aku plan, kurang-kurang dalam sejam jugak buat benda alah tu. tapi dah tak jadi, nak buat macamana.

dah lah tak payah masak, semua hosmet makan kat luar. hilang separuh penat. balik je terus basuh baju, online, mafia business dan mahu rehat!

agak-agak malam ni tidur awal tak?

No comments: