Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, April 7, 2010

Edisi Kenangan #3 - Mr.Magoo

'kenapa masih menulis tentang dia?'

ya, aku selalu menulis tentang dia. mungkin akan sentiasa menulis. selagi dia masih ada dalam hidup ku. walaupun yang tinggal kini cuma sisa-sisa.

tapi saki baki yang wujud itu masih mampu memberi aku peluang dan ruang untuk mencatat dan mengimbau segala kenangan yang ada. masih boleh menghasilkan luahan rasa dan bicara mata pena yang akan aku memoirkan di sini.

dia adalah hidup aku.

dalam aku ada dia, sentiasa akan ada. terlalu banyak benda, harapan, kenangan dan impian yang dilalui dan dikongsi bersama. dia pernah memiliki hati ini. susah untuk aku padam semuanya dalam sekelip mata.

dia hadir memberi warna dalam hidupku. warna yang indah, yang terang, yang berkilau, yang redup, yang bercahaya walaupun itu semua cuma untuk seketika. walaupun warna yang terpalit tidak begitu indah akhir-akhir ini. tapi itu semua hasil tulisan tangannya.

aku tak punya cukup kekuatan untuk bubarkan semua yang ada dalam waktu sesaat. banyak masa diperlukan untuk kembalikan aku kepada aku yang dulu, atau mungkin aku hanya mampu menjadi separuh daripada aku yang dulu, kerana sememangnya aku telah berubah.

dikit demi dikit. waktu demi waktu. ia merubah seorang aku.

dan aku akan masih menulis tentang dia. walaupun sudah tidak bersama. walaupun penghubung antara kami hanya lah kata-kata semata. walaupun dia jauh bahagia dengan orang di sana.

aku tetap di sini.

bukan menunggu. bukan merindui. bukan juga meratapi. tapi aku memenuhi masa-masa lapangku dengan kenangan kami, yang mungkin terpaksa dibiarkan terkubur sebaik sahaja aku juga membuka hati kepada yang lain suatu ketika nanti.

sekarang dia masih di hati, tapi sudah samar-samar. sudah kabur dengan masa akan datang. yang pasti perlahan-lahan dia akan meninggalkan hati ini menjadi lohong yang mungkin mampu dipenuhi oleh orang yang sudah ditakdirkan.

Mr.Magoo atau Mr Crab, bahagia lah kamu di sana. aku mendoakan yang baik-baik sahaja.

hingga jumpa lagi!

No comments: