Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, April 2, 2010

Hari Polis Sedunia

semalam.

beliau datang. merayau-rayau kononnya. aku pulak tiba-tiba teringin nak drive. ceh.

tapi tu semua masa aku belum duduk dekat seat pemandu. sebab aku baru realize, kereta dia manual!

haish.

tapi oleh sebab kelopak mata beliau yang sudah berat, dan semangat aku pulak melonjak-lonjak sebab kereta sendiri lambat lagi nak jadi hak milik peribadi, aku tunggang jugaklah.

manual pun manual lah.

macam tak pernah kan? ceh.

round punya round. seronok jugak tapi adrenaline tu datang lebih pulak dalam package kali ni. maybe sebab dah lama tak sentuh. dah lama tak imbang minyak.

tambah pulak dalam kepala otak memang dah set, tak payah susah payah nak manualkan diri dah lepas ni, sebab kereta idaman adalah tidak sama spesies.

tiba-tiba, entah macamana aku termasuk dalam roundabout yang menuju ke arah rumah Si Cekgu. boleh pulak kan?

sebenarnya aku takut nak pergi ke nombor 12, 3 atau 6. better aku masuk je nombor 9. hahah. ni semua sebab nervous.

tiba-tiba, boleh pulak kat depan tu ada roadblock!

cepat-cepat kejutkan dia, dan suruh pakai seatbelt. [jangan tiru aksi ini]

berhenti, dan tunjuk muka tidak gabra pada polis bertugas. dia pun angkat tangan tanda dah lepas dan suruh aku blah.

aku pulak free kan gear, nak masuk gear 1 balik, punya la gelabah. tekan minyak macam takleh blah.

lepas tu sesi gelakkan diri sendiri.

nervous sangat, nak u-turn pun aku tiba-tiba hilang kemahiran. ceh!

lalu lagi tempat road block tadi and nampak sorang pakcik polis naik motor dan meninggalkan kawasan kejadian.

la, sekejap aje road block nya. maybe tak dapat ramai orang kot. entah.

aku pulak pusing-pusing mencari tempat parkir yang selamat. akhirnya berjaya jugak berhenti, dan memujuk untuk menukar posisi.

aku sudah kecut.

nervous nak drive belum habis, dah kena buat aksi depan encik polisi pulak.

kemudian agenda isi perut. mengidam pulak nak makan kerang bakar. mana nak jumpa. pagi-pagi macam tu semua kedai dah shut down.

dah tengah makan, boleh pulak ada satu kereta polis round-round tempat sama, maybe mencari makan juga. tapi sebab dah memang kecut je tengok polis, aku rasa lain macam je. bajet macam pakcik polis tu ingat je kan kat aku. cis.

dah sudah makan, baru perasan, kereta polis tadi parking betul-betul sebelah kereta sebab diorang pun makan dekat tempat yang sama. tapi corner hujung sikit. haha.

ingatkan habis kat situ je.

masuk kat kawasan perumahan, terserempak pulak dengan kereta polis yang tengah buat rondaan. kuss semangat lagi sekali. ceh. apekes. bukan buat salah pun.

eh, salah.

salah aku sebab tak tampal P dekat kereta. kalau kena, aku maybe kena saman, betul ke? entah lah. tu dia yang kata.

sebab tu aku terus give up taknak drive.

what a day.

semalam adalah hari polis sedunia agaknya!

No comments: