Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, April 14, 2010

Edisi Lelaki #4 - Sila Jantankan Diri!

'apa je dia cakap kat awak?'

'cipan la lu Magoo. orang itu dah baik-baik. famili pun baik-baik. yang kau pergi prom nite dengan orang lain tu pasal apa?'

'dia sebut nama saya ke?'

'ha'ah'

'dia tahu ke awak dengan Si Minah tu?'

'ha'ah'

'so, sekarang dia nak kata saya perampas ke? saya orang ketiga?'

'ha'ah'

'dia tahu tak siapa yang lagi dulu kawan dengan awak? saya dah setahun lebih dengan awak. tapi takde sape tahu! budak tu yang tiba-tiba datang, terus dapat nama'

senyap.

'dulu taknak bagitahu siapa saya. sekarang jadi macam ni. awak tak boleh nak bela saya pun!'

'benda dah jadi'

senyap.



cis.

bullshit!



kepada kaum lelaki sekalian, kalau kau ada orang yang kau sayang, sila la jangan malu jangan segan nak ngaku depan semua orang yang kau sayang dia. tu pun kalau kau betul-betul sayanglah! dengan dia kau janji itu ini, tapi nak angkat dia sebagai teman kau di khalayak ramai pun susah, kau memang bukan jantan!

dan kaum perempuan pulak, kalau lelaki tu tak boleh nak ngaku dia ada kau depan kawan-kawan dia, then move on! dia main-main je tu. serius tak cukup. not man enough. kau blah je dari situ. dia tak layak untuk kau. dia tak hargai kau sepenuhnya. kau boleh cari yang lagi bagus, aku jamin!

No comments: