Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, April 20, 2010

Edisi Kereta - My First Time

rentetan daripada entri di bawah,


'wei, Si Mardi pesan kalau kau nak guna kereta dia amik la'

'ek? hmm. aku memang nak kena pergi lab pun petang karang ni'

'ha, pakai la kereta tu'

'dia pergi kursus tu berapa lama?'

'sebulan kot?'

'ha, yeke? hari tu dia cakap 2 minggu je?'

'tadi aku hantar dia. dia cakap sebulan'

'oh. lamanya'

'ha, kau pakai la kereta tu. lagipun dia pesan kalau kau tak guna, suruh aku sekali sekala panaskan enjin kereta dia tu'

'oh. macam tu eh'

so, maka nya semalam dan hari ni aku telah ke lab dengan memandu kereta Cik Mardi atas ehsan untuk panaskan enjin kereta beliau di samping panaskan jiwa raga yang sampai ke sudah tak dapat kereta idaman. tsk tsk.

macam tak percaya pun ada.

15 minit sebelum dan selepas drive, aku akan berkeadaan seperti orang-yang-nak-amik-test-JPJ.

*grin*



apapun, thanks kepada Cik Mardi yang percayakan aku!

oh, and by the way, kereta beliau adalah manual. haish.

No comments: