Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, April 27, 2010

Edisi Kereta #3 - Kemalangan Pertama

eh, hampir kemalangan yang pertama. tajuk kena ubah sikit tu. tapi malas. haihs. semua benda pun aku malas kan. sekarang ni aku rasa macam malas nak tekan enter pulak, jadi baca la tanpa perenggan ye, tu nasib baik aku rajin lagi nak tekan space dan tekan backspace. kalau tak, kalian dah jadi cacamarba sama seperti kondisi aku sekarang.

ni aku nak cerita kisah tempoh hari, minggu lepas punya cerita, baru terasa lapang nak menulis. ceh.

ok, dah rajin tekan enter!

berbalik kepada tajuk tidak berkaitan, masa aku tengah nak cari feel untuk drive, sampai kat simpang dengan nafas turun naik, jantung dup dap dup dap, kaki tekan clutch bagai nak rak, kepala toleh kiri kanan, kereta pun dah nak start gerak.

aku nampak ada sebijik motosikal, datang ke arah aku.

kaki masih tak mampu nak tekan minyak, aku tengok dia, dia pandang aku. aku buat muka blur maka tak sempat nak intepret apakah feeling di sebalik wajah mamat tu yang terselindung pulak di sebalik helmet. eceh.

sebenarnya, aku salah!

patut aku bagi ruang dia jalan dulu.

tapi dia pun dah nampak aku bergerak, maka slow la sikit kan demi kesejahteraan bersama-sama. cis.

dia melulu jugak, straight je even aku dah kat depan.

aku pulak buat muka blur je, sebab masih nervous dan kaku. maka nak angkat tangan tanda 1 Malaysia pun tak berapa larat. aku blah je dari situ dengan perasaan bercampur baur.

eh, apekes?

sebab kat belakang motosikal tu ada sebuah kenderaan polis, menuju ke arah kami.

cabut!

hahaha.

No comments: