Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, April 27, 2010

Disihir Lelaki Warga Asing

hari ni dalam FB, aku ditag oleh rakan-rakan sekolah menengah, mengenai satu keratan akhbar yang bertajuk 'Wanita bantah pengesahan nikah lelaki Pakistan'.

baca sikit, eh nama wanita tu, Yani Yuhana?

aku kenal dia ni. OMG.

rakan seangkatan dahulu kala jugak. baru 2 3 hari lepas aku check status dekat FB beliau yang agak mencurigakan, tapi tak jumpa apa-apa bahan untuk explain aku punya kuriusiti. cuma dia banyak mengeluarkan dalil-dalil seperti "Dan berperanglah pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran AgamaNya) dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"_Al-Baqarah_244).

rasa macam tak percaya kawan sendiri kena macam ni - dia dikatakan disihir oleh seorang lelaki Pakistan yang kemudiannya membawanya menikah di negara kelahiran lelaki tersebut pada tahun lepas. kemudian Yani menjadi seperti tak tentu arah, kuat marah dan lain macam.

even aku takde lah rapat sangat tapi aku kenal dia. orangnya lembut, baik dan agak manja. berpendidikan tinggi pulak tu. mustahil orang macam dia sekonyong-konyongnya setuju nak kahwin dengan lelaki Pakistan yang kerja kat Mydin dan berumur 46 tahun. dan sudah punya keluarga dan 6 orang anak dah pun!

jadi tadi aku check lagi FB beliau dan ramai kawan seperjuangan yang datang menyokong dan memberi semangat, semoga dia menang kes ni. 

semoga 'si suami' itu akan sedar dia tidak boleh berbuat sesuka hati kepada perempuan, terutamanya yang datang dari Malaysia, tempat ramai foreigner sepertinya yang datang mencari rezeki, tetapi lebih banyak yang membuat onar. ugh!

aku pun doakan yang sama. 

InsyaAllah, Allah bersama orang yang benar. be strong dear Yani!

No comments: