Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, April 27, 2010

Disihir Lelaki Warga Asing #2

keratan nukilan isi hati oleh Yani Yuhana - mangsa dalam entri sebelum ni.

Petikan sebahagian dari repot asal nana : Selasa. 02 Mac 2010. Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Dalam kamar mahkamah, pihak yang menganiayai saya iaitu MUHAMMAD KAMRAN BABAR BIN NAZIR KHAN, masih enggan menyerahkan segala dokumen peribadi saya seperti passport antarabangsa, kad pelajar university di (luar Negara, hard disk serta barang-barang lainnya setelah di perintahkan Yang Arif Tuan Hakim XXXXX.. 
 
Saya merasa benar-benar tercabar oleh kerana beliau bukan sahaja memalukan saya dan keluarga tetapi juga telah bersikap melampau dengan menghantar kuncu-kuncunya yang tidak saya kenali ke rumah saya di Terengganu.Dan pada hari ini dia telah membawa bersama 2 org yang berpewatakan seperti samseng yang saya yakin adalah warga asing berketurunan Pakistan ke mahkamah. Saya hilang sabar apabila saya melihat cara mereka memandang saya sambil bercakap dalam bahasa mereka yang langsung tidak saya fahami.Kemuncak kesabaran saya hilang. 
 
Akhirnya, saya telah menumbuk muka dia beberapa kali serta menghayunkan beg tangan saya ke mukanya juga.Kejadian ini turut di saksikan oleh mereka-mereka yang berada di kawasan pintu utama mahkamah lebih kurang jam 11.00 pagi termasuk beberapa anggota polis yang bertugas di situ. Tindakan saya hari ini adalah sebagai bukti saya tidak pernah setuju akan tindakan dia terhadap saya dan keluarga yang kini mengheret saya ke mahkamah dan ini adalah langkah saya untuk membela diri dan maruah saya sebagai seorang perempuan warganegara Malaysia yang beragama Islam.

No comments: