Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Meninggal

tiba-tiba Cik Gagah post di wall facebook.

'Cik Ralat, Abang Din kau dah meninggal. malam semalam'

terus meng'Google' sebab bukan pesen tengok tv.

ini yang aku dapat.

jadi aku ambil kesempatan ni ucapkan salam takziah kepada famili terdekat Din Beramboi. semoga rohnya berada di kalangan orang yang beriman. amin.

sumber dari sini


KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

No comments: