Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 1, 2010

Bila Kita Sayang Dia

Bila kita sayang seseorang itu, kita terima je apa yang orang tu kata.

Tapi bila dia mengata kita?

Hati kata - takpe, semua manusia tak sempurna.


Bila kita sayang seseorang itu, kita tunggu dia lama sikit pun takpe.

Tapi bila dia tunggu kita?

Dia marah-marah.

Hati kata - ala, adat lah. Ada yang menunggu dan ditunggu.


Bila kita sayang seseorang itu, kita tak tidur pun takpe, janji layan dia yang tengah bosan.

Tapi bila kita bosan, ada dilayan kita?

Hati kata - takpe, dia busy kot tu.


Bila kita sayang seseorang itu, kita gaduh dengan dia, kita diam je.

Tapi dia heboh satu dunia.

Hati kata – takpe, dia tengah tension tu.


Bila kita sayang seseorang itu, kita call nak cakap dengan dia.

Tapi dia gayut dengan orang lain.

Hati kata – takpe, dia ada hal nak cakap dengan kawan dia la tu.


Bila kita sayang seseorang itu, kita bercerita dengan dia, tapi cerita dengan tunggul lagi baik.

Tapi bila dia bercerita dengan kita, kita dengar, bagi pinjam telinga.

Hati kata – takpe lah, takkan dia asyik nak buat semua benda untuk kita.


Bila kita sayang seseorang itu, kita tak sanggup nak tengok dia derita.

Tapi dia tak pernah nak hargai diri kita.

Hati kata – tau tak, betapa kita sayang kat dia?


Bila kita sayang seseorang itu, kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya untuk dia bahagia.

Tapi dia tahu ke pengorbanan kita?

Hati kata –takpe, janji dia bahagia.

No comments: