Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, April 30, 2010

Edisi Kereta #4 - Saspen

seorang pejalan kaki di sebelah kiri.

berbaris-baris kereta dari hadapan.

aku di tengah-tengah.

jalan kecik memaksa aku mengelak pejalan kaki tu.

tapi terlupa dekat kereta dari depan.

pakcik tu dah buat muka kaget.

aku angkat tangan tanda maaf.

tapi muka pakcik masih pucat.

dan mungkin juga marah.

aku pulak senyum je dalam saspen.

Darah

ANDA BERDARAH “A”… 
 
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…

ANDA BERDARAH “B”…. 
 
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!…

ANDA BERDARAH “O”… 
 
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…? 

ANDA BERDARAH “AB”… 
 
Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.



anda berdarah apakah?

Thursday, April 29, 2010

Kompleks #30 - Masalah

tidak punya idea untuk menulis, meralat dan mengkomplekskan kalian lagi di sini. sumber ilham aku semuanya sudah berkurangan.

adakah ini bermaksud aku sudah tidak ralat lagi? ceh.

masih.

tapi sekarang tidak ada apa-apa untuk aku luahkan kat sini. hidup aku berjalan lancar seperti aku nak.

eh, yeke? mustahil. banyak lagi benda aku nak, tapi tak dapat.

tapi buat masa sekarang, kereta idaman sudah dalam genggaman. bekas kekasih hati sudah tidak berupaya meninggalkan parut lagi. Si Cekgu juga sudah jarang-jarang meninggikan suara. skandal juga sudah tidak dengar khabar berita.

so, i am on my own now.

nak taknak, aku cipta bahagia sendiri. ceh.

but, better takde masalah daripada ada kan? in fact, some people says that, takde masalah tu adalah salah satu daripada masalah. dem!



oh, ya. mungkin ada sedikit masalah dengan lab, research, experiment and so on. but, i'll figure it out later.

eh, juga mungkin akan punya masalah kewangan kalau tidak membahagi duit dengan sekata. dem!

Moody

rasa nak marah.

serba tak kena.

rasa malas pun ada.

rasa tak lengkap.

menambah bosan.

ah, tak rhyme.



mungkin dah sampai hari cuti kot. dem.

Tuesday, April 27, 2010

Nukilan Si Ayah Mangsa

ini pulak adalah nukilan peribadi Si Ayah kepada Yani Yuhana - mangsa sihir lelaki warga Pakistan.




Wahai bangsaku dan anak watan negaraku, disini saya ingin dan tersangat mengharapkan bantuan dan keprihatinan dari hati semua yang membaca untuk bersama-sama saya dan keluarga dalam mempertahankan dan memperjuangkan musibah malang ujianNya yang telah menimpa.Saya menulis sesuatu yang bukan lagi rahsia ini, lantaran sikap biadap dan keterlaluan warga asing yang apabila menyebut nama bangsa ku sering dengan nada sinis iaitu orang me…LAYU. 

Bangsaku seolah terpinggir di bumi sendiri sebagai lebai Malang yang “Menang sorak kampung tergadai” dan ibarat “Itik di air mati kehausan, ayam dikepuk mati kelaparan” .

Keperkasaan warga asing dibumi kita ini jelas ketara berkuasa dan terus gah mendabik dada.Mereka tidak gentar untuk melakukan kemungkaran dan maksiat kerana pada mereka bumi kita ini hanya tempat mencari apa yang sempat dan negara asal mereka adalah kubu berlindung yang selamat untuk lari menyelamatkan identiti agar tidak mudah dicari dan dijejaki.Warga asing ini secara terang-terangan berani mencabar kedaulatan ketuanan anak watan.

Mereka tidak gentar dengan hukum-hakam apatah lagi soal halal&haram, mereka tidak tergugat akan akta keselamatan dalam negara kerana mereka ada tempat, ruang dan negara sendiri untuk melarikan diri.Mereka merasa selamat dan dilindungi dek kerana keistimewaan layanan sebagai ‘tetamu’ yang kononnya mereka menyumbang tenaga dan idea menolong membangunkan negara kita.Namun saudaraku sekalian, bagiku, mereka warga asing ini boleh di kategorikan sebagai ‘berak dalam pinggan’ bilamana membuat onar dan masaalah. 

Wahai warga asing, datangmu bukan sebagai ‘pelabur’ tetapi ‘pelebur .Bukan sebagai ‘pelajar’ yang datang mencari ilmu tetapi petualang biadab yang kurang ajar.Bukan sebagai peniaga yang amanah tetapi sebagai perampas yang rakus menindas. 

Amatlah sedih dan pilu mengenangkannya, saya berdepan dengan kenyataan dan realiti perlakuan warga asing yang telah menganiayai saya sekeluarga.Saudaraku semua, di dunia tanpa sempadan ini, izinkan saya mendedahkan musibah yang dipikulkan oleh Allah SWT kepada saya. Diluar sana, mungkin ada yang lebih terseksa dari saya sekeluarga, sepertinya musibah yang menimpa adik Shalini dan adik Nurin Jazlin, yang mana hati kecil saya berkata, seandai pelaku itu anak watan , amat mustahil mereka gagal dikesan.Ataukah mereka lah warga asing yang hanya bertandang seketika?


Apakah bayi tidak berdosa yang dipersia dilonggokan sampah sarap itu mungkin dari angkara jejaka asing yang memusnahkan harapan wanita tempatan laksana ‘habis manis sepah dibuang’. Masih diluar sana, mungkin ada yang senasib dengan saya dan pertolongan semua amatlah diharapkan untuk suatu lonjakan bukti ketuanan kita. Walaubagaimana pun, saya yakin bahawa Allah SWT Mahakuasa lagi Mahabijaksana tidak akan menzalimi hambaNya.Apabila sedar datangnya dugaan ini, langkah pertama ialah memohon pertolongan Allah SWT agar setiap tindakan saya mendapat keredhaanNya.

Dengan kerendahan diri terhadap Pencipta, saya memohon doa restu bersolat hajat berjemaah di masjid selepas Solat Jumaat di dua buah masjid dua minggu berturut-turut. Selaku hambaNya, saya mengadu kepada Dia terlebih dahulu untuk memudahkan urusan dengan hamba-hambaNya yang lain di dunia ini. Pada saya, setiap apa yang di takdirkan Allah SWT, tiada yang silap dan berlaku atas kudrat dan iradatNya.Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan sebab dan kerana sesuatu hal kejadian itu. Demi prinsip dan pegangan inilah, saya dedahkan dipersada alam maya ini berserta harapan menggunung akan bantuan dari semua saudara seagamaku, sebangsaku, dan senegaraku.

Saya dikurniakan lapan orang anak penyambung zuriat.Mereka adalah anugerah paling berharga untuk saya .Saya membentuk mereka agar sentiasa tidak putus hubungan dengan Allah swt dan Rasul saw.Alhamdullillah.Pada tahun 2006,anak sulung saya salah seorang yang telah dipilih Allah swt untuk menitiskan keringat di tanah Mina,Mekah sebagai jurutera yang membina semula Kompleks Jamrah tempat melontar di musim haji.Anak kedua saya (lelaki) seorang pendidik.Anak ketiga saya (perempuan) seorang doktor.


Anak keempat saya (perempuan) telah menyambung peringkat ijazah ke luar negara dengan kecemerlangan sebagai ‘dean list student’ peringkat diplomanya(Dia inilah yang telah menjadi mangsa warga asing). Anak kelima saya (perempuan),kini bekerja di Jabatan Kerajaan.Anak keenam saya (perempuan),masih dalam pengajian di bidang Farmasi.Anak ketujuh saya (lelaki), kini baru berusia 16 tahun,adalah diantara pelajar terbaik dari Sekolah Agama Terbaik Malaysia PMR 2009.Anak saya adalah salah seorang dari 81% pelajar yang mendapat 9A di sekolah beliau. Lebih membanggakan ialah lebih dari 64% pelajar 9A ini ialah mereka yang HAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN.Alhamdulillah, anak ketujuh saya mampu menurut jejak arwah datuknya.Anak kelapan saya (lelaki) masih kecil dan baru di darjah satu. 

.Saya mengizinkan anak-anak perempuan saya melibatkan diri membuat kerja sambilan seperti menjadi juru jual dan pekerja kedai makan bagi membantu kewangan keluarga.Pada ketika inilah keluarga saya mula kenal seorang warga Pakistan bernama Kamran yang menjalankan perniagaan tudung dan textile.Saya tidak mencuriagai apa-apa kerana berpegang kepada prinsip persaudaraan sesama Islam.


Meski pun jarak dari rumah saya dengan Mydin Mall tidak berapa jauh, saya tetap menghantar dan mengambil mereka setiap hari demi tanggung jawab seorang ayah.Anak keempat saya yang telah menjadi mangsa Kamran pernah menolong dan menjaga kedai tudungnya di Mydin Mall, K.Trg ketika cuti semester dan selepas tamat pengajian peringkat diploma (sementara menanti tawaran belajar seterusnya).Anak saya ini kemudiannya mendapat tawaran peringkat ijazah di sebuah IPTA terkemuka tetapi dalam jurusan lain, oleh itu beliau berusaha untuk tukar jurusan dengan proses ‘tranfer credit’ tetapi tidak berjaya .

Wahai saudaraku,di sinilah mulanya Kamran memainkan taktik kotor dan keji yang kononnya mahu membantu anak saya membuat niaga sambilan di IPTA tersebut. Kamran mengambil peluang untuk sering berjumpa dengan anak saya dengan alasan membekalkan tudung untuk di jual.Dan tidak ketinggalan membawa makanan kononnya mengikut budaya ketimuran dengan sentiasa membawa buah tangan.


Setelah apa yang terjadi kini, saya yakin anak saya telah diperdaya dan di’ilmuhitam’kan si warga asing.Anak keempat saya ini lahir pada tahun 1986, telah terbukti sebagai salah seorang pelajar pintar di sepanjang alam persekolahan sehinggalah menjejakkan kaki ke kolej dan IPTA.Semasa di IPTA tersebut, pihak kolej telah mendapat kerjasama dari Universiti luar negara yang bersetuju mengiktiraf diploma sedia ada dan menerima anak saya untuk terus belajar di tahun akhir peringkat ijazah dengan kemudahan ‘tranfer credit’.Sebagai bapa, peluang belajar ini perlu saya berikan kepada anak saya . 
 

Dalam masa yang sama, alhamdulillah, anak sulung telah dipertemukan dengan jodoh dan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2008, walaupun dalam keadaan masih gagal mendapat sebarang bantuan kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan oleh bank XXXX. Atas dasar hubungan perniagaan yang ada, saya telah meminjam dari Kamran sebanyak RM2,500.00 untuk menampung kos kenduri itu.Kamran ini ada bersama dimajlis kenduri anak sulung saya dan apabila dia tergamak memalukan saya sekaligus menghina,manusia jenis apakah begini?

Tidak cukup dengan kepura-puraan itu.Kamran juga mengatakan dia boleh dapatkan biasiswa MARA untuk anak saya belajar di luar negara.Kamran seterusnya telah memperkenalkan kami dengan ‘abang angkat’nya dikenalkan sebagai bekas polis berpangkat tinggi.Adalah wajar untuk kita ‘orang awam’mempercayai polis . 
 
Sebagai bapa, saya tetap berusaha mendapatkan biaya untuk anak saya belajar.Anak sulung saya amat sedih dan kecewa kerana tidak berupaya membantu adiknya lantaran namanya masih disenaraihitamkan . Apabila anak ketiga saya menerima gaji pertamanya, (baru bekerja) slip gaji itu telah digunakan dan alhamdulillah telah berjaya mendapat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000.00. Dengan pinjaman ini, anak keempat saya telah berhenti dari IPTA tersebut dan sambung belajar ke luar negara.


Namun saudaraku, saya masih terus berusaha agar pembiayaan belajar anak saya terlepas dari unsur riba.Saya telah berurusan dengan Yayasan Terengganu. Alhamdulillah, perjumpaan berjaya diaturkan antara saya dan anak dengan YAB Menteri Besar Terengganu. Datuk Ahmad Said, Saya terkejut bila YAB MB berkata, “Anak awak ini dean list student, kalau saya tak bantu dia nak belajar, tak layak saya jadi Menteri Besar.”Inilah ungkapan yang saya anggap lahir dari insan yang benar-benar menggunakan ‘masa’ yang di berikan Allah SWT kepadanya sebagai pemimpin ketika berkuasa.

Dengan sokongan YAB Menteri Besar, anak saya telah mendapat tajaan dari Yayasan Terengganu.Berita baik ini saya sampaikan kepada anak saya tetapi saya mulai perasan akan wujudnya kelainan cara beliau menyambut berita gembira ini.Saudaraku, mungkin ini yang dikatakan naluri hati seorang bapa.

Setelah menghabiskan kertas akhir peperiksaan, anak saya balik ke Malaysia dan tinggal bersama saya dan keluarga dengan sikap yang berbeza.


Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan, anak saya terpaksa membuat ‘re-submit paper’.Dia kemudiannya, dengan sikap memberontak, meminta izin untuk ke Kuala Lumpur (KL) agar mudah berurusan mendapatkan sumber rujukan dan bantuan rakan-rakan bagi tujuan re-submit.Apabila balik semula ke Trg berlaku perubahan yang lebih nyata dan mendadak.Kali ini perwatakan anak saya amat berbeza dengan perangai dan perilaku beliau yang lemah lembut dan penyayang.

Sikap kasar beliau semakin menjadi-jadi.Beliau langsung tidak menghormati kami ibu bapa dan keluarga beliau sendiri.Anak saya ini sentiasa dengan sikap marah, tidak puas hati, berontak dan keluh kesah berpanjangan.

Akhirnya,beliau hendak ke KL konon untuk mencari ketenangan dan mengatakan ingin berjumpa abang sulungnya.Pemergian beliau ke KL kali ini menimbulkan syak yang amat mendalam kerana beliau langsung tidak menghubungi kami lebih dari seminggu.Saya dan keluarga bersusah payah mencari dan menghubungi sesiapa sahaja untuk menemui kembali anak saya.Perasaan bimbang, keliru dan kecewa, segalanya bercampur di ketika itu.Hanyalah berserah pada ketentuanNya namun kami tetap berusaha dan tawakkal.

Saudaraku, saya kemudiannya menyuruh adiknya(anak kelima) ke KL untuk menjejaki beliau.Alhamdulillah,si adik berjaya menemui kakaknya yang bersama dengan Kamran.Namun, kakaknya sudah seperti lembu ditarik hidung.Beliau hanya mematuhi Kamran sehingga tergamak menghantar adiknya itu ke sebuah hotel murahan sarang pelacur di KL.Saudaraku sekalian, bayangkan perasaan saya sekeluarga ketika itu.Kami sekeluarga terpana dan seribu macam perasaan lainnya.


Namun,alhamdulillah Allah masih sayangkan kami.Dengan meminta bantuan polis,seramai 20 anggota polis membantu kami dan berjaya mengeluarkan adiknya dari situ. 

Kesyukuran dengan limpahan air mata saya dan keluarga panjatkan.Seterusnya,hasil dari bantuan polis juga pada malam yang sama, kami dapat mengesan dimana anak saya yang menjadi mangsa Kamran berada.Atas hasutan Kamran, beliau telah membuat laporan membantah terhadap kami. Dalam kesyukuran atas keselamatan si adik, kini keselamatan si kakak perlu diutamakan kembali.

Kami bergegas ke Balai Polis yang dimaksudkan,dan Kamran menghilangkan diri sebaik sahaja melihat ibu dan abang sulung beliau masuk ke balai. Keadaan beliau pada ketika ditemui nyata tidak terurus.Hati ibu terus sayu apabila melihat keadaaan si anak yang di kandungnya 9 bulan 10 hari, yang dibesarkan dengan harapan tinggi, yang didoakan mendapat kesejahteraan menjadi lemah tidak bermaya hinggakan menitis banjir air mata seorang ibu. 

Saudaraku, saat pertemuan itu amatlah sukar untuk diolah dan ditafsirkan.Hati ibu yang mengetahuinya.Hati abang yang selama ini menjaga adik-adiknya yang merasa kesannya,dan pastinya hati-hati semua saudaraku yang seagama denganku, sebangsa denganku dan senegara dapat merasakannya.Diketika itu, matlamat kami hanya inginkan kembali anak kami.Tiada yang lain.Pegawai-pegawai polis bertugas dibalai ketika itu turut memaklumkan bahawa anak saya hanyalah menurut setiap patah perkataan dan arahan dari Kamran tanpa membantah. 

Ketahuilah saudaraku, Kamran pula secara berani dan berdepan telah mencabar dan mengugut pihak polis mempercepatkan menerima repot anak saya dengan ugutan dia (Kamran) mengenali ‘orang dalam’ yang mana berkuasa menghentikan mereka (polis-polis dibalai ketika itu) dalam masa 24jam. 

Kamran telah menghubungi ‘orang dalam’ yang dia maksudkan dan seketika kemudiannya, anggota bertugas malam itu telah menerima arahan melalui telepon agar menerima repot anak saya seadanya. Dengan apa yang terjadi di dalam balai ini, sememangnya terbukti Kamran faham tentang undang-undang dan selok belok akta Polis Malaysia sepertimana kata-kata yang pernah di ungkapkannya bahawa ‘Dengan orang meLAYU, banyak perkara boleh di lakukan asalkan pandai dan berani’.Saudaraku, ini adalah ungkapan yang sungguh biadap dan menghina bangsa kita.

Wahai saudaraku, sekembalinya kami ke Trg, saya dikehendaki membawa anak saya ke balai untuk siasatan lanjutan.Kami patuh pada arahan pihak polis.Atas keprihatinan mereka (polis-polis dibalai K.Trg), kami disarankan mengubati anak saya terlebih dahulu berikutan keadaan beliau yang lemah, tidak bermaya dan tidak normal.Alhamdulillah, saya sebagai seorang ‘guru silat’ juga faham serba sedikit akan langkah pemulihan dan perubatan yang perlu dilakukan. 


Dalam pada masa yang sama, bantuan pihak lain tetap sangat saya harapkan dan usaha diteruskan dengan ikhtiar pemulihan dari salah seorang pakar perubatan tradisional yang tersohor di Trg .Beribu kesyukuran saya dan keluarga panjatkan atas bantuan pemulihan dari beliau. 

Saudaraku sekalian,pada 25.11.2009, saya telah menghubungi Kamran melalui pekerjanya kerana meminta dia memulangkan kembali kesemua barangan peribadi anak saya sepertimana repot yang dinyatakan.Seperti kita sedia maklum, apabila barangan milik kita berada di tangan orang lain,maka dengan mudahnya pihak itu boleh menggunakannya untuk tujuan jahat, penganiayaan serta ilmu hitam seperti sihir untuk melemahkan dan memperdayakan seseorang.Disini,saya amat yakin, bahawa inilah yang terjadi pada anak saya.Dianiaya oleh warga asing.


Berikutan itu, pada pertama kalinya berhadapan di dalam kamar mahkamah,(19.01.2010)saya dan anak telah menuntut kembali barangan itu, namun tidak di endahkan.Saya buntu kepada siapa lagi untuk mengadu masalah ini.Saya berusaha bertungkus lumus mengharapkan bantuan dan kerjasama pihak berkuasa yang mana saya dan anak telah mengadu dan merayu untuk perhatian hingga ke Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman dan PenguatKuasa Jabatan Emigresen di Putrajaya,namun amatlah hampa dan kecewa apabila di maklumkan mereka tidak ada kuasa untuk bertindak kerana terbatas pada akta-akta yang sedia ada. Saudaraku,pembelaan dan perlindungan yang kami harapkan, tetapi kesedihan yang kami dapat.

Ketahuilah saudaraku, Kamran telah dengan berani mencabar maruah seluruh keluarga saya dengan menggunakan cara jijik dan mungkar dengan ‘menghalalkan segala cara untuk matlamat diri’.Sebelum ini, Kamran menggunakan alasan mazhab bagi membenarkan tindakan biadap dia, kini dia berpaut pada undang-undang negara kita Malaysia untuk mengesahkan dan menukar tindakan keji dia menjadi benar. 


Persoalannya “Sikap biadap mereka mungkin di sebabkan oleh pandangan hina bahawa bangsa kita yang meLAYU.Benarkah begitu?Tentu sekali TIDAK wahai saudaraku semua!!!”Untuk perhatian semua wahai saudara seagamaku, sebangsaku dan anak watan negaraku, kami akan bersemuka lagi di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 26 APRIL 2010, jam 9.00 pagi. 

Saya memaparkan kisah yang mengaibkan saya dan keturunan saya ini demi menyahut “Amal Makruf Nahi Mungkar”, agar saya bertindak mengikut ketetapan yang diajarkan Nabi saw untuk mencegah mungkar itu bermula dengan tenaga, kemudian lisan dan terakhirnya hati. 

Saya mendoakan agar hati kita terbuka dan ‘hidup’ sebagai generasi yang mempertahankan Natrah, peristiwa berdarah di bumi Temasik, kini di kenali sebagai Singapore tidak dipersendakan oleh sistem perundangan ciptaan manusia.

Saya memohon hidayat Allah swt agar tindakan saya mempertahankan maruah keluarga saya,mazhab ikutan saya dan undang-undang Negara saya berada dilandasan ‘ihdinassiratalmustaqim” semoga dengan itu saya mampu berdiri di mahkamah Allah swt di akhirat nanti, InsyaAllah.

Justeru itu, saya sekeluarga di sini sejujurnya dengan seikhlas hati memohon merayu dan mengharapkan sokongan, bantuan, dan iringan doa dari semua pihak agar kita tidak seperti anggapan mereka, seterusnya semoga kita semua akan dikurniakan hidayah penyatuan hati dari Yang Esa untuk memartabatkan ISLAM di Negara kita, dan keTUANan Bangsa kita.Dengan berjuta pengharapan dimohon semua yang ada supaya bersertalah bersama saya dan keluarga menuntut keadilan.


Ya Allah,, 
Hati ini telah bersatu, 
Berkumpul di perut bumiMu,
Hati ini telah berpadu, 
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia,

Untuk mendaulat,
Untuk mendokong SyariatMu di alam maya,
Maka Ya Allah,
Eratkanlah ikatan yang ada,
Kekalkanlah kemesraan yang ada,
Tunjukkanlah jalan yang benar,
Penuhkanlah dengan cahayaMu,
Tiada malap terangi alamMu,
Hidup suburkanlah dengan makrifatMu,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai Syuhada’
Dalam perjuangan menegakkanAgama yang mulia,
Ya Allah,
Engkau lah sebaik-baik sandaran,
dan sebaik-baik penolong ya Allah,
Perkenankanlah permintaan ini,
Amin ya rabbal A'alamin.
 

(Doa Rabitah_Al-Mathurat)

Disihir Lelaki Warga Asing #2

keratan nukilan isi hati oleh Yani Yuhana - mangsa dalam entri sebelum ni.

Petikan sebahagian dari repot asal nana : Selasa. 02 Mac 2010. Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Dalam kamar mahkamah, pihak yang menganiayai saya iaitu MUHAMMAD KAMRAN BABAR BIN NAZIR KHAN, masih enggan menyerahkan segala dokumen peribadi saya seperti passport antarabangsa, kad pelajar university di (luar Negara, hard disk serta barang-barang lainnya setelah di perintahkan Yang Arif Tuan Hakim XXXXX.. 
 
Saya merasa benar-benar tercabar oleh kerana beliau bukan sahaja memalukan saya dan keluarga tetapi juga telah bersikap melampau dengan menghantar kuncu-kuncunya yang tidak saya kenali ke rumah saya di Terengganu.Dan pada hari ini dia telah membawa bersama 2 org yang berpewatakan seperti samseng yang saya yakin adalah warga asing berketurunan Pakistan ke mahkamah. Saya hilang sabar apabila saya melihat cara mereka memandang saya sambil bercakap dalam bahasa mereka yang langsung tidak saya fahami.Kemuncak kesabaran saya hilang. 
 
Akhirnya, saya telah menumbuk muka dia beberapa kali serta menghayunkan beg tangan saya ke mukanya juga.Kejadian ini turut di saksikan oleh mereka-mereka yang berada di kawasan pintu utama mahkamah lebih kurang jam 11.00 pagi termasuk beberapa anggota polis yang bertugas di situ. Tindakan saya hari ini adalah sebagai bukti saya tidak pernah setuju akan tindakan dia terhadap saya dan keluarga yang kini mengheret saya ke mahkamah dan ini adalah langkah saya untuk membela diri dan maruah saya sebagai seorang perempuan warganegara Malaysia yang beragama Islam.

Disihir Lelaki Warga Asing

hari ni dalam FB, aku ditag oleh rakan-rakan sekolah menengah, mengenai satu keratan akhbar yang bertajuk 'Wanita bantah pengesahan nikah lelaki Pakistan'.

baca sikit, eh nama wanita tu, Yani Yuhana?

aku kenal dia ni. OMG.

rakan seangkatan dahulu kala jugak. baru 2 3 hari lepas aku check status dekat FB beliau yang agak mencurigakan, tapi tak jumpa apa-apa bahan untuk explain aku punya kuriusiti. cuma dia banyak mengeluarkan dalil-dalil seperti "Dan berperanglah pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran AgamaNya) dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"_Al-Baqarah_244).

rasa macam tak percaya kawan sendiri kena macam ni - dia dikatakan disihir oleh seorang lelaki Pakistan yang kemudiannya membawanya menikah di negara kelahiran lelaki tersebut pada tahun lepas. kemudian Yani menjadi seperti tak tentu arah, kuat marah dan lain macam.

even aku takde lah rapat sangat tapi aku kenal dia. orangnya lembut, baik dan agak manja. berpendidikan tinggi pulak tu. mustahil orang macam dia sekonyong-konyongnya setuju nak kahwin dengan lelaki Pakistan yang kerja kat Mydin dan berumur 46 tahun. dan sudah punya keluarga dan 6 orang anak dah pun!

jadi tadi aku check lagi FB beliau dan ramai kawan seperjuangan yang datang menyokong dan memberi semangat, semoga dia menang kes ni. 

semoga 'si suami' itu akan sedar dia tidak boleh berbuat sesuka hati kepada perempuan, terutamanya yang datang dari Malaysia, tempat ramai foreigner sepertinya yang datang mencari rezeki, tetapi lebih banyak yang membuat onar. ugh!

aku pun doakan yang sama. 

InsyaAllah, Allah bersama orang yang benar. be strong dear Yani!

Pada Suatu Hari #13 - Fakap

conversation between my ex-Mr.Magoo and me;


'dia dah ada boyfriend baru dah'

'yeke? macam tak percaya je. dia kan sangat sukakan awak?'

'tu, dekat page dia, ada gambar dia dengan mamat tu. pakwe baru dia la tu'

'ala, dia saja nak buat awak jeles tu. awak pergi la kejar dia balik'

'dia kata taknak. dia dah bagi warning kat saya dulu'

'pasal apa?'

'jangan ada perempuan lain. sebab dia kuat jeles. lepas tu dia tengok pulak gambar awak dengan saya masa dinner tu'

'oh, macam tu pulak'

'saya tak tahu la apa awak mesej dengan dia, sampai dia taknak langsung dah kawan dengan saya'

'oh, jadi saya pulak yang salah lah? saya takde mesej apa-apa pun. habis tu, apa awak rasa sekarang?'

'macam fak jugak lah'

'fak pasal apa?'

'sebab dia dah warning dulu, jangan ada perempuan lain, tapi dah saya pergi jugak dinner tu, tu yang dia tinggalkan saya'

'oh, saya ingatkan awak nak cakap awak rasa fak sebab dia datang dan rosakkan hubungan kita, and dia berjaya tapi lepas tu selamba je dia tinggalkan awak, lepas patahkan hati saya, putuskan hubungan kita. tapi awak rasa rugi kehilangan dia, bukan kehilangan saya atau damage yang awak dan dia dah buat pada saya'

'hmm'

damn!

dalam hati - fakyu.





kenapa masih menulis tentang dia?
untuk mengingatkan diri ini betapa dia tidak lagi layak untuk hadir dalam hidup ini kerana dia sudah bukan dia yang dulu.

Edisi Kereta #3 - Kemalangan Pertama

eh, hampir kemalangan yang pertama. tajuk kena ubah sikit tu. tapi malas. haihs. semua benda pun aku malas kan. sekarang ni aku rasa macam malas nak tekan enter pulak, jadi baca la tanpa perenggan ye, tu nasib baik aku rajin lagi nak tekan space dan tekan backspace. kalau tak, kalian dah jadi cacamarba sama seperti kondisi aku sekarang.

ni aku nak cerita kisah tempoh hari, minggu lepas punya cerita, baru terasa lapang nak menulis. ceh.

ok, dah rajin tekan enter!

berbalik kepada tajuk tidak berkaitan, masa aku tengah nak cari feel untuk drive, sampai kat simpang dengan nafas turun naik, jantung dup dap dup dap, kaki tekan clutch bagai nak rak, kepala toleh kiri kanan, kereta pun dah nak start gerak.

aku nampak ada sebijik motosikal, datang ke arah aku.

kaki masih tak mampu nak tekan minyak, aku tengok dia, dia pandang aku. aku buat muka blur maka tak sempat nak intepret apakah feeling di sebalik wajah mamat tu yang terselindung pulak di sebalik helmet. eceh.

sebenarnya, aku salah!

patut aku bagi ruang dia jalan dulu.

tapi dia pun dah nampak aku bergerak, maka slow la sikit kan demi kesejahteraan bersama-sama. cis.

dia melulu jugak, straight je even aku dah kat depan.

aku pulak buat muka blur je, sebab masih nervous dan kaku. maka nak angkat tangan tanda 1 Malaysia pun tak berapa larat. aku blah je dari situ dengan perasaan bercampur baur.

eh, apekes?

sebab kat belakang motosikal tu ada sebuah kenderaan polis, menuju ke arah kami.

cabut!

hahaha.

Monday, April 26, 2010

Saya Dah Pulang #5

i am home.

finally.

but very exhausted.

and i think i am,

homesick, already!

duh.

miss you!

Orang Kampung kesayangan.

Friday, April 23, 2010

Edisi Kereta #2 - Enjin Mati

second day.

masih berkeadaan nervous.

dan masih berusaha untuk membiasakan diri.

dengan kereta Cik Mardi yang berclutch pendek.

akhirnya perkara yang aku takutkan terjadi jugak..

enjin mati di tengah jalan.

gara-gara sebuah kereta yang sangat slow kat depan.

2 kali juga percubaan diperlukan.

sebelum enjin kembali menjadi normal.

dengan tangan menggeletar dan hati berdebar.

dan hon dari kereta kancil modified hijau di belakang.

fuh!

what a day.

balik rumah terus kompelin.

sama Si Gagah yang setia beri sokongan.

Mari Membeli Kereta #10 - Gantirugi

ni cerita minggu lepas. tapi baru rasa nak taip hari ni. aku kan malas. isk.

sehari selepas aku balik kampung, dengan penuh sebal aku bercerita dengan Si Orang Kampung mengenai rasa kecewa dan hati yang membengkak sebab kereta idaman takkan berada dalam tangan lagi. dan aku tercerita la jugak pasal deposit yang dibayar balik oleh owner kereta idaman.

dia bayar sehari selepas tu.

tapi dia bayar cukup-cukup je dengan duit deposit tu. takde lebih. fine la kan. konon macam mengikut syarat sangat la tu.

tapi Si Orang Kampung macam urge aku suruh mintak lebih daripada deposit tu, dengan alasan yang membatalkan jual beli ni adalah pihak owner kereta. dan aku sudah ada runner which is my own uncle yang ke sana ke mari menguruskan financial loan dan everything, so I got to pay him something, aite?

normally, if I am the one that canceled the process, then the deposit will be burn. jadi, kalau dia yang batalkan, dia kena la bayar balik, should be double the deposit.

maka, aku hantar sms 3 link semata-mata untuk menerangkan dengan panjang lebar dan berhemah juga lemah lembut untuk memintak balik duit lebih. my bad, sebab aku terlalu awal bagi nombor akaun aku, dan tak mintak awal-awal daripada dia, dan dia masukkan deposit itu lebih awal.

lepas tu baru aku macam terasa terdesak dan nak mendesak dia ekoran sakit hati dan bengkak perasaan yang dia tinggalkan pada aku.

tapi, aku tak berharap sangat pun.

sebab hantar by message je kan, u can just ignore the sms. delete it and block my phone number or whatever, tapi memang itu lah yang dilakukan oleh owner kereta sebab sampai sekarang aku tak dapat balasan.

kes habis di situ, sebab aku tak reti nak paksa-paksa stranger.

tapi 2 hari lepas tu aku dah start mereng dan terfikir pasal kerugian aku, maka aku resend the sms. but as usual, tidak mendapat sebarang sambutan. aku siap cakap, 'mintak maaf, harap awak paham' tapi for sure la buat-buat tak paham pun takpe, takkan merugikan apa pun pihak dia, aite?

tapi, aku lah rugi.

damn!

Thursday, April 22, 2010

Kisah #12 - Macamana Nak Jadi Rajin?

tadi makan-makan bersama crime partner. eh tak tak. lab partner. aku, Si Anak Ikan, Kawan Si Anak Ikan dan Si Foreigner. first time makan beramai-ramai, tapi kekurangan Si Rajin dan Si Ibu.

tak banyak benda tidak ilmiah dibincangkan sebab masing-masing tak pernah kenal hati budi melainkan hanya bab-bab research sahaja. sangat tidak bermasyarakat.

*grin*

so, nak break the ice, aku tanya la Si Foreigner. apa sudah jadi sama research, sudah sampai state mana memandangkan aku dan dia berada dalam semester yang sama, jadi perlu bagi aku untuk sama taraf, walaupun aku kurang rajin berbanding dia. ok, cerita lain tu.

tapi tiba-tiba dia keluarkan statement berbunyi,

'i am so tired with the experiments. i kept doing the research till i can't find the time to rest. i didn't get any time to go to vacation and enjoy myself'

gulp!

terkesima kejap dengan kata-kata tersebut.

aku ni punya la banyak benda yang aku buat sepanjang setahun setengah menghambakan diri kepada Si Cekgu. tsk tsk. komitednya beliau. aku siap boleh bercinta, putus cinta, amik lesen, cari kereta.

memang all that stuff nampak remeh, tapi sebenarnya ia ada mengambil masa dan jiwa aku. ceh.

dan memang betul, sebagai seorang foreigner student, adalah agak menjadi kewajipan kepada golongan itu untuk berjalan-jalan dan berlagak seperti tourist apabila berada di negara orang.

tapi, aku macam tak sangka la dia sangat rajin macam tu. tsk tsk.

macamana mahu komited seperti itu jugak?

Tuesday, April 20, 2010

Edisi Kereta - My First Time

rentetan daripada entri di bawah,


'wei, Si Mardi pesan kalau kau nak guna kereta dia amik la'

'ek? hmm. aku memang nak kena pergi lab pun petang karang ni'

'ha, pakai la kereta tu'

'dia pergi kursus tu berapa lama?'

'sebulan kot?'

'ha, yeke? hari tu dia cakap 2 minggu je?'

'tadi aku hantar dia. dia cakap sebulan'

'oh. lamanya'

'ha, kau pakai la kereta tu. lagipun dia pesan kalau kau tak guna, suruh aku sekali sekala panaskan enjin kereta dia tu'

'oh. macam tu eh'

so, maka nya semalam dan hari ni aku telah ke lab dengan memandu kereta Cik Mardi atas ehsan untuk panaskan enjin kereta beliau di samping panaskan jiwa raga yang sampai ke sudah tak dapat kereta idaman. tsk tsk.

macam tak percaya pun ada.

15 minit sebelum dan selepas drive, aku akan berkeadaan seperti orang-yang-nak-amik-test-JPJ.

*grin*



apapun, thanks kepada Cik Mardi yang percayakan aku!

oh, and by the way, kereta beliau adalah manual. haish.

Perihal Cekgu Saya #6

semalam.

telefon berdering-dering. tanda panggilan masuk. malas nak angkat. sebab penat balik ke kampung dan datang balik dengan hati yang kecewa masih lagi tak habis. cis.

dah tengah mamai-mamai, tertekan button accept call. ugh. suara dah lah macam robot sebab baru bangun tidur di tengahari yang panas tapi gelap gelita kalau berada di dalam bilik saya.

'Cik Ralat, Si Cekgu nak jumpa'

'bila?'

'entah. sekarang la kalau boleh'

'ala, lambat sikit boleh tak. penat la baru balik ni. isk'

'tak tahu la. Cik Ralat sms la bagitahu kat Si Cekgu'

'ok'

Si Anak Ikan rupanya. menjadi orang tengah antara aku dan Si Cekgu. perkara biasa.

tangan laju je menaip sms berbentuk rayuan secara lembut kepada Si Cekgu yang-tak-pernah-nak-faham bahasa-orang-bawahan. terus tekan butang silent. nak siap sedia sambung buat taik mata. penat masih belum hilang. sakit hati selamanya takkan hilang.

terus dapat lagi satu panggilan.

ah, bosan la macam ni. kacau je!

'hello. Cik Ralat. ni Si Cekgu nak cakap ni'

'erk. haa. ok'

'hello. u ni kan memang malas nak datang lab ke? saya called u berapa kali u taknak angkat'

'hmm'

sambil tangan pandang skrin talipon - 8 missed calls.

damn!

lepas tu terus la pot pet pot pet bla bla bla. pom pang pom pang aku kena marah. sudahnya suruh jumpa jam 6. tu je pun. apa kata kalau selepas ni kita skip bahagian lecturing tu? annoying tahu tak?

pukul 6, aku jumpa jugak Si Cekgu. tu pun selepas dapat sms yang berbunyi

'u ni kat mana ek? bila nak datang jumpa saya? dah lama saya tunggu'

duh. dah gaya macam boyfriend aku la pulak.

ugh!

Monday, April 19, 2010

Mari Membeli Kereta #9 - Misi Dibatalkan

when i was on my way, to my hometown - accompanying Si Dua to sign the documents for financial loan stuff, i got this phone call.

'hello'

'ya. ada apa?'

'tadi ayah owner kereta idaman talipon. dia kata tak jadi jual kereta tu'

'haaa?'

'dia kata loan dia sangkut dengan Bank Rakyat, jadi dia tak boleh nak jual'

'hmm'

'dia tak berani nak talipon. sebab tu suruh ayah dia talipon'

'emm. dah lama ke dia tau?'

'sama masa awak buat loan jugak. tapi dia punya tak lulus'

'hmm'

'awak ok ke?'

'emm'

'kesian awak'

'hmm. takpe. nanti saya talipon ayah, tanya'

'ok'





and deep down in my heart i hope that was just a fucking joke!


but indeed, it is true.

fakfakfak.



to be continued

Friday, April 16, 2010

Edisi Balik Kampung #4 - Misi Mencari Kereta Idaman

malam ni akan berangkat ke kampung halaman.

menemani Si Dua menandatangani MoU.

eh, tak tak.

financial loan, tukar nama, insurans, bla bla bla.

eh, betul la.

MoU as in memorandum of understanding.

but, everything is about kereta idaman.

so, off me go!

Thursday, April 15, 2010

Kisah #11 - Hari Tidak Berfungsi

hari ni dimulakan dengan bangun time tak berapa nak pagi. nak pergi mandi ternampak kelibat 3 ketulan najis anak-anak kecik di depan sudut pintu bilik mandi. bau yang sangat harum menusuk-nusuk dalam hidung walaupun dengan sedaya upaya telah menggonyoh badan secara lembut dengan menggunakan shower foam jenama PH 5.5.

ceh.

lepas tu bersiap-siap dan siap dan siap, dengan pakai tudung melilit kat kepala sampai terasa macam susah nak bernafas. sudah tu, susah pulak nak pakai earphone nak dengar mp3 sepanjang perjalanan ke bus stand. nak keluar bilik terpaksa lagi menghidu bau harum ketulan najis tadi. tak sempat nak bersihkan.

kena kejar bas!

dalam perjalanan ke bus stand tu, dengan panas terik sebab keluar masa bayang-bayang paling pendek dan kereta yang lalu lintas jugak banyak. kena seberang satu lagi jalan sambil bas yang ditunggu-tunggu sudah pun mula bergerak. bagi signal kepada salah seorang penumpang tanda;

'saya nak naik bas. sila suruh pakcik tu berhenti kejap tunggu saya!'

dia cuma pandang saya, pandang pakcik bas, pandang saya lagi. lepas tu dah tak nampak sebab bas dah jauh berlalu. lantas berlari-lari anak kecil mengejar bas tapi tak sempat. bas dah pergi dan serta merta terbuat lompat bintang kat situ dengan eksesais mulut dengan perkataan buruk 'bodoh!' 'bodoh!' dan 'bodoh!'

jangan tiru aksi ini di depan ibu bapa mertua anda.

sampai saja di lab, bersusah payah melakukan 2 kerja dalam masa yang sama iaitu membuat slide show untuk dipersembahkan dalam meeting bulanan yang Si Cekgu jadualkan sambil juga bermain Mafia Wars kegemaran. setelah berjaya membuat 3 slides, berhenti dan terus mencari makanan kerana terasa sangat lapar dan kosong perut ini.

starving!

masuk meeting lambat, tapi tak dapat jegilan atau jelingan atau ugutan atau kemarahan daripada Si Cekgu. sah, mood adalah agak baik. maka, dengan beraninya tak present slide sebaliknya memberi ceramah sepatah dua kata sahaja dengan riak muka orang yang telah berusaha sedaya upaya supaya nampak bahawasanya memang telah membuat kerja setakat yang termampu oleh jiwa dan raga. maka esok diisytiharkan adalah cuti umum untuk diri sendiri.

sebab esok balik kampung!

sekarang sedang menunggu masa untuk pulang ke pangkal jalan selepas mendapat tahu jadual masakan di rumah adalah sudah dibubarkan. maka tiada lagi entri Hari Memasak Saya selepas ini.

sekian, terima kasih kerana membaca entri mengarut saya.

Wednesday, April 14, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan #2

semalam.

keluar mencari tiket untuk pulang melepaskan rindu dendam kepada orang kampung tersayang juga melunaskan wishlist tahun ini dengan menemani Si Dua untuk menandatangani perjanjian bagi membolehkan saya mendapat kereta idaman.

fuh!

kemudian terus pergi Cyberjaya untuk makan nasi arab kegemaran pasangan Si Dua dan Si Dua-Dua di Restoran Saba' yang berkoordinat nak-cakap-pun-tak-tahu dan makan nasi-jenama-apa-saya-tak-tahu dengan banyak disulami orange juice sebab isi perut yang mempunyai masih banyak ruang untuk dimampatkan.


terima kasih kepada Si Dua-Dua or should I say, Cik Heroin USJ?



harap mahap, selalu menggangu kamu berdua mengedate secara jayanya!

*grin*



psst.. nanti dah ada kereta idaman, janji tak kacau lagi.

Edisi Lelaki #4 - Sila Jantankan Diri!

'apa je dia cakap kat awak?'

'cipan la lu Magoo. orang itu dah baik-baik. famili pun baik-baik. yang kau pergi prom nite dengan orang lain tu pasal apa?'

'dia sebut nama saya ke?'

'ha'ah'

'dia tahu ke awak dengan Si Minah tu?'

'ha'ah'

'so, sekarang dia nak kata saya perampas ke? saya orang ketiga?'

'ha'ah'

'dia tahu tak siapa yang lagi dulu kawan dengan awak? saya dah setahun lebih dengan awak. tapi takde sape tahu! budak tu yang tiba-tiba datang, terus dapat nama'

senyap.

'dulu taknak bagitahu siapa saya. sekarang jadi macam ni. awak tak boleh nak bela saya pun!'

'benda dah jadi'

senyap.



cis.

bullshit!



kepada kaum lelaki sekalian, kalau kau ada orang yang kau sayang, sila la jangan malu jangan segan nak ngaku depan semua orang yang kau sayang dia. tu pun kalau kau betul-betul sayanglah! dengan dia kau janji itu ini, tapi nak angkat dia sebagai teman kau di khalayak ramai pun susah, kau memang bukan jantan!

dan kaum perempuan pulak, kalau lelaki tu tak boleh nak ngaku dia ada kau depan kawan-kawan dia, then move on! dia main-main je tu. serius tak cukup. not man enough. kau blah je dari situ. dia tak layak untuk kau. dia tak hargai kau sepenuhnya. kau boleh cari yang lagi bagus, aku jamin!

Tuesday, April 13, 2010

Jenis Hantu

1. Hantu Raya - 

Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - 

Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjenguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Jerangkung - 

Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

4. Hantu Pontianak - 

Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak... Lekatlah nama pontianak.

5. Hantu Penanggal - 

Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari...Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.dia pun mengilai semahunya.

6. Hantu Pocong - 

Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

Mari Membeli Kereta #9 - Duit Hangus

'tadi pak sedara bagitahu, kena bayar lagi 2 riban untuk tukar nama, insurans'

'haa. 2 riban?'

'tukar nama, insurans, gear, enjin'

'haa. enjin pun kena bayar?'

'tak tahu lah. bukan tahu sangat'

'gear pun kena bayar? tak paham'

'tak paham apa nya. kena bayar la nak tukar nama semua tu'

'yelah. kenapa kena bayar enjin, gear. kita beli baru ke'

'ha, tu lah kata. kena bayar semua la tukar nama'

'isk. tak paham'

'tak paham. tak paham. kena bayar semua la'

'tahu. tapi ingatkan takde lah sampai 2 riban'

'kan dah bagitahu dulu, kena sediakan duit lebih'

'tsk tsk. baiklah'

'tu la duit hangus nama dia. kena bayar orang tu nak buat kerja lagi'

'huhu. ya. baiklah'




ini adalah perbualan Si Ayah dan Si Tiga, yakni aku.

duh! banyak jugak keluar duit.

*muka berkerut*

Monday, April 12, 2010

Mari Belajar Cara Potong Kuku

Memotong kuku merupakan sunnah Nabi Sollallahualaihiwasallam. Ia termasuk di dalam fitrah

Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)

Sekarang saya ingin berkongsi cara memotong kuku sebagaimana yg diajar oleh para ulama. Saya akan menyatakan 3 cara untuk memotong kuku jari tangan dan 1 cara untuk memotong kuku jari kaki. Kalau anda menemui cara yg lain, silalah kongsikan bersama. Err, lebih tepat jika disebut tertib potong kuku.

:: Bilakah sunat memotong kuku?
Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari. Disunatkan memulakan dengan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu sebelum kuku jari kaki.

:: Cara potong kuku jari tangan

Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!


Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.


Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan. Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب ' untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.

Saya terjemahkan nama jari-jemari dalam bahasa Arab ini ke dalam bahasa Malaysia mengikut susunan daripada ibu jari hingga kelingking untuk memudahkan anda.
إبهام (ibham) : Ibu jari
سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk

وسطى (wusto) : Jari tengah
بنصر (binsir) : Jari manis

خنصر (khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah lagi terus tengok gambar!


Imam Ahmad menyatakan bahawa sunat menggunakan tertib ini berdasarkan sebuah hadith. Hadith itu ada disebut di dalam Kitab Al-Mughni, karangan Ibnu Qudamah. Hadithnya,
من قص أظافره مخالفا لم ير في عينيه رمدا
"Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata."
Makna 'mukholifan' ialah seperti tertib yg disebutkan di atas atau seumpamanya.

:: Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk.
Rujukan:
1-Syarah Sohih Muslim, karangan Imam Nawawi
2-At-Taqrirat As-Sadidah fil Masail Al-Mufidah, karangan Al-Habib Hasan Al-Kaf

Nota kaki:
[1] Menurut Imam Nawawi, jumlah fitrah tidak terhad kepada lima sahaja. Bahkan tidak terhad kepada sepuluh sebagaimana di dalam hadith yg lain.

Ulama khilaf tentang makna fitrah yg terdapat di dalam hadith ini dan yg sewaktu dengannya. Pendapat kebanyakan ulama, maknanya Sunnah. Bahkan disebut oleh sekumpulan ulama maknanya sunnah-sunnah para anbiya. Dikatakan: maknanya Ad-Din.







ambil dari sini. 



dan juga khasiat hari tertentu untuk potong kuku. 


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.






psst. hari ni hari Isnin. mari potong kuku!