Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, March 23, 2010

Yanie Mentor Meninggal

KUALA LUMPUR 21 Mac – Peserta pertandingan nyanyian realiti, Mentor, Yanie, meninggal dunia pada pukul 4 petang ini di Hospital Keningau, Sabah kerana ketumbuhan pada paru-parunya.

Mentornya dalam pertandingan itu, Ning Baizura memberitahu, Yanie atau nama sebenarnya Sitti Suriane Julkarim telah menghidap penyakit itu sejak empat bulan lalu.

“Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” katanya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.

Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.


salam takziah.

dalam aku duk sebok-sebok nak kecik hati, marah, pening dan sebagainya dengan masalah aku yang sebesar hama tu, orang lain dah pergi dulu.

tsk tsk.

mode ; sila sedar diri. bukan anda seorang je yang susah.

No comments: