Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 11, 2010

Update On Progress Meeting

hari ni aku memang marah kat Si Cekgu. rasa benci betul.

meluap-luap bila dia cuba nak bertikam lidah dengan aku, dan kemudian bajet menang.

tadi, masa duk present.

aku bagitau la apa masalah yang aku hadapi. apa yang tak kena dengan Method 2 tuh. hari tu lagi aku dah cakap, tapi dia biasa lah. buat tak tahu aje yang dia reti.

tadi aku cuba cadangkan nak pakai Method 3 pulak.

sebab aku tengok student bawah aku punya sampel adalah sangat comel sama macam sampel yang dihasilkan dengan Method 1 berbanding dengan sampel yang dihasilkan oleh Method 2, iaitu kaedah yang aku pakai sekarang ni yang konon-kononnya adalah low cost!

tu semua idea dia lah.

so, aku cuba dan mencuba.

memang kalau sekadar nak test dan test dan hasilkan paper untuk publish macam yang dia nak, memang aku boleh aje nak buat. tapi sekarang ni pokus pada nak habiskan research aku ni, dan benda tu yang aku hasilkan selama ni tu adalah tak berguna.

sebab sampel tu vanish setiap kali aku sintered!

sigh.

dah tu, bukannya nak tolong aku. bagi nasihat ke bagi tunjuk ajar ke. boleh pulak dia suruh aku pergi diskus dengan cekgu lain, sedangkan dia la yang bertanggungjawab ke atas aku.

aku nak ada cekgu kedua, dia tak kasi. konon cekgu kedua ni duk amik hasil research dia dan publish untuk kepentingan sendiri.

padahal cekgu kedua tuh, pada aku adalah sangat pandai dan terror dan tahu apa yang dia buat. dah tu lagi, sangat menolong aku. suka explain bila aku tanya.

Si Cekgu ni pulak, semua dia bergantung pada orang bawahan macam kami ni, terutamanya pada Si Rajin. sat lagi kalau Si Rajin dah keluar, aku tak tahu lah apa jadi.

setiap kali kalau ada orang baru masuk je, mesti dia refer kat orang bawahan yang dah senior. aku pun ada jugak kena kadang-kadang.

dia? dia tak ada buat apa-apa pun. cuma tunggu result dan bersedia nak menyumpah je. tu je kerja dia. lepas tu claim dia penat la, banyak kelas la, banyak mesyorat la.

hish. benci betul.

tadi masa aku cakap nak try bertukar ke Method 3, dia pun beria-ia je nak salahkan aku sebab tak bagitahu awal-awal nak beli barang dan sekarang geran dah tutup. dah takde funding. so tak boleh nak beli barang pakai duit geran.

lepas tu ayat paling tak boleh blah, bila dia suruh aku guna duit aku untuk bayar eksperimen nanti. siot je.

'tu lah, hari tu saya suruh beli semua barang sebelum geran tutup'

'yelah, saya dah beli semua barang. tapi hari tu kan cekgu jugak cakap suruh pokus method ni. so, kalau pakai method ni tak payah guna alat tu semua'

'tak boleh nak salahkan saya jugak, sebab saya dah bagitahu awal-awal'

'hmm. yelah. takpe lah. saya usaha jugak dengan sampel ni'

dia jugak taknak mengaku tu salah dia - menyuruh aku menggunapakai Method 2. lepas tu cakap aku yang tak dengar cakap dia la apa la.

ceh.

agak bullshit di situ.

dan dia rasa dia menang.

aku malas nak layan. sebab aku dah sampai tahap - kalau kau tegur aku lagi, memang aku naikkan suara je.

tahap sabar aku dengan dia dah sampai ke situ.

so, aku beralah je la. kang dikatanya aku biadap lagi. susah pulak nak lulus. aim aku sekarang cuma nak siap cepat, nak lari cepat, nak grad cepat je.

habis cerita.

No comments: