Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, March 1, 2010

Things To Do

hari ni aku bersungguh-sungguh pergi lab. ceh. ayat tak boleh belah. ya, betol. aku pergi dari pukul 3 - 5. heaven gila. hahah.

sebab semalam jumpa Si Dua, dia kata aku dah gemok. ceit.

runsing. pikir punya pikir, aku tekad nak pergi lab selama seminggu ni berturut-turut dengan berjalan kaki ikut laluan yang jauh. memang tak motivasi diri langsung. patutnya aku pergi lab sebab nak siapkan sampel. adoi.

lagipun dengar cerita Si Cekgu dah balik dari obersea. apakah perkara pertama yang akan beliau lakukan?

jeng jeng jeng. lu pikir lah sendiri.

oleh sebab tu, aku kena la buat kerja.

biar nanti dia tanya, aku jawab lah semua dalam proses. kalau dia kata buat kerja lambat, aku cakap la bercampur-aduk dengan student undergrad. barang nak guna tak cukup.

apa macam, brilliant tak?

kena berfikir sebelum kena marah.

oh ya, tadi aku check lagi sistem kewangan. mak aih, aku punya cek dah siap kot. boleh amik esok atau lusa.

maka makin bertambah dana Tabung Mari Membeli Kereta saya.

malangnya, calon kereta idaman pulak takda. macam terpaksa tukar kepada kereta-yang-boleh-dimiliki-dan-ada-di-mana-mana. tak macam kereta idaman aku tu. susah nak jumpa. pasal apa aku suka kat dia pun aku tak tahu lah.

tapi kalau aku dapat kereta idaman tu, memang buat lompat bintang la kata punya seronok. ceh.

jadi sekarang ada 3 je lagi benda tak setel dalam pikiran aku.

1-Mari Claim Duit yang short itu hari.
2- Siapkan thesis diri sendiri - sangat sangat sangat la utama.
3- Mari Mencari Kereta Idaman

oh, dan ya, Mari Rampingkan Badan. cet.

No comments: