Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 25, 2010

Ralat #30 - Durhaka

malam semalam.

aku dalam kereta. dengan dia. depan Old Town White Coffee.

check handset, tengok Si Emak - panggilan tak dijawab.

dengan pantas dan tuntas, terus return call.

'hello. haa, apasal tadi telepon tak angkat?'

'maa letak dalam kete'

'loh. em, dah tanya ke kereta tu? sebab ingat sabtu ni pun memang nak pegi cari'

'esok lah telepon orang tu balik'

tiba-tiba dia bukan pintu kereta. dengar bunyi-bunyian.

'haa, bunyi apa tu?'

'err.. bunyi kereta'

'hah, kereta sapa?'

'kereta Mr.Crab lah'

'buat apa ni malam-malam keluar lagi?'

'nak balik la ni'

'ha, balik cepat-cepat. dah lewat ni. keluar apa lewat-lewat'

'saja tadi mintak tolong dia tengok kereta sama-sama'

'apa pulak tengok kereta malam-malam. dah lewat. dah tutup'

'ye, nak balik dah ni. dia kan balik kerja lambat'

'dah, balik je. dah lewat ni'

'ye, ye. nak balik la ni'

sambil tu tangan dah laju merayap kat lengan dia. kena la pulasan sedas dua.

letak telefon.

'haish. yang awak pergi gatal-gatal nak turun tu apasal? duk diam-diam sudah la'

'nak tengok la, ada tempat kosong ke tidak kat dalam tu'

'ish. tak pasal-pasal kena bebel ngan ayah'

dia.

buat muka blur.

aku.

marah!

sebenarnya, aku baru je nak keluar. bukan nak balik.

tsk tsk.

*durhaka*

No comments: