Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, March 21, 2010

Ralat #28 - Separuh Jiwa Ku Pergi

lirik lagu je pun.


Memang indah semua

Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu

Tapi tak begini

Kau khianati hati ini

Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia

Selama dengan aku

Itu ucap bibirmu

Kau dustakan semua

Yang kita bina

Kau hancurkan semua



mode ; jiwang. eh tak tak. mode ralat.

aku malas nak mencerita semua balik, jadi aku letak je lirik lagu mana yang patut untuk menggambarkan keadaan hati-jiwa-jantung-limpa-peparu-ginjal-hempedu yang sedang luka parah.

yucks! haha.

ya, aku menjadi ahli Kelab Jiwa Luka. again.

keahlian aku diperbaharui entah untuk kali ke berapa dan untuk tempoh berapa lama. aku pun tak pasti.

tapi sekarang, aku adalah bertaraf junior dalam kelab ni. luka pun masih berdarah-darah lagi. parut yang lepas pun belum sembuh sepenuhnya lagi. tapi dah ada luka lain yang menindih.

ceh. korang paham tak? tak paham, sudah.

yang aku tahu, aku sedang gering. eh, halal ke guna terma gering?

haish.

jiwa aku yang gering. minta dibantu. tapi tak tahu siapa yang mampu. sebab diri sendiri pun dah tak berkoordinasi dengan betul.

otak apatah lagi. kejap-kejap pening. kejap-kejap dikerah untuk berfikir. kejap-kejap dipaksa untuk mengingat.

memori-memori indah aku dan dia atau memori indah dia dan Si Minah. cet!

badan pulak kejap-kejap hang. kejap-kejap panas. kejap-kejap sejuk.

sigh.

No comments: