Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, March 9, 2010

Ralat # 23 - Cedera

tadi tengah seronok-seronok jalan-jalan melintas jalan nak ke seberang sambil buat muka ketat tanda tak mahu sembang, tiba-tiba Si Henpon jatuh ke atas jalan raya di bawah terowong.

tsk tsk.

nasib baik takde kereta kiri kanan. cuma ada seorang akak je kat belakang. dia pun terkejut aku buat emergency break tadi.

lepas tu terus jadi macam orang mereng. pasal Si Henpon tiba-tiba hang.

maka lagu I Can't Take My Eyes Off You pun berkumandang lah di bawah terowong, sebab tak boleh nak stop.

terus kutip dan maju ke depan.

nasib baik tak terlanggar kereta depan pulak sebab mata asyik kat Si Henpon, check samada cedera ringan ke berat.

oh, luka sikit-sikit je. luka normal bilamana terhempas secara tidak sengaja.

kesian kat awak ye Si Henpon.

saya mintak maap.

sob sob.

No comments: