Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 31, 2010

Perihal Cekgu Saya #5

semalam.

cekgu ; saya tak faham la bab yang ni. apa maksud dia ni? kalau ratio kena la ada titik bertindih kan? macam ni ke sepatutnya?

aku ; ha, saya pun lupa la cekgu. saya follow dalam journal lain tu.

cekgu ; ok la, awak check balik lepas tu edit. saya nak petang ni jugak. esok dah nak hantar.

aku ; ok, saya turun sekarang dan check. nanti saya email balik.

cekgu ; esok awak tolong hantar ek.

dalam hati - ceh, semangat sangat tadi macam dia nak hantar, tapi aku jugak kena.

aku ; ok

cekgu ; saya nak kena hantar awal ni. sebab dah banyak kali kan kena edit ni. entah berapa kali. 10 kali kot. bengong betol la.

*buat muka terkejut campur blur*

cekgu ; eh, saya tak kata kat awak la. saya kata kat diorang tu.

dalam hati - ha, ye la tu. sambil selam minum air la tu. nak kata aku bengong tapi berlapik dengan orang lain. cis.

aku ; *senyum*

cekgu ; tapi awak selalu datang lambat kan? pukul berapa awak datang esok? 11? 12?

dalam hati - ewah. tak habis-habis lagi nak perli aku. ceh.

aku ; ha, sebab tu saya ingat nak mintak cekgu terus isi je petang ni, esok saya hantar. sebab saya selalu singgah sana dulu baru saya datang lab

cekgu ; hantar dalam cd ke? mahal tau. saya taknak dah pakai cd. nak print je.

dalam hati - alahai. kedekutnya!

aku ; ok, takpe lah. saya print sendiri and saya hantar la esok. sebab saya selalu singgah sana dulu before saya datang lab.

cekgu ; eh, tak boleh. lama ni. saya nak kena buat surat. ni lagi ada orang nak jumpa saya.

dalam hati - aduh. geram!

aku ; ok la. esok saya hantar.


jadi, hari ni aku TERbangun jam 0525 pagi. komited tak?

dan secara ajaibnya, telah berjaya mentalipon skandel-skandel, supaya bangun mengerjakan Subuh, tapi aku pulak kena marah.

duh!

No comments: