Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 25, 2010

Perihal Cekgu Saya #4

sejam selepas tengahari, baru aku terhegeh-hegeh nak keluar rumah. menuju lab.

panas sangat membahang. patut kulit muka macam makin hitam dan juga menggelupas.

sigh.

tengah syok dengar mp3, bunyi teet teet teet kedengaran, tanda ada panggilan masuk atau sms.

aku biarkan aje, sebab ingatkan sms. dua kali teet, dia senyap la.

tapi yang ni tak berhenti.

eh, siapa pulak yang call ni. Mr.Crab ke - nak bincang pasal kereta mungkin.

tak pun Si Cekgu?

haiyah.

taknak jawab!

tapi oleh sebab tengah guna headset, maka automatik panggilan dijawab. ceh.

'hello. hello'

aku diam. tak keruan. otak ligat fikir alasan.

'hello. helloooo. hello?'

aku. sigh. apa nak buat ni?

dalam 1 minit jugak dia sabar menanti untuk mendengar suara aku. sejak bila pulak Si Cekgu aku ni penyabar orang nya?

lepas tu dia hung up.

fuh, syukur! terus tekan butang silent. ceh.

2 minit kemudian, masuk lagi panggilan.

aku berjaya buat-buat tak tahu, dengan alasan tengah lintas jalan. tak berkesempatan nak jawab. boleh begitu?

percubaan kali ketiga pulak. dia memang tak kenal erti putus asa, kalau bab jawab telefon.

kali ni aku jawab. sebab dah berdiri sebelah bas. nanti ada bukti. ceh.

'hello'

'haa, hello'

'kat mana ni?'

'dalam bas'

'saya nak list of modifications tu'

'oh. ok. nanti saya send. saya tengah buat'

'tengah buat macamana dalam bas?'

'saya dah buat separuh semalam. nanti saya hantar'

'ok'

duh!

No comments: