Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, March 23, 2010

Mimpi Yang Tak Sudah

ada 5 orang pelajar A, B, C, D dan E yang bergelar konon-konon gengster Kampung Pisang, has a beef dengan seorang lagi pelajar baru, yang sebenarnya adalah spy polis diraja. cet.

macam cerita biasa, pelajar senior akan sekat pelajar baru dekat pintu masuk.

so, nak jadikan cerita, pelajar junior a.k.a spy polis itu mesti lah melawan.

gaduh punya gaduh.

senior A serang junior. junior dengan selamba je menjatuhkan beliau. senior B pulak serang. junior selamba je hentak kepala beliau dekat dinding. senior C pulak masuk gelanggang, selamba jugak kena sepak. senior D a.k.a Ketua Gengster pulak dah geram. nak menendang juga.

aku mungkin memegang watak sebagai pelajar senior E.

aku talam dua muka. eh, tak tak. aku jugak spy. ceh.

jadi, aku sebagai senior E, terlebih dahulu telah menendang senior D. kemudian junior tu buat lah apa yang patut.

entah macamana, senior D ada pisau belati. dia pegang tangan aku dan mengarahkan aku mengelar perot nya yang sebenarnya adalah berisi baby.

adeh.

aku tak sekejam tu. maka aku naikkan kedudukan pisau tu, dan aku potong/kelar dia di bahagian bahu kiri. cewah. aku tekan dalam-dalam. sampai dia tak boleh nak bergerak. lepas tu, aku blah.

ada setitik dua darah atas tali kasut aku.

lepas tu, konon melarikan diri la.

pergi ke depan ada pakcik guard. aku patah balik. konon nak cari air, nak hilangkan darah nak setitik. ceh.

entah macamana aku end up dekat cyber cafe dan terjumpa dengan Si Cekgu.

apakah?

dah lah conversation tak boleh blah.

'awak nampak mature ah sekarang'

'eh, tak tak. mana ada'

'ya, dah pakai sepasang warna ungu'

'oh, saja je pakai sepasang. nanti senang nak basuh'

sambil-sambil borak tu aku duk silangkan kaki, nak sorokkan darah nan setitik itu.

'tapi nampak sepadan ah'

'yelah, dah alang-alang pakai tudung ni, pakai la sekali ngan baju ni'




tiba-tiba je terkejut dari lena. cit. nasib baik mimpi je.

apsal mimpi mesti ada Si Cekgu? haish.

dah tu pulak mimpi tikam-tikam orang.

gilak mapia. hahah.




*cerita adalah tidak menarik. sebab mimpi selalunya mempunyai plot yang entah apa-apa dan bersambung ikut suka saja. layan!

1 comment:

Anonymous said...

hahaahaha....boleh tahan mimpi