Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, March 30, 2010

Mari Membeli Kereta #6 - Dah Memang Rezeki Saya

ceh. tajuk tak boleh blah.

tau kenapa aku cakap macam tu? maksud aku, tau kenapa tajuk aku buat macam tu? ah, mesti la korang tak tau, tu pasal aku nak kasi tau ni.

hah. komplikated je.

alkisahnya bermula seperti ini.

yang sebenarnya owner kereta idaman sangat la sayang pada kereta idaman tu. sangat sangat sayang sampaikan kereta idaman tu memang memenuhi ciri-ciri idaman hati aku dan paling penting idaman hati Si Ayah.

Si Ayah tidak suka kereta yang sudah dimodified dengan penuh hensem.

jadi, kereta idaman yang akan jadi milik aku ni nanti [ehem. ehem. tidak la ada sabarnya lagi] sebenarnya adalah sangat semulajadi, since 7 tahun yang lepas sejak owner kereta idaman membeli nya.

owner kereta idaman adalah agak sama dengan Si Ayah - no foods are allowed in this car!

jadi, kereta idaman itu sangat bersih, suci dan murni abadi.

nak dijadikan cerita pulak, kereta idaman tidak pernah memberi pasal kepada owner kereta idaman, sebab dia memang dijaga dengan baik. so buat apa bikin hal, kan?

jadi, si owner kereta idaman ni sangat la sayang pada kereta idaman, sehingga kan tidak sampai hati untuk menjual kereta idaman dan membiarkannya jatuh ke tangan orang lain.

beliau juga ada berfikir untuk meninggalkan sahaja kereta idaman ini di kampung. sekurang-kurangnya masih menjadi hak milik keluarga, dan tidak jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

pada malam kejadian, di mana aku telah mengerah keringat Mr.Crab untuk mencuri masa dan berkejar ke kawasan kereta idaman ditempatkan, malam tu sebenarnya owner kereta idaman nak bawak balik kereta tu ke selatan, dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang yang berminat di sana.

maka, aku dengan segala kuasa kredit yang ada, meminta izin dan bertanya pendapat daripada Si Ayah yang kemudiannya memberi lesen untuk membeli kereta idaman tersebut. Mr.Crab pulak memang dari awal dah setuju. cuma aku perlu kata putus terakhir daripada ketua keluarga sahaja.

sebaik sahaja Si Ayah kata ok, terus dengan rasa teruja dan gembira nya aku meminta Mr.Crab berurusan dengan owner kereta idaman sehingga aku kena bayar wang pendahuluan - tanda memang bersetuju!

ceh.

dan nak dijadikan cerita lagi, pada permulaannya owner kereta idaman tidak berniat langsung nak jualkan kereta idaman ni, kepada sesiapa pun.

ramai je yang bertanya, tapi owner kereta idaman rasa sayang nak jual, maka dia biar dulu ada dalam genggaman.

entah macamana nak dijadikan cerita, tiba-tiba dia rasa nak jual, dan pak sedara aku dapat contact ke macamana, aku pun tak pasti, maka aku dapat sambar dulu.

katakanlah kalau aku tak menunggu selama 2 bulan?

katakanlah kalau owner kereta idaman berubah fikiran untuk menjual awal 2 atau 3 hari?

katakanlah kalau Mr.Crab tak pergi hari tu, busy atau sebagainya?

katakanlah kalau Si Ayah terlambat call aku sehari sebelum?

katakanlah.

ceh.

maksud aku, dapatlah disimpulkan di sini bahawasanya kereta idaman ini memang sudah dijodohkan dengan aku.

jadi, boleh la aku kata 'dah memang rezeki saya'. duh!

note; entri ini ditulis kerana tahap kesabaran saya semakin menipis. tak sabar beb!



kalau anda berjaya menghabiskan entri ini dari awal sampai akhir, tahniah! sebab anda baru saja membazir masa untuk melayan ketidaksabaran dan keeksaitan saya.

No comments: