Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, March 29, 2010

Mari Membeli Kereta #5 - Pandu Uji

semalam.

pergi tengok kereta idaman dengan mata kepala sendiri, dan mata kepala pinjam, milik Mr.Crab. nasib baik waktu tu hujan lebat dah jadi hujan rintik-rintik. kalau tak, aku pulak yang start hujankan diri semata-mata untuk pandu uji kereta idaman.

round pertama, Mr.Crab yang drive dulu. sebab aku mana reti guna auto. ceh, alasan!

aku jugak takut nak memandu uji kereta orang lain, sebab rasa bukan betul-betul milik aku lagi. lagipun agak lama tak drive Cik Turquoise. jadi rasa agak janggal.

round kedua, Mr.Crab bagi aku chance mencemar duli.

maka 2 3 round jugak drive sekeliling kawasan situ, sampai aku cukup belajar basic untuk drive auto. ceh, perlu ke?

lepas tu sambung borak dengan owner kereta idaman.

pom pang pom pang.

hampir setengah jam lebih. mengupdate peribadi kereta idaman.

dengan mata aku yang asyik ushar je kereta idaman depan mata. serasa hati macam nak peluk kemas-kemas dan bawak balik time tu jugak.

gila!

rasa tahap happiness aku melonjak-lonjak dan menuju puncak bila dapat ketemu secara live.

sekarang cuma tunggu urusan dengan bank, lepas tu, kau milikku!

*senyum sampai telinga*

No comments: