Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, March 26, 2010

Mari Membeli Kereta #4 - Dalam Proses

hari ni saya sangat happi.

tak menjejakkan kaki ke lab, dan dalam masa yang sama tidak mendapat panggilan daripada Si Cekgu. lega hati.

ceh.

sebab utama adalah saya sudah mendapat kereta idaman saya. satu atau dua langkah lagi, maka kereta idaman akan terparkir di depan bangunan rumah saya.

terima kasih yang sangat tidak terhingga buat Mr.Crab, sebab dengan jayanya telah bersusah payah untuk membantu saya. setiap peluh dan keringat akan saya ingat.

terima kasih juga buat Si Ayah di kampung, kerana bertungkus lumus menjayakan impian saya.

rasa tidak keruan bila dapat tahu, tak lama lagi saya akan dapat salah satu item in my wishlists.

mungkin juga tak keruan sebab dah lama rasa putus harapan pada kereta idaman, dan sejak itu saya hanya fokus pada kereta-bukan-idaman sahaja, tapi tiba-tiba ada kereta idaman tu macam rezeki yang memang dah diaturkan dari Yang Satu.

apa-apa pun, saya sangat happi.

yay!

*buat lompat bintang*

No comments: