Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, March 15, 2010

Kompleks #18 - Anda Golongan Mana?

baru lepas makan dengan Si Cekgu dan Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung. makan nasi bariani. [kedai tu eja beriani tu macam tu].

terima kasih cekgu!

mula-mula masa dapat sms daripada Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung tu, memang liat gila nak mati nak bagi persetujuan. punya la aku malas nak mengadap Duli Yang Tak Berapa Nak Mesra - Si Cekgu itu.

perut memang lapar, sebab dah janji dengan Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung nak pergi makan sama-sama lepas mereka berdating.

tapi, nak buat macamana. kita yang merancang, Yang Satu jugak menentukan.

so, pergi la makan.

aku memang gila tak pandai hipokrit, tak reti nak berlakon yang aku boleh enjoy-enjoy, borak-borak kosong dengan Si Cekgu. cuma Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung je yang melayan, tapi tak tahu la samada itu adalah lakonan semata-mata atau yang benar belaka.

lagipun mereka adalah sekepala dari segi taste. nak kasut kulit aje, Clark aje, beg LV saja.

entah.

tak reti la aku.

yang pasti, aku memang tak boleh nak masuk. tadi pun nampak aku macam ketinggalan imej je. ceh.

aku kan dah bagitau tadi, macamana imej aku hari ni. so aku nampak macam orang yang berjiwa remaja dan sempoi. cis.

Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung pulak nampak vogue walaupun dah ada Si Caca berusia 3 bulan.

Si Cekgu pulak nampak macam cekgu la. entah.

tapi aku cukup tak suka la perangai orang yang cerewet masa nak makan. entah. tak berkenan benor-benor.

nak itu, nak ini. tanya itu, tanya ini. aku kesian kat Si Pelayan tu nak melayan karenah pelbagai ragam umat manusia bernama pelanggan.

bagus tak aku? undi lah saya. ceh.

memang la, kita ada hak pengguna. customer always right. customer nombor 1, 1 Malaysia. eh, apa kaitan.

tapi tak payah la sampai macam nak abuse pekerja tu. kesian.

aku kan dah banyak kali jugak makan dengan Si Cekgu ni. dah tau dah manner dia dekat meja makan macamana. kadang-kadang macam tak paham. bila dah paham, macam meluat la pulak.

maybe aku ni golongan kelas pertengahan kot.

ok, aku bahagikan kepada 3 golongan.

1-golongan atasan - ni macam Si Cekgu la
2-golongan pertengahan - macam aku la
3-golongan bawahan - err, takda contoh lagi

so, siapa-siapa yang rasa golongan bawahan, sila angkat tangan!

maksud aku, golongan ni semua aku bahagikan bukan dari segi pekerjaan, tapi pemikiran.

kalau aku, aku macam kesian dekat orang-orang yang bekerja bawah orang ni. lepas tu orang atasan tu pulak kan macam ikut suka hati mak bapak dia je nak marah kita depan orang ramai. berlagak macam dia tak pernah jadi orang bawah jugak, zaman Firaun dulu.

so, aku tak suka.

aku selalu bayangkan macamana jadi, kalau kau yang jadi orang bawahan tu? cuba la pikir sikit perasaan orang lain. jangan nak ikut sedap mulut kau je bercakap dan malukan orang ramai.

contoh.

situasi 1.

dalam lab tadi. ada orang nak hantar air. penghantar tu adalah mamat Bangladesh kot. so, dia masuk bawak troli tu straight je. sepatut belok kiri, hantar dekat pantry. then dia berhenti la kejap kan, nak tanya arah yang betul.

sekali dekat belakang tu, baru nampak orang atasan dia. atas sikit je la kot.

'masuk sana lah! berapa kali datang pun tak tahu lagi!'

aku macam, 'wadehek'.

tak payah la nak tengking-tengking orang camtu kot. even dia pekerja bawah kau je, tapi dia pun manusia ok. tahu malu jugak. cakap elok-elok tak boleh ke? dah la mamat Bangladesh tu buat muka kesian pulak.

haish. mencik! jatuh kasihan ok.

tak kira la kan, mamat foreigner ni semua buat hal ke ape ke kan, tu dah masuk topik lain. sekarang topik hormat orang lain. ceh.

situasi 2.

masa makan dengan Si Cekgu.

dia punya banyak songeh. ish. nak tahu semua benda tanya itu ini begitu begini. dah tu, bila mamat tu bawak, dia kata simpan dulu. nak makan hidangan dulu.

memang la mamat tu yang salah, sebab bawak dessert awal-awal. tapi cara dia bercakap, huish. aku memang tak berkenan.

aku rasa mamat tu kat belakang-belakang mesti mengumpat punya. harapkan status customer je, kena la sabar sikit.

entah lah.

memang la nak kata itu hak kita ke ape ke, tapi still, kita boleh mintak dengan polite. bukan susah sangat pun.

say please ke, terima kasih ke. diorang time bekerja je, sebab tu layan kan jugak. aku rasa kalau jumpa kat luar, mesti kena jeling tak hengat.

eh, macam dah keluar topik je.

so, kesimpulannya, aku sarankan kepada sekalian umat manusia, tolong lah hormat orang lain. semua orang ada perasaan, maruah dan harga diri. walaupun dia cuma pekerja kau ke, orang bawahan kau ke, but you rely on him/her.

kalau dia takde, kerja tak jalan, tahu!

ceh. ni dah macam pesanan peribadi pada Si Cekgu je.

anda golongan apa?

No comments: