Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 31, 2010

Kisah #6 - What A Day!

tadi pagi.

selepas mengejutkan skandel secara ajaibnya, aku pun biasa la - online sampai lebam. main Mafia Wars [MW].

kadang-kadang terfikir jugak, alangkah indahnya hidup ini jika aku buat research dengan semangat dan komited sama seperti yang aku curahkan kepada MW. ceh.

mata sangat segar dan buntang, dari waktu aku bukak mata sehingga lah ke jam 0830 pagi.

MW semua aku dah touch-up. sentuh sana. fight sini. rob sana. job sini.

maka, datang la masa malas. masa untuk menggeliat sambil dipeluk setonnirrojim di atas katil. bila dah berguling-gulingan sebegitu rupa, maka kelopak mata pun jadi berat.

bahasa senang, aku TERmengantuk. dan tidur balik.

jam 1000, terkejut. tengok jam. ish. malas!

jam 1115, Mr.Crab talipon - kejutkan aku suruh pergi lab. ish. malas!

lepas tu masuk sms skandel lain. adus. terus tekan butang silent. letak dua-dua talipon bawah bantal. aku tukar posisi tidur. semoga vibrate talipon takkan mengganggu. ceh.

jam 1347, terasa vibrate di hujung kaki. tak berhenti - tanda panggilan masuk, bukan sms.

ah, sudah.

dah start saspen.

check talipon - ah, Mr.Crab lagi rupanya. terus balas panggilan. borak-borak sambil kena bebel secara tersirat. layankan saja.

jam 1415, baru rasa mata membuntang balik. bangun dan bersiap untuk makan. ceh! sambil sms kepada Si Anak Ikan kepada Si Cekgu.

jam 1500, talipon vibrate lagi sekali.

hah, ni memang yang ditunggu-tunggu. Si Cekgu!

tak berjaya nak jawab panggilan pertama sebab saspen bersarang dalam dada dengan alasan berputar ligat dalam kepala.

daripada tunggu dia buat panggilan kedua, aku terus balas balik panggilan tidak mesra itu, sebab dah punya alasan yang best selain daripada cirit-birit dan tak dapat datang.

aku guna alasan - aku sedang makan kat luar! hebat tak? memang sedang mengunyah roti pun masa tu.

maka pada jam 1530, terlenggang-lenggang la aku berjalan kaki meredah hujan rintik-rintik, ombak bergelora nak ke hentian bas.

kemudian, terus melepas rindu dendam kepada Si Cekgu sebaik sahaja masuk area sekolah. mendapat arahan sedikit sebanyak. bertanya pendapat sedikit sebanyak. disindir diperli sedikit sebanyak.

lepas tu, apa lagi.

sesi merepot kepada teman-teman seperjuangan.

tapi Si Ibu yang-sudah-tak Mengandung tak datang - demam campak katanya. harap-harap cepat sembuh dan Baby Caca tak berjangkit!

berjaya laksanakan tugas menghantar paper yang Si Cekgu minta aku hantar kepada orang yang berkenaan. ceh.

hantar envelope tu je pun, tak boleh ke hantar sendiri. dah lah ada kereta. kasihan la kat aku yang cuma menumpang bas je ni.

aku korbankan masa dan tenaga tau. kesihatan juga. lagi mau sindir. tsk tsk.

dah lah hari ni Hari Masak Saya. penat tau tak.

jangan panggil aku 'bengong' dan 'bullshit' lagi sudah!

No comments: