Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 24, 2010

Hari Rajin Saya #3

ini cerita semalam.

tak sempat nak menulis sebab semalam adalah Hari Rajin Saya!

aku dengan penuh rajin dan sukacita nya telah berjaya mengedit paper untuk publish dalam journal dengan bertungkus-lumus dan mulus sekali, gara-gara mendapat petunjuk awal tengahari semalam.

sila rujuk kat sini.

walaupun itu adalah suruhan daripada Si Cekgu yang berjaya menembusi talian-tidak-mesra di lab yang berbunyi begini.

'hello'

'ha, ye cekgu'

'saya nak paper tu. dah siap edit belum?'

'haa.. belum, sedang edit'

'apasal lambat sangat. saya taknak lambat-lambat. nanti lambat dapat publish. dah lah paper tu dah lama kan kita hantar'

dalam hati - aik, bukan dia bagi masa 2 bulan ke untuk edit. gunakan lah sebaiknya! ish.

'oh, ok. saya ingat nak buat eksperimen hari ni'

'oh, takpe la kalau macam tu. bila boleh bagi ek?'

'em, esok la. saya cuba'

'ok, esok eh. tapi u boleh ke buat eksperimen. saya dengar u selalu datang lambat. asyik datang tengahari je. mana ada masa nak buat eksperimen'

'eh, saya punya eksperimen ni kejap je'

'ok. nanti dah siap paper tu, e-mail pada saya'

'baik, cekgu!'

cit. suka sindir aku.

maka, aku pun edit la paper tu sehari suntuk semalam.

dah siap edit paper, baru sedar sudah jam 1700, rajin tak aku?

dah lama rasanya tak mengisi masa lapang di lab dengan perkara berfaedah seperti itu. melainkan menunjuk ajar para student undergrad dan juga bermain Mafia Wars.

*grin*

No comments: