Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 10, 2010

Hari Memasak Saya

ah, hari Rabu memang selalu buat aku tensen. menurut kata Cik Kaunselor dan bekas Pembantu Tidak Rasmi lah, suatu ketika dahulu. ketika masih bersama-sama.

sekarang dah berpisah. ceh.

bangun pagi je, terus kena fikir nak masak apa. kadang-kadang sebelum tidur pun dah fikir, nak masak apa esok ya? bagus kan aku?

tapi kadang-kadang hari Rabu jugak adalah Hari Malas aku. pasal bila aku asyik fikir dan fikir dan fikir, nanti aku jadi tensen dan malas dan rasa tak semangat nak pergi lab. apa kaitan?

so, kalau tiba-tiba je aku jadi malas, aku mesti mintak tolong para hosmet pergi beli salad, sayur atau ikan atau mungkin juga Nasi Kukus Ayam Berempah. tu kalau dah malas tahap gaban.

sebab aku ada masa-masa tertentu bilamana aku rasa rajin sangat nak mencuba, macam hari tu, siap Google kot resipi-resipi best. lepas tu try masak kat rumah.

tapi, masa tu adalah Zaman Kegemilangan Aku dan juga Hosmet. maka, setiap orang pun akan bersemangat gila nak masak. terutama Si Beyonceet yang sangat pandai masak, tapi selalu taknak mengaku.

dan masa tu jugak, masak secara pair. 2 orang setiap hari masak, gilir-gilir.

ya, kat hutan tropika ni, kami mengamalkan sistem giliran. masak ikut giliran, buang sampah ikut giliran, basuh baju ikut giliran. hahah.

Si Dua ngan Si Satu selalu kutuk aku sebab nak memasak pun ada hari.

sebab kalau kat kampung, aku kadang-kadang je masak, sebab Si Satu tu terror sangat masak. skill memasak beliau adalah sangat tinggi, jadi aku rasa tak perlu nak tolong sangat.

cuma kalau kadang-kadang terasa macam nak jadi bini orang tu, aku pergi la tolong jugak apa yang patut. sebab aku biasa tak boleh kerja bawah arahan orang lain. terutama Si Satu, sebab beliau tidak pandai berkompromi dengan aku.

Si Emak lain lah. beliau tahu aku tak suka disuruh-suruh dengan salah approach. jadi kadang-kadang je beliau akan suruh. tu pun dengan penuh berhemah. tapi kadang-kadang kena bebel jugak. tahankan aje la duhai telinga.

mak mana tak bebel. tsk tsk.

aku pesen kalau kena suruh secara paksaan, aku lagi takkan buat.

rebellious la konon. cet.

depan sepupu kecik umur 4 tahun pun, aku buat perangai macam tu jugak.

masa tu tengah buat kuih raya. tapi emak dia yakni ibu saudara saya, adalah sangat suka mengkomplen dan mengomel. dah aku pergi tolong buat kerja pun kira punya la baik, tiba-tiba banyak mulut pulak pom pang pom pang pot pet pot pet itu ini begitu begini.

aku pun apa lagi, memblahkan diri lah.

esok nya budak kecik tu cerita kat semua orang. rasa nak lempang laju-laju je dia masa tu. harapkan kecik je.

sekarang dia dah darjah 3. boleh lah balas dendam.

*evil*

aku tak makan kuih raya tu sampai ke sudah.

mogok!

No comments: