Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, March 16, 2010

Ralat #25 - Hari Marah Orang

semalam.

emosi menggila. tapi aku tak rasa apa-apa pun. cuma tadi pagi je baru aku realise aku dah rosakkan mood dengan beberapa skandel. ceh

mangsa 1.

Si Double Agent.

dia ni aku naik marah tiba-tiba dengan alasan aku tak suka dia berselindung. cakap tak lepas. hahah. sebab aku tak paham apa dia nak cakap. so, tengahari semalam aku suarakan la pendapat aku tu.

padahal aku sebenarnya tensen dengan pelawaan Si Cekgu ajak makan. agak saiko di situ. aku memang taknak sangat pergi, macam kena paksa. tapi orang lain pulak kena marah.

*grin*

mangsa 2.

Mr.Magoo.

dia ni aku marah petang pulak, sebab tiba-tiba tanya pasal lab, research and yang sewaktu dengannya. aku pun mula la jadi tensen sebab malas nak fikir. dengan method yang aku belum decide lagi. lepas tu pulak semalam kan pergi keluar makan dengan Si Cekgu [alasan sama je kot] mengambil masa aku kat lab, aku datang pun dalam tengahari, petang keluar makan dengan Si Cekgu, lepas tu terus balik. macam tak efisien je. ceh.

alasan sebenar, sebab aku tengah tensen pikir pasal research la ni. aku tak ada masa lagi nak fikir method mana aku nak fokus. tapi sebab dia tanya, aku terus macam moody. hahah.

*grin*

mangsa 3.

Encik Otomen.

yang ni malam pulak. dia ni aku tak marah. tapi aku buat dia marah aku, bila aku nak paksa diri nak tidur, tapi best sangat sembang sampai jam 0100 pagi pun aku tak berapa nak sedar. sedar-sedar je dah nak masuk jam 0200 pagi. jadi aku pun nak tidur, tapi guna cara ekstrem. terus dia marah, sampai sekarang. rentung aku kena fire!

sebenarnya, aku takut tak boleh bangun pagi ni bila tidur lambat. dah lah aku tak decide lagi apa aku nak buat esok. jadi aku cuba untuk tidur jugak walaupun dalam keadaan tidak berapa mengantuk dengan rasa bersalah.

*grin*

jadi, kepada semua mangsa terlibat, aku mintak maaf. dari hujung janggut ke hujung bulu kaki.

sebenarnya, aku rasa best jugak.

sebab bila fikir balik, aku jadi tensen ni semua pasal lab. jadi, maybe aku dah sedar diri nak siapkan kerja-kerja lab dan berhenti menjadi pelajar dengan segera!

aku rindu perasaan menjadi rajin dan tensi dengan kerja-kerja yang akan menyebabkan aku berfikir banyak kali untuk main-main. macam zaman muda remaja dulu kala.

terima kasih skandel ku. ceh.

No comments: