Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, March 5, 2010

Hari Malas #4

hari ni dah hari Jumaat.

semalam hari Khamis. tapi sebab musabab yang best, aku tak jejakkan kaki pon kat lab semalam. macam tak berapa nak sihat. kononnya la. minda dan juga fizikal.

hari ni pulak, belom ada lagi alasan yang menarik.

tapi ada satu sebab yang sangat wajar kenapa aku harus pergi dari rumah ini, berjalan kaki mengharungi kepanasan untuk ke bendahari, sebab nak pergi amik cek.

ya, cek hari tu. yang aku bilang 2 3 hari lepas. duit tu. tapi aku malas.

sigh.

dan juga Si Ayah telah mengamanahkan aku supaya mengepos surat berisi salinan kad pengenalan terbaru untuk beliau mendaftarkan aku sebagai pemilih. haiyah. saya masih belum berdaftar. Si Ayah nak tolong daftarkan. semangat jek, aku pulak yang macam tak berapa nak semangat.

tapi sekarang dah petang. dah panas. macam malas.

sigh.

No comments: