Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 18, 2010

Edisi Lelaki #2 - Jangan Jadi Desperado

mangsa 1.

setiap kali aku on yahoo messenger [ym] je, dia dengan pantas dan tuntas nye mengebuzz aku. ok, aku tahu kamu rindu, tapi jangan lah over sangat. kadang-kadang aku online sebab memang aku set setting tu untuk automatically online. bukan aku nak sangat stay visible untuk kamu.

dan selepas kamu buzz, aku ada 2 pilihan. samada buzz kamu beberapa minit kemudian, dan memberi alasan aku busy, atau pun tidak membuzz sekian lama dengan alasan, oh, aku tak perasan. ceh.

akhirnya, selepas beberapa episod aku dibuzz tanpa rela dan suka, aku telah delete dia. terima kasih.


mangsa 2.

suka mengganggu gugat aku semasa aku sedang proses bermain Mafia Wars [MW]. juga aku tidak suka. kerap kali aku bagi alasan aku sedang study, busy, jangan kacau, tengah makan, nak masak nasi, nak mandi.

itu adalah tanda-tanda halus yang juga memberi maksud yang sama dengan aku buat-buat sibuk, kau pun jangan lah nak menyibuk. kadang-kadang mangsa 2 kena ignore secara berterusan sahaja.


mangsa 3.

suka menghubungi talian-tidak-mesra aku. maka aku terpaksa la pura-pura tidak mendengar dan menekan butang mute di skrin telefon. dalam masa selingan sebelum panggilan kedua pulak masuk, aku cepat-cepat menekan butang silent pula, supaya aku tidak terganggu dengan Lady Gaga punya suara lagi.

mungkin 2 atau 3 hari kemudian, aku akan sms balik mintak maaf atau buat-buat tak tahu. itu pun kalau aku ada sedikit minat untuk mengekalkan tali ukhuwwah antara kita. tapi kemungkinan besar juga, aku terus akan mendelete nombor telefon kamu. terima kasih.


banyak lagi mangsa lain. kalau aku senaraikan kat sini, nanti kalian kata aku hidung mancung, pipi tersorong-sorong. ceh.

aku cuma senaraikan saja. sebab sekarang semasa aku tengah menaip ni, mangsa 3 sedang giat mendail talian-tidak-mesra aku dan aku bertindak balas sama seperti apa aku bicarakan di atas.

tambah pulak dengan keadaan aku yang tengah emosi-tak tahu nak berfikir-pening kepala-banyak masalah dan lain lain. tapi bukan PMS. duh!

jadi, tolong lah. henti kan. aku tak suka. aku mintak maaf sebab nampak macam sombong, tapi aku tak suka.

aku taknak cakap depan-depan, sebab nanti kau akan terluka dan kecewa. ceh. atau mungkin juga aku akan bertukar menjadi serigala jadian seperti semalam. [cerita lain]

dah tu pulak, aku punya status baik-sopan-lembut-ayu-bijak-pandai-caring akan tercalar.

ok, sila muntah sekarang.

but, please guys.

do not be desperate, be appropriate.

4 comments:

alfabetagamma said...

Sy mangsa pertama yg dapat melihat peristiwa serigala jadian.. huhuhu takot woo

Si Ralat said...

haha. jangan mencuba aksi ini di rumah.

Anonymous said...

cfm jgn.. sekiranya anda tidak cukup body armour utk protect your skin..

Si Ralat said...

haha. pakai la tiger skin armored... eh, betol ke tu..