Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, March 13, 2010

Edisi Kenangan - Tidur

baru je kejap tadi aku terlelap kesan daripada makan, hujan, guruh, kilat, petir, bosan, dan sorang-sorang. adunan ni semua cukup mudah untuk menjadi ubat tidur aku.

dalam mata tengah nak layu-layu, tiba-tiba je terasa lengan aku kena pukul sepoi-sepoi bahasa - tanda nak kejutkan aku lah tu.

aku pun macam malas gila nak bukak kelopak mata. sebab baru je nak masuk state tidur dengan best.

aku cuba jugak nak bukak, sebab bajet hosmet aku dah balik ke ape ke, mana la tau kan.

tengok aku lambat respon, sekali lagi lengan aku kena libas. kali ni dah macam gaya-gaya Si Satu dan Si Dua yang suka aku kacau tidur berlebihan kat rumah.

aku malas-malas pun, cuba jugak bukak mata.

nampak sekilas lalu, ada orang melintasi depan aku. macam pakai tudung yang segera mengingatkan aku pada Cik Rumet.

tiba-tiba dah masuk waktu Maghrib.

aku bangun je la terus.

apakah itu? yang mengejutkan aku?

ceh. konon-konon saspen la kan.

tapi aku selalu rasa macam ada orang kejutkan aku time aku memang tak berapa nak patut tidur.

contoh, macam tadi lah. dan lagi satu contoh time nak bangun Subuh. walaupun aku tak buat alarm, tapi kalau dah niat aku kata nak bangun jam 0630 ke ape ke, mesti aku macam TERkejut jugak time tu.

kemudian, atas aku la pulak kan, nak bangun ke tak lepas tu.

so, bagi aku, aku selalu rasa ni kerja Yang Satu.

kalau masa aku belajar zaman batu dulu - zaman makan nasi kawah [aku budak asrama], memang boleh kata sepanjang masa setiap kali masuk time study atau prep, aku mesti mengantuk. mesti.

confirm!

tidak dapat tidak. mesti nak jugak tidur dalam kelas. especially time study petang, lepas balik dari sekolah, makan tengahari. lepas tu bersiap balik nak pergi study, memang automatik minda jadi blur, mata jadi berat dan aku akan tidur.

tapi aku tidur tak lama lah.

kurang setengah jam sebelum masa study habis, aku akan automatik bangun. macam kena tekan butang restart. ceh.

selalu jugak la aku perasan Cik Partner sebelah meja aku macam tak berapa nak puas hati kalau setiap kali aku tidur pun, aku mesti akan terbangun dan akan punya masa untuk terstudy jugak.

kalau macam dia, memang la jarang tidur, tapi kalau sekali tidur mesti start dari waktu mula study sampai ke waktu habis study.

maybe sebab tu dia buat muka kot setiap kali aku bangun. atau mungkin dia jijik dengan air liur basi aku. hahah.

tapi zaman aku study dulu tu memang kawan-kawan pesen jenis dengki untuk bab-bab study, which is good.

sampaikan bangun untuk mandi awal pagi pun, rela bangun senyap-senyap dan biarkan kawan lain tidur dan anda akan menjadi orang terawal bangun dan terawal pergi sekolah.

pastu bila kawan yang lambat tu bangun dan terpisat-pisat sebab terlambat, anda punya muka akan tunjukkan riak muka yang tertera maksud 'yes, aku menang'.

ceh. macam best je.

masa tu tidur paling lewat jam 2330 sebab kena light off jam 2300, bangun tidur pulak paling lewat jam 0630 sebab kena bersiap-siap nak pergi sekolah. tu belum termasuk bila sampai zaman air takde. lagi haru. tsk tsk.

sekarang?

rutin aku tidur jam paling lewat 0630 pagi, bangun paling awal jam 1000 pagi. bertambah-tambah haru nya.

apa sudah jadi pada aku? revolusi kah?

sigh.

No comments: