Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 17, 2010

Edisi Kenangan #2 - Ralat

tiba-tiba je teringat peristiwa lampau ni. tapi tak makan dek zaman. ceh.

dah 2 tahun pun.

masa tu aku dah on the way nak balik dari lab. tapi biasa la keluar dari lab yang mempunyai suhu mampu-sejuk-beku , maka mendatangkan rasa untuk ke toilet.

aku baru je beberapa hari start kerja dekat lab tu. so, semua tu adalah persekitaran baru pada aku. koordinat toilet pun aku tak sure kat mana.

sebelum tu aku dah mencari toilet ni lepas berjaya jumpa surau. tapi malang nasib aku, sebab toilet tu under construction. jadi aku dengan penuh rasa brilliantnya pergi ke toilet tingkat atas.

jalan punya jalan. masuk satu corner. nampak sign toilet. so, terus belok kanan tanpa bagi signal. ceh. toilet tu kosong jadi aku masuk dengan penuh konpiden.

dah masuk, aku pilih la yang paling bersih dan menjamin masa depan aku. isk. takkan nak cerita semua dengan detail. lepas keluar toilet, wajib la basuh tangan kan. ok, murid-murid. WAJIB!

tiba-tiba ada la sorang makhluk tuhan pun keluar dari toilet yang berasingan.

dengan muka terkejut, tengok aku.

dia : eh, ni tandas pompan ke [muka konpius]

aku: err. a`ah, tandas pompan kan. [buat-buat konpiden]

dia: eh, ni bukan tandas lelaki ke. tandas lelaki ni kan?

dia jalan keluar, dia bukak pintu, luas-luas dan tunjuk kat aku.

besar terpampang warna putih signboard yang tertera seperti di bawah.

"TANDAS LELAKI"

aku: errk. oke. oke. *&@#^%*^@!%

dan keluar dari situ sepantas kilat yang boleh. ceh.



malu seumur hidup! tsk tsk.

No comments: