Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, March 5, 2010

Ceritera Hari Ini

tadi bersusah payah la jugak kan, aku ke bendahari.

konon-konon nak amik cek dan depositkan saja la. walaupun makan masa 3 hari, sebab hari ni dah Jumaat, tapi aku rela. ceh.

duit punya pasal, memang bersemangat gila.

aku pun pi la tingkat 4 - tempat biasa amik cek semasa zaman muda dulu kala.

sekali takde pulak kat situ. sebab cek ni dihasilkan dari biasiswa aku dan tak diuruskan kat situ. ceh. kena turun pi tingkat 3

aku pun pi la tingkat 3 - tempat aku selalu buat muka tak malu jumpa dengan Cik Yaya - pengurus kewangan bebudak yang dapat biasiswa.

sekali cek aku pulak tadak. pasal Cik Yaya dah tolong bank-in kan siap-siap. dia siap ingat nama aku lagi. sebab memang selalu sangat berurusan mintak duit. heh.

haiyah. lain kali bagitahu la sama saya. dalam sistem tu cakap kena amik sendiri. kalau dah nak tolong bank-in kan bagi la amaran ke warning ke note ke kat situ.

takde la saya susah-susah datang.

dah la hari hujan.

penat tau kak.

takpe lah, bagi nak sedapkan hati sendiri aku pun pi la check kat ATM berhampiran. ya, memang betol telah wujud pun dalam akaun.

yes! maka bertambah lah dana Tabung Mari Membeli Kereta Cik Ralat.

*senyum*

tadi sebelom pergi, memang la terasa nak check balik dalam sistem tu. tapi tak tercheck. so, begini la jadinya.

dari senang-senang boleh check online, aku berjalan jauh-jauh sebab nak check kat ATM. ceh.

oh, nasib baik ada amanah dari Si Ayah. rasa berbaloi-baloi la jugak keluar rumah hari ni. dah selamat pos dah salinan tu. settle kerja hari ini.

esok nak buat apa ye?