Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 31, 2010

Kisah #6 - What A Day!

tadi pagi.

selepas mengejutkan skandel secara ajaibnya, aku pun biasa la - online sampai lebam. main Mafia Wars [MW].

kadang-kadang terfikir jugak, alangkah indahnya hidup ini jika aku buat research dengan semangat dan komited sama seperti yang aku curahkan kepada MW. ceh.

mata sangat segar dan buntang, dari waktu aku bukak mata sehingga lah ke jam 0830 pagi.

MW semua aku dah touch-up. sentuh sana. fight sini. rob sana. job sini.

maka, datang la masa malas. masa untuk menggeliat sambil dipeluk setonnirrojim di atas katil. bila dah berguling-gulingan sebegitu rupa, maka kelopak mata pun jadi berat.

bahasa senang, aku TERmengantuk. dan tidur balik.

jam 1000, terkejut. tengok jam. ish. malas!

jam 1115, Mr.Crab talipon - kejutkan aku suruh pergi lab. ish. malas!

lepas tu masuk sms skandel lain. adus. terus tekan butang silent. letak dua-dua talipon bawah bantal. aku tukar posisi tidur. semoga vibrate talipon takkan mengganggu. ceh.

jam 1347, terasa vibrate di hujung kaki. tak berhenti - tanda panggilan masuk, bukan sms.

ah, sudah.

dah start saspen.

check talipon - ah, Mr.Crab lagi rupanya. terus balas panggilan. borak-borak sambil kena bebel secara tersirat. layankan saja.

jam 1415, baru rasa mata membuntang balik. bangun dan bersiap untuk makan. ceh! sambil sms kepada Si Anak Ikan kepada Si Cekgu.

jam 1500, talipon vibrate lagi sekali.

hah, ni memang yang ditunggu-tunggu. Si Cekgu!

tak berjaya nak jawab panggilan pertama sebab saspen bersarang dalam dada dengan alasan berputar ligat dalam kepala.

daripada tunggu dia buat panggilan kedua, aku terus balas balik panggilan tidak mesra itu, sebab dah punya alasan yang best selain daripada cirit-birit dan tak dapat datang.

aku guna alasan - aku sedang makan kat luar! hebat tak? memang sedang mengunyah roti pun masa tu.

maka pada jam 1530, terlenggang-lenggang la aku berjalan kaki meredah hujan rintik-rintik, ombak bergelora nak ke hentian bas.

kemudian, terus melepas rindu dendam kepada Si Cekgu sebaik sahaja masuk area sekolah. mendapat arahan sedikit sebanyak. bertanya pendapat sedikit sebanyak. disindir diperli sedikit sebanyak.

lepas tu, apa lagi.

sesi merepot kepada teman-teman seperjuangan.

tapi Si Ibu yang-sudah-tak Mengandung tak datang - demam campak katanya. harap-harap cepat sembuh dan Baby Caca tak berjangkit!

berjaya laksanakan tugas menghantar paper yang Si Cekgu minta aku hantar kepada orang yang berkenaan. ceh.

hantar envelope tu je pun, tak boleh ke hantar sendiri. dah lah ada kereta. kasihan la kat aku yang cuma menumpang bas je ni.

aku korbankan masa dan tenaga tau. kesihatan juga. lagi mau sindir. tsk tsk.

dah lah hari ni Hari Masak Saya. penat tau tak.

jangan panggil aku 'bengong' dan 'bullshit' lagi sudah!

Perihal Cekgu Saya #5

semalam.

cekgu ; saya tak faham la bab yang ni. apa maksud dia ni? kalau ratio kena la ada titik bertindih kan? macam ni ke sepatutnya?

aku ; ha, saya pun lupa la cekgu. saya follow dalam journal lain tu.

cekgu ; ok la, awak check balik lepas tu edit. saya nak petang ni jugak. esok dah nak hantar.

aku ; ok, saya turun sekarang dan check. nanti saya email balik.

cekgu ; esok awak tolong hantar ek.

dalam hati - ceh, semangat sangat tadi macam dia nak hantar, tapi aku jugak kena.

aku ; ok

cekgu ; saya nak kena hantar awal ni. sebab dah banyak kali kan kena edit ni. entah berapa kali. 10 kali kot. bengong betol la.

*buat muka terkejut campur blur*

cekgu ; eh, saya tak kata kat awak la. saya kata kat diorang tu.

dalam hati - ha, ye la tu. sambil selam minum air la tu. nak kata aku bengong tapi berlapik dengan orang lain. cis.

aku ; *senyum*

cekgu ; tapi awak selalu datang lambat kan? pukul berapa awak datang esok? 11? 12?

dalam hati - ewah. tak habis-habis lagi nak perli aku. ceh.

aku ; ha, sebab tu saya ingat nak mintak cekgu terus isi je petang ni, esok saya hantar. sebab saya selalu singgah sana dulu baru saya datang lab

cekgu ; hantar dalam cd ke? mahal tau. saya taknak dah pakai cd. nak print je.

dalam hati - alahai. kedekutnya!

aku ; ok, takpe lah. saya print sendiri and saya hantar la esok. sebab saya selalu singgah sana dulu before saya datang lab.

cekgu ; eh, tak boleh. lama ni. saya nak kena buat surat. ni lagi ada orang nak jumpa saya.

dalam hati - aduh. geram!

aku ; ok la. esok saya hantar.


jadi, hari ni aku TERbangun jam 0525 pagi. komited tak?

dan secara ajaibnya, telah berjaya mentalipon skandel-skandel, supaya bangun mengerjakan Subuh, tapi aku pulak kena marah.

duh!

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Koma

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal dan koma.


Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.


“Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.


“Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.


Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.


Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.


DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.


Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.


Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu.


Dalam perkembangan lain, menurut Afdlin Shauki bahawa Din Beramboi terkena effect air kencing tikus sewaktu penggambaran filem di Zoo Negara.


Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi dan doktor memberikan tempoh 24 hingga 48 jam untuk abang Din. Sama-sama, kita doakan agar semuanya selamat dan cepat sembuh. Amin.


Terbaru, Din Beramboi sedang memerlukan darah jenis “O” untuk dengan kadar segera. Jadi kepada pembaca Sensasi Selebriti yang berdarah O, sila ke hospital selayang untuk dermakan darah anda…

Urgent, tolong sebarkan!



omaigod.

*shock*

Tuhan, selamatkan dia. amin.


sumber dari sini.

Pada Suatu Hari #11 - Bad Romance

'saya rasa tak boleh kawan la dengan awak'

'kenapa?'

'entah. kawan pun macam dah tak boleh'

'kenapa?'

'sebab terngiang-ngiang semua kata-kata awak hari tu'

Mari Membeli Kereta #6 - Dah Memang Rezeki Saya

ceh. tajuk tak boleh blah.

tau kenapa aku cakap macam tu? maksud aku, tau kenapa tajuk aku buat macam tu? ah, mesti la korang tak tau, tu pasal aku nak kasi tau ni.

hah. komplikated je.

alkisahnya bermula seperti ini.

yang sebenarnya owner kereta idaman sangat la sayang pada kereta idaman tu. sangat sangat sayang sampaikan kereta idaman tu memang memenuhi ciri-ciri idaman hati aku dan paling penting idaman hati Si Ayah.

Si Ayah tidak suka kereta yang sudah dimodified dengan penuh hensem.

jadi, kereta idaman yang akan jadi milik aku ni nanti [ehem. ehem. tidak la ada sabarnya lagi] sebenarnya adalah sangat semulajadi, since 7 tahun yang lepas sejak owner kereta idaman membeli nya.

owner kereta idaman adalah agak sama dengan Si Ayah - no foods are allowed in this car!

jadi, kereta idaman itu sangat bersih, suci dan murni abadi.

nak dijadikan cerita pulak, kereta idaman tidak pernah memberi pasal kepada owner kereta idaman, sebab dia memang dijaga dengan baik. so buat apa bikin hal, kan?

jadi, si owner kereta idaman ni sangat la sayang pada kereta idaman, sehingga kan tidak sampai hati untuk menjual kereta idaman dan membiarkannya jatuh ke tangan orang lain.

beliau juga ada berfikir untuk meninggalkan sahaja kereta idaman ini di kampung. sekurang-kurangnya masih menjadi hak milik keluarga, dan tidak jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

pada malam kejadian, di mana aku telah mengerah keringat Mr.Crab untuk mencuri masa dan berkejar ke kawasan kereta idaman ditempatkan, malam tu sebenarnya owner kereta idaman nak bawak balik kereta tu ke selatan, dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang yang berminat di sana.

maka, aku dengan segala kuasa kredit yang ada, meminta izin dan bertanya pendapat daripada Si Ayah yang kemudiannya memberi lesen untuk membeli kereta idaman tersebut. Mr.Crab pulak memang dari awal dah setuju. cuma aku perlu kata putus terakhir daripada ketua keluarga sahaja.

sebaik sahaja Si Ayah kata ok, terus dengan rasa teruja dan gembira nya aku meminta Mr.Crab berurusan dengan owner kereta idaman sehingga aku kena bayar wang pendahuluan - tanda memang bersetuju!

ceh.

dan nak dijadikan cerita lagi, pada permulaannya owner kereta idaman tidak berniat langsung nak jualkan kereta idaman ni, kepada sesiapa pun.

ramai je yang bertanya, tapi owner kereta idaman rasa sayang nak jual, maka dia biar dulu ada dalam genggaman.

entah macamana nak dijadikan cerita, tiba-tiba dia rasa nak jual, dan pak sedara aku dapat contact ke macamana, aku pun tak pasti, maka aku dapat sambar dulu.

katakanlah kalau aku tak menunggu selama 2 bulan?

katakanlah kalau owner kereta idaman berubah fikiran untuk menjual awal 2 atau 3 hari?

katakanlah kalau Mr.Crab tak pergi hari tu, busy atau sebagainya?

katakanlah kalau Si Ayah terlambat call aku sehari sebelum?

katakanlah.

ceh.

maksud aku, dapatlah disimpulkan di sini bahawasanya kereta idaman ini memang sudah dijodohkan dengan aku.

jadi, boleh la aku kata 'dah memang rezeki saya'. duh!

note; entri ini ditulis kerana tahap kesabaran saya semakin menipis. tak sabar beb!



kalau anda berjaya menghabiskan entri ini dari awal sampai akhir, tahniah! sebab anda baru saja membazir masa untuk melayan ketidaksabaran dan keeksaitan saya.

Kisah #8 - Hari Tidak Berfungsi II

tidur awal.

bangun agak awal.

pergi ke lab.

tapi tiada matlamat.

cuma disebabkan oleh satu sms.

yang masuk tadi pagi.

dan berbunyi seperti ini.

'jumpa saya jam 4 petang. saya nak discuss pasal paper hari tu. bawak paper asal sekali'

dan sudah tentu sms tu datang dari Si Cekgu.

masuk ke dua-dua talian pulak tu.

so, i'm off to see her!

Monday, March 29, 2010

Pada Suatu Hari #10 - Andai Aku Punya Wang

'awak selalu ke keluar dengan dia?'

'takde lah. berapa kali je. sebab kena cut cost. takde duit'

'oh, kalo ada duit, selalu la keluar?'

'selalu'

'oh, pergi mana je kalau keluar?'

'entah. makan ke. sebab dia kan kena balik before Mahgrib'

'oh, jadi kalau awak ada duit, memang awak akan keluar la dengan dia?'

'ha'ah. akan keluar'

'dengan dia je la?'

'ha'ah'

'everyday?'

'ha'ah'

dalam hati - damn. memang dia dah buang aku sepenuhnya. but why then sekarang macam gila talak?

'sekali pun awak tak sebut awak akan keluar dengan saya'

'oh, awak nak saya kata, saya akan keluar dengan dia dan awak ke? hmm. keluar jugak dengan awak, hujung minggu'

'tapi dengan dia hari-hari la?'

diam.

baru perasan aku terluka.

again.

memang fakap je rasa!

Mari Membeli Kereta #5 - Pandu Uji

semalam.

pergi tengok kereta idaman dengan mata kepala sendiri, dan mata kepala pinjam, milik Mr.Crab. nasib baik waktu tu hujan lebat dah jadi hujan rintik-rintik. kalau tak, aku pulak yang start hujankan diri semata-mata untuk pandu uji kereta idaman.

round pertama, Mr.Crab yang drive dulu. sebab aku mana reti guna auto. ceh, alasan!

aku jugak takut nak memandu uji kereta orang lain, sebab rasa bukan betul-betul milik aku lagi. lagipun agak lama tak drive Cik Turquoise. jadi rasa agak janggal.

round kedua, Mr.Crab bagi aku chance mencemar duli.

maka 2 3 round jugak drive sekeliling kawasan situ, sampai aku cukup belajar basic untuk drive auto. ceh, perlu ke?

lepas tu sambung borak dengan owner kereta idaman.

pom pang pom pang.

hampir setengah jam lebih. mengupdate peribadi kereta idaman.

dengan mata aku yang asyik ushar je kereta idaman depan mata. serasa hati macam nak peluk kemas-kemas dan bawak balik time tu jugak.

gila!

rasa tahap happiness aku melonjak-lonjak dan menuju puncak bila dapat ketemu secara live.

sekarang cuma tunggu urusan dengan bank, lepas tu, kau milikku!

*senyum sampai telinga*

Ralat #32 - Diarrhea

semalam.

semasa ingin mencuba jaya memandu uji kereta idaman.

banyak masa terluang dan lapang.

maka pergi isi perut macam isi tongkang.

chinese muslim cuisine jadi pilihan.

steam rice dengan blackpepper beef sebagai hidangan.

dumpling, siew mai dan sharkfin soup juga aku orderkan.

beberapa jam kemudian.

toilet adalah tempat kesudahan.

tsk tsk.

sebab makan macam setan.

semua pun aku nak sumbatkan.

perut tak boleh tahan.

dia pun mula buat ragam.

semua pun dia buangkan.

hingga aku lembik satu badan.

rehat pun rasa macam tak cukup jam.

tapi sekarang perut sudah kembali lapang.

sama seperti apa yang aku harapkan.

terima kasih Tuhan.

Sunday, March 28, 2010

Saya Dah Pulang #4

baru pulang ke pangkal jalan.

2 jam yang lepas.

selepas merewang-rewang.

melenguhkan kaki dan minda.

mencari hadiah untuk kenangan.

buat teman sepersekolahan.

yang sudah tamatkan zaman bujang.

ceh.

tahniah, Encik Ketua Kelas!

Friday, March 26, 2010

Mari Membeli Kereta #4 - Dalam Proses

hari ni saya sangat happi.

tak menjejakkan kaki ke lab, dan dalam masa yang sama tidak mendapat panggilan daripada Si Cekgu. lega hati.

ceh.

sebab utama adalah saya sudah mendapat kereta idaman saya. satu atau dua langkah lagi, maka kereta idaman akan terparkir di depan bangunan rumah saya.

terima kasih yang sangat tidak terhingga buat Mr.Crab, sebab dengan jayanya telah bersusah payah untuk membantu saya. setiap peluh dan keringat akan saya ingat.

terima kasih juga buat Si Ayah di kampung, kerana bertungkus lumus menjayakan impian saya.

rasa tidak keruan bila dapat tahu, tak lama lagi saya akan dapat salah satu item in my wishlists.

mungkin juga tak keruan sebab dah lama rasa putus harapan pada kereta idaman, dan sejak itu saya hanya fokus pada kereta-bukan-idaman sahaja, tapi tiba-tiba ada kereta idaman tu macam rezeki yang memang dah diaturkan dari Yang Satu.

apa-apa pun, saya sangat happi.

yay!

*buat lompat bintang*

Kesan Zikir

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Ralat #31 - Petanda Mau Gemok

malam semalam.

konon-konon taknak makan.

sebab rasa macam sudah gemok.

terutama di bahagian perot.

tsk tsk.

cuba menahan nafsu.

memandang sup ayam itu.

tepat jam 0001.

keluar menyelinap dari bilik.

menuju ke dapur.

panaskan sup.

makan nasi!

haish.

Edisi Lelaki #3 - Jangan Layan Orang Macam Sampah

sedang seronok bermafia. tiba-tiba masuk sms ni.

'marah? kita tak gian main mapia. apapun saya nak mintak maaf atas semua kesalahan saya sejak kita kenal. and lagi satu, jangan layan orang macam sampah'

eh eh. bila pulak aku layan dia macam sampah?

kalau dia tu sampah, aku dah lama buang dah. ni aku tak buang pun.

baru tadi je buang.

*grin*

tu pun sebab dia yang betray aku dulu.

apa masalah dia, aku pun tak tahu.

aku punya masalah, aku tahu la. and aku mintak masa untuk aku tenangkan diri, jiwa, perasaan dan minda aku.

kenapa pulak nak kena push aku.

tak paham betul!

so, guys. sila jangan jadi pushy or you will look like a pussy.

damn!

mode ; marah.

Thursday, March 25, 2010

Perihal Cekgu Saya #4

sejam selepas tengahari, baru aku terhegeh-hegeh nak keluar rumah. menuju lab.

panas sangat membahang. patut kulit muka macam makin hitam dan juga menggelupas.

sigh.

tengah syok dengar mp3, bunyi teet teet teet kedengaran, tanda ada panggilan masuk atau sms.

aku biarkan aje, sebab ingatkan sms. dua kali teet, dia senyap la.

tapi yang ni tak berhenti.

eh, siapa pulak yang call ni. Mr.Crab ke - nak bincang pasal kereta mungkin.

tak pun Si Cekgu?

haiyah.

taknak jawab!

tapi oleh sebab tengah guna headset, maka automatik panggilan dijawab. ceh.

'hello. hello'

aku diam. tak keruan. otak ligat fikir alasan.

'hello. helloooo. hello?'

aku. sigh. apa nak buat ni?

dalam 1 minit jugak dia sabar menanti untuk mendengar suara aku. sejak bila pulak Si Cekgu aku ni penyabar orang nya?

lepas tu dia hung up.

fuh, syukur! terus tekan butang silent. ceh.

2 minit kemudian, masuk lagi panggilan.

aku berjaya buat-buat tak tahu, dengan alasan tengah lintas jalan. tak berkesempatan nak jawab. boleh begitu?

percubaan kali ketiga pulak. dia memang tak kenal erti putus asa, kalau bab jawab telefon.

kali ni aku jawab. sebab dah berdiri sebelah bas. nanti ada bukti. ceh.

'hello'

'haa, hello'

'kat mana ni?'

'dalam bas'

'saya nak list of modifications tu'

'oh. ok. nanti saya send. saya tengah buat'

'tengah buat macamana dalam bas?'

'saya dah buat separuh semalam. nanti saya hantar'

'ok'

duh!

Ralat #30 - Durhaka

malam semalam.

aku dalam kereta. dengan dia. depan Old Town White Coffee.

check handset, tengok Si Emak - panggilan tak dijawab.

dengan pantas dan tuntas, terus return call.

'hello. haa, apasal tadi telepon tak angkat?'

'maa letak dalam kete'

'loh. em, dah tanya ke kereta tu? sebab ingat sabtu ni pun memang nak pegi cari'

'esok lah telepon orang tu balik'

tiba-tiba dia bukan pintu kereta. dengar bunyi-bunyian.

'haa, bunyi apa tu?'

'err.. bunyi kereta'

'hah, kereta sapa?'

'kereta Mr.Crab lah'

'buat apa ni malam-malam keluar lagi?'

'nak balik la ni'

'ha, balik cepat-cepat. dah lewat ni. keluar apa lewat-lewat'

'saja tadi mintak tolong dia tengok kereta sama-sama'

'apa pulak tengok kereta malam-malam. dah lewat. dah tutup'

'ye, nak balik dah ni. dia kan balik kerja lambat'

'dah, balik je. dah lewat ni'

'ye, ye. nak balik la ni'

sambil tu tangan dah laju merayap kat lengan dia. kena la pulasan sedas dua.

letak telefon.

'haish. yang awak pergi gatal-gatal nak turun tu apasal? duk diam-diam sudah la'

'nak tengok la, ada tempat kosong ke tidak kat dalam tu'

'ish. tak pasal-pasal kena bebel ngan ayah'

dia.

buat muka blur.

aku.

marah!

sebenarnya, aku baru je nak keluar. bukan nak balik.

tsk tsk.

*durhaka*

Pada Suatu Hari #9 - Bahasa Arab

'ha, tu sapa pulak tu?'

'ala, Puteri Langit'

'ceh, layan lagi skandel lama tu'

'ala, belajar Bahasa Arab la dengan dia'

'ceh'

'nanti nak suruh dia ajar saya dengan famili saya, Bahasa Arab'

'oh, ok'

'tengah chat apa tu dengan Otomen?'

'takde chat apa. belajar Bahasa Arab jugak ni'

'ala, perli la pulak'

dah tu, aku pun ada jugak amik Bahasa Arab dulu kot. even sampai Form 5.

perlu ke nak pergi belajar dengan skandel?

baik upah ustaz je sorang!

ceh.

Wednesday, March 24, 2010

Hari Rajin Saya #3

ini cerita semalam.

tak sempat nak menulis sebab semalam adalah Hari Rajin Saya!

aku dengan penuh rajin dan sukacita nya telah berjaya mengedit paper untuk publish dalam journal dengan bertungkus-lumus dan mulus sekali, gara-gara mendapat petunjuk awal tengahari semalam.

sila rujuk kat sini.

walaupun itu adalah suruhan daripada Si Cekgu yang berjaya menembusi talian-tidak-mesra di lab yang berbunyi begini.

'hello'

'ha, ye cekgu'

'saya nak paper tu. dah siap edit belum?'

'haa.. belum, sedang edit'

'apasal lambat sangat. saya taknak lambat-lambat. nanti lambat dapat publish. dah lah paper tu dah lama kan kita hantar'

dalam hati - aik, bukan dia bagi masa 2 bulan ke untuk edit. gunakan lah sebaiknya! ish.

'oh, ok. saya ingat nak buat eksperimen hari ni'

'oh, takpe la kalau macam tu. bila boleh bagi ek?'

'em, esok la. saya cuba'

'ok, esok eh. tapi u boleh ke buat eksperimen. saya dengar u selalu datang lambat. asyik datang tengahari je. mana ada masa nak buat eksperimen'

'eh, saya punya eksperimen ni kejap je'

'ok. nanti dah siap paper tu, e-mail pada saya'

'baik, cekgu!'

cit. suka sindir aku.

maka, aku pun edit la paper tu sehari suntuk semalam.

dah siap edit paper, baru sedar sudah jam 1700, rajin tak aku?

dah lama rasanya tak mengisi masa lapang di lab dengan perkara berfaedah seperti itu. melainkan menunjuk ajar para student undergrad dan juga bermain Mafia Wars.

*grin*

Azab Bagi Wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fat imah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Tuesday, March 23, 2010

Jalan Ke Depan

bukak e-mail dan dapat ini dalam inbox.

'Cik Ralat,
Ball milling baru kami dalam proses repair. Ball milling lama penggunaan dihadkan kerana ada masalah sistem.
TQ'

terima kasih Tuhan.

sebab beri aku jalan.

jadi sekarang aku boleh terus fokus pada Method 3 yang serba serbi baru.

Mimpi Yang Tak Sudah

ada 5 orang pelajar A, B, C, D dan E yang bergelar konon-konon gengster Kampung Pisang, has a beef dengan seorang lagi pelajar baru, yang sebenarnya adalah spy polis diraja. cet.

macam cerita biasa, pelajar senior akan sekat pelajar baru dekat pintu masuk.

so, nak jadikan cerita, pelajar junior a.k.a spy polis itu mesti lah melawan.

gaduh punya gaduh.

senior A serang junior. junior dengan selamba je menjatuhkan beliau. senior B pulak serang. junior selamba je hentak kepala beliau dekat dinding. senior C pulak masuk gelanggang, selamba jugak kena sepak. senior D a.k.a Ketua Gengster pulak dah geram. nak menendang juga.

aku mungkin memegang watak sebagai pelajar senior E.

aku talam dua muka. eh, tak tak. aku jugak spy. ceh.

jadi, aku sebagai senior E, terlebih dahulu telah menendang senior D. kemudian junior tu buat lah apa yang patut.

entah macamana, senior D ada pisau belati. dia pegang tangan aku dan mengarahkan aku mengelar perot nya yang sebenarnya adalah berisi baby.

adeh.

aku tak sekejam tu. maka aku naikkan kedudukan pisau tu, dan aku potong/kelar dia di bahagian bahu kiri. cewah. aku tekan dalam-dalam. sampai dia tak boleh nak bergerak. lepas tu, aku blah.

ada setitik dua darah atas tali kasut aku.

lepas tu, konon melarikan diri la.

pergi ke depan ada pakcik guard. aku patah balik. konon nak cari air, nak hilangkan darah nak setitik. ceh.

entah macamana aku end up dekat cyber cafe dan terjumpa dengan Si Cekgu.

apakah?

dah lah conversation tak boleh blah.

'awak nampak mature ah sekarang'

'eh, tak tak. mana ada'

'ya, dah pakai sepasang warna ungu'

'oh, saja je pakai sepasang. nanti senang nak basuh'

sambil-sambil borak tu aku duk silangkan kaki, nak sorokkan darah nan setitik itu.

'tapi nampak sepadan ah'

'yelah, dah alang-alang pakai tudung ni, pakai la sekali ngan baju ni'




tiba-tiba je terkejut dari lena. cit. nasib baik mimpi je.

apsal mimpi mesti ada Si Cekgu? haish.

dah tu pulak mimpi tikam-tikam orang.

gilak mapia. hahah.




*cerita adalah tidak menarik. sebab mimpi selalunya mempunyai plot yang entah apa-apa dan bersambung ikut suka saja. layan!

Yanie Mentor Meninggal

KUALA LUMPUR 21 Mac – Peserta pertandingan nyanyian realiti, Mentor, Yanie, meninggal dunia pada pukul 4 petang ini di Hospital Keningau, Sabah kerana ketumbuhan pada paru-parunya.

Mentornya dalam pertandingan itu, Ning Baizura memberitahu, Yanie atau nama sebenarnya Sitti Suriane Julkarim telah menghidap penyakit itu sejak empat bulan lalu.

“Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” katanya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.

Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.


salam takziah.

dalam aku duk sebok-sebok nak kecik hati, marah, pening dan sebagainya dengan masalah aku yang sebesar hama tu, orang lain dah pergi dulu.

tsk tsk.

mode ; sila sedar diri. bukan anda seorang je yang susah.

Ralat #29 - Bila Malam Bulan Mengambang

Facebook yang menjadi perantara. bila aku terjalan-jalan di page beliau. aku hanya menegur, ini yang aku dapat. ceh.



aku ; enche'.. sombong nak mati...!! haha..


minah ; mmg la sombonk...hahahhaha..da ade awek ek???


aku ; haha.. sape awek dia ek? taknak ngaku smpai sudah bila ditanya..


minah ; hahahhaha..xtau la.. hahhaa..


aku ; haha. ala. mcm tau. tapi tak tau plak. ades..


minah ; dye nk ngan sape pun xkesah laa.. janji bahagia kn en. f******??


aku ; kui3. nak cari bahagia tu susah..


minah ; mmg la susah kalo ade jerw anasir2 luar yg dtg bertandang.. hahahahahhaha...


aku ; haha. itu la pasal. anasir2 ni kena halau. bawak bad luck aje.


minah ; tau xperw.. kalo da sedar ada anasir2... bw2 la diri tueh.. tentu bahagia sesuatu hbgn tueh.. n tambah bahagia lg bila dua keluarga bersetuju..... tentu jalan nya diredhai...


aku ; keh3. harap2 la bahagia. kalo takde orang ketiga, memang la bahagia...


minah ; tau xperw.. mmg akan bahagia smp ke anak cucu kalo xde org ketiga yg dtg memporakporandakan hbgn itu.. berserah pada yg Esa..Dia penentu segalanya.. ada jodoh itu..bahagia la ke akhirnya..walaupun org ketiga muncul and beri impact besar pd hbgn itu..


aku ; hihi. betol jugak tu. jahatnye org ketiga 2. tak sedar2 diri lagi. keh3.


minah ; tau xperw... sedar2 la diri tueh skitz... jgn nk ggu umah tangga org..


aku ; sape yg ganggu umahtangga sape dulu.. haha.. dah berundur pon, porak peranda lagi.. something wrong la tu.. dengan hubungan tu.. kui3..


minah ; hahahhahaha... u cant c it thru ur eyes... datz da love all about..


aku ; hahaha... tu la kata... tak nampak.. sape kaco sape dlu.. heran2..


minah ; werz da love goes to is much more important, dear.. it doesnt matter who 1st or 2nd.. love will always be here wen u trust... n i trust wut i trust.. der is no use to love each other but only u clapped ur hand..... it muz come from both sides.. now datz better..


aku ; yap.. anda betol!! harap2 memang tepuk 2 belah tangan la.. kui3..


minah ; yupe.. harap2 laa...


aku ; jaga diri, hiasi peribadi. haha. ada jodoh, sume boleh jadi... kot..


minah ; kalo diri dijaga rapi.. kenali hati budi.. peribadi pekerti.. itz a bonus in one's relationship..
jodoh di tgn tuhan..... as a human.. we have to understands it n bear wit it.. when itz written dat's urs.. itz gonna be urs.. no matter wut..


aku ; kui3.. tuan punya badan senyap je.. konpius la jugakk.. haha...


minah ; xperlu nk tension kan dia.. he has to work it out.. he's big enough to handle all da probs by his own.. i lebeyh ske if he does n completed his work first.. datz important...... juz settle it down wisely, k dear.. u dun have to worry.. if der's anything.. u can juz call.. i'll be right der.. u dun have to worry.. if u feel pain.. juz relax n clear up ur mind.. der's nuthing to harsh up.. done wut u should to make it done, kayh.. take care...


aku ; haha.. dengar tu enche f******..!!


minah ; he always listen.. i have no worries bout him.. i kno he can do it.. he's life bout to begin.. wakes up...... dun juz sit down n think.. make it right away.... datz call life..


aku ; yup. life starts at 40.. kui3..


minah ; nevermind.. eventho itz 40's or 50's.. he still can work it out.. he would neva faint.. n he will always keep on going no matter how hard it is..... n i believe in dat..


aku ; sure you do..!! hihi..



DAMN!


oh ya, aku menegur my Mr.Magoo.


was mine though.


*sarcastic*

Monday, March 22, 2010

Air Terjun Sungai Gabai

tadi petang telah menyejukkan hati yang panas dengan mandi air terjun.

bertempat di Sungai Gabai, Ulu Langat.

pernah datang? pernah tahu?

kalau tak tahu, sila Google sendirian berhad.

aku, Si Dua, Si Dua-Dua dan Si Dua-Dua punya sepupu dengan baby kecik.

mandi dan mandi dan mandi.

sampai kuku bertukar jadi biru.

badan bertukar jadi kelabu.

eh tak, bertukar jadi menggigil.

kulit pun dah kecut.

hari dah gelap, manusia dah berkurang.

baru sedar diri dan keluar dari fantasi.

ceh.

singgah pulak kedai makan untuk mengembungkan perut.

ikan talapia bakar pun masuk dalam mulut.

kenyang amat sangat, masuk kereta terus mengantuk.

terima kasih Si Dua dan Si Dua-Dua.

sila belanja lagi!

*grin*

Sunday, March 21, 2010

Ralat #28 - Separuh Jiwa Ku Pergi

lirik lagu je pun.


Memang indah semua

Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu

Tapi tak begini

Kau khianati hati ini

Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia

Selama dengan aku

Itu ucap bibirmu

Kau dustakan semua

Yang kita bina

Kau hancurkan semua



mode ; jiwang. eh tak tak. mode ralat.

aku malas nak mencerita semua balik, jadi aku letak je lirik lagu mana yang patut untuk menggambarkan keadaan hati-jiwa-jantung-limpa-peparu-ginjal-hempedu yang sedang luka parah.

yucks! haha.

ya, aku menjadi ahli Kelab Jiwa Luka. again.

keahlian aku diperbaharui entah untuk kali ke berapa dan untuk tempoh berapa lama. aku pun tak pasti.

tapi sekarang, aku adalah bertaraf junior dalam kelab ni. luka pun masih berdarah-darah lagi. parut yang lepas pun belum sembuh sepenuhnya lagi. tapi dah ada luka lain yang menindih.

ceh. korang paham tak? tak paham, sudah.

yang aku tahu, aku sedang gering. eh, halal ke guna terma gering?

haish.

jiwa aku yang gering. minta dibantu. tapi tak tahu siapa yang mampu. sebab diri sendiri pun dah tak berkoordinasi dengan betul.

otak apatah lagi. kejap-kejap pening. kejap-kejap dikerah untuk berfikir. kejap-kejap dipaksa untuk mengingat.

memori-memori indah aku dan dia atau memori indah dia dan Si Minah. cet!

badan pulak kejap-kejap hang. kejap-kejap panas. kejap-kejap sejuk.

sigh.

Kompleks #20 - Mencari Konklusi

mode ; pening.

penat berperang dengan perasaan ni.

yang logik dan tidak pada hemat diri.

jalan mana nak pilih untuk kekal berdiri.

apa yang terbaik untuk diri sendiri.

apa sebab semua benda terjadi.

apa akibat bila terluka hati.

apa hikmah kalau terima hakiki.

apa juga sesal akan aku dapati.

apa yang pasti,

aku perlukan masa untuk bersendiri.

sigh.

ralat dan kompleks!

Ya Tuhan, beri aku petunjuk.

beri aku kekuatan.

beri aku pedoman.

beri aku pendirian.

beri aku kebenaran.

beri aku kebahagiaan.

Ralat #27 - Damn

minah ; haloo. u ni sape ek? nak syg2 ngan bf orang??

aku ; bf u? sape ek?

minah ; Magoo. Mr.Magoo.

aku ; oo. bf u ek? berapa lama dah kapel? dia tak bagitahu ai pon?

minah ; skang dah tau kan.. so??

minah ; my hubby said, u ngan dye kawan je skang. but why u msg sayang2 ngan dye?


beberapa minit kemudian, selepas diignore oleh seorang yang bernama aku.


minah ; Cik Ralat, i xmara laa. cme i tnya jerw skang. y u nk msg syg2 ngan dye?

aku ; aik. u dengan dia kapel since bila ni? ai tanya dia, dia kata takde pape ngan u. kawan gitu-gitu je. tu yang ai heran tu.

minah ; aik.. i da g jmpe mom dye smp ke johor daa.. u ckp i ngan dye kwn?? ermmm.. mmg pelik jerw... my family knows dat he is my bf.. we all family related!

aku ; eh. yeke? tak tau pun. dia cakap u cuma adik/kakak kawan dia je. u kawan dah berapa lama ek? since dia kawan ngan ai, die tak pernah mention pun pasal u.

minah ; xperw... let me settle wit him 1st.. esk dye nk g jmpe darline.. i will ask him.. y now.. n wutz happen.. for ur info.. he is my hubby..

aku ; hubby? takpe. ai dah tanya dia. dia kata takde pape ngan u. hmm. heran. heran. since when did u know him?

minah ; u nk my mum call u kerw??or nk bos dye call u n bgtau??

aku ; eh. apa pulak kaitan dengan mak u and boss dia? ai cuma nak tau je u kenal dengan dia dah berapa lama? kenapa tak jawab. ke ai perlu tukar soalan tu jadi 'kawen berapa lama dah?' ai tak paham ni. ai tak marah u pon.

minah ; i knal dye bape lme is it a matter now?? da thing is he is mine... dye bf i...dye hubby i skg.. y u nk msg ye syg2???

aku ; oh, tak lah macam tu. cuma nak tau je dia dah kawan ngan u masa dia dah kawan ngan ai ke camana. ai ngan dia memang dah takde pape. tapi ai harap kita tak kena tipu la before this. sayang tu just normal term je. takde pape.

minah ; okayh... now u kno..datz fine.. i xmara pn u nk kawan ngan dye.. bese la.. gf mane xjealous if org len msg syg2 ngan bf dye kn?? nyway..nice to meet u.. i add u npe xnk confirm???

aku ; nice to meet u too. yelah, ai paham u jeles. tapi kenapa u still taknak jawab soalan ai eh?

minah ; Cik Ralat... r u mad at me?? see.. i juz wana kno... i neva mean nything..

aku ; neither do i. but i meant it when i asked the question. i also just wanna know, why is it so hard for u to answer it? if he is ur really hubby, then u must know everything. n i think its good for both party that we only contact in message. =)

minah ; diz year...awal thn nieh..sorry laa.. i mmg sygkn dia..juz..tetibe je i naek jealous.. look, im sorry k... dia xtipu u or i... im sorry... jgn slh anggap.. ktorg pun juz start to kno each other..

aku ; see. its easy if u just answer the Q right away. i'm not mad at u, and i won't. so, u do not need to be worry. but, i'm curious if u really ever met his family, since u guys just know each other.

minah ; yupe.. ermm.. k laa.. itz between me n him if u wanna kno bout it... i ruined evythings up.. i kno i shouldnt.. but i did.. Cik Ralat.. i dun wanna lost him.. i really deep in love wit him.. i juz wanna ask a favor...plz... would u do it for me??

aku ; if u don't wanna lose him, then just take care of him. one last Q, why do u have to deal with me in private, u can just comment in his profile. btw, take care of ur hubby!

minah ; no.. wait.. Cik Ralat... im so sorry okayh.. plz...i neva meant to make u n him be unfriend.. Cik Ralat... plz.. juz be nice with him.. im okayh with it.. look, im sorry k.. i neva meant to hurt u..

The End.

LOL.

Friday, March 19, 2010

Pada Suatu Hari #8 - Cafe World

'tengah buat apa?'

'tak buat apa. nak masak jap'

'oh, main masak-masak jugak ek'

'erkk. ades. tak lah. masak betul ni'

'oh, oke-oke.'

'kenapa? ingat main masak pakai Cafe World tu ke?'

'ha'ah. hahah'

'haha. takde maknanya'

ceh. ni semua sebab permainan online dalam Facebook - Cafe World tu.

korang ada main?

aku pun sama.

*grin*

Edisi Buang Duit - Pembaziran

semalam satu lagi pembaziran telah berlaku bilamana TERsampai satu parcel yang mengandungi dress yang gojes.

i loike!

saya beli kat sini.

cantik tak?

tunggu saya pakai. mesti lagi cantik. ceh.


Muscle Museum - Muse

special dedicated to si dia. ceh.




She had something to confess to
But you don’t have the time so
Look the other way
You will wait until it's over
To reveal what you’d never shown her
Too little much too late

Too long trying to resist it
You’ve just gone and missed it
It's escaped your world

Can you see that I am needing
Begging for so much more
Than you could ever give
And I don’t want you to adore me
Don’t want you to ignore me
When it pleases you
And I’ll do it on my own

I have played in every toilet
But you still want to spoil it
To prove I’ve made a big mistake

Thursday, March 18, 2010

Edisi Lelaki #2 - Jangan Jadi Desperado

mangsa 1.

setiap kali aku on yahoo messenger [ym] je, dia dengan pantas dan tuntas nye mengebuzz aku. ok, aku tahu kamu rindu, tapi jangan lah over sangat. kadang-kadang aku online sebab memang aku set setting tu untuk automatically online. bukan aku nak sangat stay visible untuk kamu.

dan selepas kamu buzz, aku ada 2 pilihan. samada buzz kamu beberapa minit kemudian, dan memberi alasan aku busy, atau pun tidak membuzz sekian lama dengan alasan, oh, aku tak perasan. ceh.

akhirnya, selepas beberapa episod aku dibuzz tanpa rela dan suka, aku telah delete dia. terima kasih.


mangsa 2.

suka mengganggu gugat aku semasa aku sedang proses bermain Mafia Wars [MW]. juga aku tidak suka. kerap kali aku bagi alasan aku sedang study, busy, jangan kacau, tengah makan, nak masak nasi, nak mandi.

itu adalah tanda-tanda halus yang juga memberi maksud yang sama dengan aku buat-buat sibuk, kau pun jangan lah nak menyibuk. kadang-kadang mangsa 2 kena ignore secara berterusan sahaja.


mangsa 3.

suka menghubungi talian-tidak-mesra aku. maka aku terpaksa la pura-pura tidak mendengar dan menekan butang mute di skrin telefon. dalam masa selingan sebelum panggilan kedua pulak masuk, aku cepat-cepat menekan butang silent pula, supaya aku tidak terganggu dengan Lady Gaga punya suara lagi.

mungkin 2 atau 3 hari kemudian, aku akan sms balik mintak maaf atau buat-buat tak tahu. itu pun kalau aku ada sedikit minat untuk mengekalkan tali ukhuwwah antara kita. tapi kemungkinan besar juga, aku terus akan mendelete nombor telefon kamu. terima kasih.


banyak lagi mangsa lain. kalau aku senaraikan kat sini, nanti kalian kata aku hidung mancung, pipi tersorong-sorong. ceh.

aku cuma senaraikan saja. sebab sekarang semasa aku tengah menaip ni, mangsa 3 sedang giat mendail talian-tidak-mesra aku dan aku bertindak balas sama seperti apa aku bicarakan di atas.

tambah pulak dengan keadaan aku yang tengah emosi-tak tahu nak berfikir-pening kepala-banyak masalah dan lain lain. tapi bukan PMS. duh!

jadi, tolong lah. henti kan. aku tak suka. aku mintak maaf sebab nampak macam sombong, tapi aku tak suka.

aku taknak cakap depan-depan, sebab nanti kau akan terluka dan kecewa. ceh. atau mungkin juga aku akan bertukar menjadi serigala jadian seperti semalam. [cerita lain]

dah tu pulak, aku punya status baik-sopan-lembut-ayu-bijak-pandai-caring akan tercalar.

ok, sila muntah sekarang.

but, please guys.

do not be desperate, be appropriate.

Kompleks #19 - Space

hari ni buat pertama kali, selepas sekian lama, aku balik dari lab dan berguling di atas katil.

hari biasa, aku akan balik dari lab, on Si Lappy dan berguling di atas katil.

apakah?

banyak masalah kot. banyak benda nak kena fikir. tapi aku tak tahu dari mana aku nak mula. apa aku kena buat.

i dont even know what the problem was in the first place.

jadi, aku perlu ruang dan masa untuk aku sendiri. untuk aku berhempas pulas mengerah segala keringat yang ada dalam menentukan hala tuju hidup aku samada dalam bentuk pelajaran atau dalam bentuk kehidupan.

ah, kompleks!

Ralat #26 - Tensi

mode ; tensi.

malas nak bagitahu kalian!

Wednesday, March 17, 2010

Mampus

Seorang suami sedang mencari-cari alasan dan helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kahwin 3 baru lah sah.

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu"is one, "dua"is two, "tiga"is three (isteri). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…


boo-hoo!

How to Play it Safe While Dating Online

Keep your personal information personal.

Don’t give out your phone number, address or personal information until you feel comfortable and safe doing so. This is important to remember both before you meet someone (when exchanging messages online) and if you choose to meet them in person.


Take it slow.

When you’re dating online, it’s easy to get caught up in the moment, just as it is sometimes in person, and start revealing too much about yourself or decide to meet someone in person after just a couple conversations. Remember, it’s much easier for someone to come across in a positive way when you aren’t sitting right across from them. Give yourself a few extra days, conversations or just a little more time than you think you should before you take the next step.


Beware of the "perfect catch."

If it’s too good to be true, it probably is. As noted before, pay close attention to details and take more time to discern who someone really is. If the person seems like prince or princess charming, it might be a red flag to keep in mind. Another red flag to look out for is someone who asks for money, your bank account number or any financially related accounts. These people are most likely trying to scam you.


Look out for pretenders.

Sometimes married men and women will get on dating sites and pretend to be single. Look for clues to tell you whether or not they might be in a relationship but are just "surfing." Sometimes you can tell by their profile stating they are only looking for "friends" or you might inquire about holes in their relationship history or profile.


When to meet.

After exchanging e-mails online for awhile and having several conversations on the phone, you might be ready to take your online relationship to the next step and meet in person. Make plans for a short date or coffee, but always have something to do afterward. Have friends who know where you are and what you’re doing, and always meet in a crowded public place.

Edisi Kenangan #2 - Ralat

tiba-tiba je teringat peristiwa lampau ni. tapi tak makan dek zaman. ceh.

dah 2 tahun pun.

masa tu aku dah on the way nak balik dari lab. tapi biasa la keluar dari lab yang mempunyai suhu mampu-sejuk-beku , maka mendatangkan rasa untuk ke toilet.

aku baru je beberapa hari start kerja dekat lab tu. so, semua tu adalah persekitaran baru pada aku. koordinat toilet pun aku tak sure kat mana.

sebelum tu aku dah mencari toilet ni lepas berjaya jumpa surau. tapi malang nasib aku, sebab toilet tu under construction. jadi aku dengan penuh rasa brilliantnya pergi ke toilet tingkat atas.

jalan punya jalan. masuk satu corner. nampak sign toilet. so, terus belok kanan tanpa bagi signal. ceh. toilet tu kosong jadi aku masuk dengan penuh konpiden.

dah masuk, aku pilih la yang paling bersih dan menjamin masa depan aku. isk. takkan nak cerita semua dengan detail. lepas keluar toilet, wajib la basuh tangan kan. ok, murid-murid. WAJIB!

tiba-tiba ada la sorang makhluk tuhan pun keluar dari toilet yang berasingan.

dengan muka terkejut, tengok aku.

dia : eh, ni tandas pompan ke [muka konpius]

aku: err. a`ah, tandas pompan kan. [buat-buat konpiden]

dia: eh, ni bukan tandas lelaki ke. tandas lelaki ni kan?

dia jalan keluar, dia bukak pintu, luas-luas dan tunjuk kat aku.

besar terpampang warna putih signboard yang tertera seperti di bawah.

"TANDAS LELAKI"

aku: errk. oke. oke. *&@#^%*^@!%

dan keluar dari situ sepantas kilat yang boleh. ceh.



malu seumur hidup! tsk tsk.

Tuesday, March 16, 2010

Pada Suatu Hari #7 - Definisi Skandel

'u, skandel tu apa?'

'emm, entah. kenapa?'

'u pernah tengok cerita Rempit tak?'

'tak, kenapa?'

'ala, tak tengok ke?'

'ha, dah tu apsal?'

'ala, tak pe lah'

'cerita yang Farid Kamil tu ke. yang dia mati last sekali tu ek?'

'ha'ah. yang tu lah'

'yang Aqasha berlakon jugak tu ke?'

'yup, yang tu lah'

'dah tuh, apasal?'

'takde ah. kan dalam cerita tu, Aqasha dengan Julia Hana tu jadik skandel?'

'eh, yeke. ai taktau la pulak. dah tu kenapa?'

'tah ah, I rasa macam tu la kalau jadi skandel. geli do'

'haha. pulak. dah tu u nak jadi apa, kalau bukan skandel?'

'skondol. hahah'

'ceh, tak comel langsung kot. hahah'

skondol?

ada ke patut.

aku pun hilang selera.

objection!

Dunia Skandel #8

hari ni masih tak berfungsi lagi.

baru je nak mentulis kat notebook, Mr.Magoo pulak ajak lunch. ceh.

maka, merewang-rewang lah dengan beliau tadik.

dengan gaya berlagak sebagai kawan lah.

konon-kononnya.

aku memang pandai je berlakon.

dia? aku tak pasti.

tapi ending tak berapa nak baik.

sebab angin aku datang lagi.

haha!

kena ignore la jawabnya.

Ralat #25 - Hari Marah Orang

semalam.

emosi menggila. tapi aku tak rasa apa-apa pun. cuma tadi pagi je baru aku realise aku dah rosakkan mood dengan beberapa skandel. ceh

mangsa 1.

Si Double Agent.

dia ni aku naik marah tiba-tiba dengan alasan aku tak suka dia berselindung. cakap tak lepas. hahah. sebab aku tak paham apa dia nak cakap. so, tengahari semalam aku suarakan la pendapat aku tu.

padahal aku sebenarnya tensen dengan pelawaan Si Cekgu ajak makan. agak saiko di situ. aku memang taknak sangat pergi, macam kena paksa. tapi orang lain pulak kena marah.

*grin*

mangsa 2.

Mr.Magoo.

dia ni aku marah petang pulak, sebab tiba-tiba tanya pasal lab, research and yang sewaktu dengannya. aku pun mula la jadi tensen sebab malas nak fikir. dengan method yang aku belum decide lagi. lepas tu pulak semalam kan pergi keluar makan dengan Si Cekgu [alasan sama je kot] mengambil masa aku kat lab, aku datang pun dalam tengahari, petang keluar makan dengan Si Cekgu, lepas tu terus balik. macam tak efisien je. ceh.

alasan sebenar, sebab aku tengah tensen pikir pasal research la ni. aku tak ada masa lagi nak fikir method mana aku nak fokus. tapi sebab dia tanya, aku terus macam moody. hahah.

*grin*

mangsa 3.

Encik Otomen.

yang ni malam pulak. dia ni aku tak marah. tapi aku buat dia marah aku, bila aku nak paksa diri nak tidur, tapi best sangat sembang sampai jam 0100 pagi pun aku tak berapa nak sedar. sedar-sedar je dah nak masuk jam 0200 pagi. jadi aku pun nak tidur, tapi guna cara ekstrem. terus dia marah, sampai sekarang. rentung aku kena fire!

sebenarnya, aku takut tak boleh bangun pagi ni bila tidur lambat. dah lah aku tak decide lagi apa aku nak buat esok. jadi aku cuba untuk tidur jugak walaupun dalam keadaan tidak berapa mengantuk dengan rasa bersalah.

*grin*

jadi, kepada semua mangsa terlibat, aku mintak maaf. dari hujung janggut ke hujung bulu kaki.

sebenarnya, aku rasa best jugak.

sebab bila fikir balik, aku jadi tensen ni semua pasal lab. jadi, maybe aku dah sedar diri nak siapkan kerja-kerja lab dan berhenti menjadi pelajar dengan segera!

aku rindu perasaan menjadi rajin dan tensi dengan kerja-kerja yang akan menyebabkan aku berfikir banyak kali untuk main-main. macam zaman muda remaja dulu kala.

terima kasih skandel ku. ceh.

Monday, March 15, 2010

Kompleks #18 - Anda Golongan Mana?

baru lepas makan dengan Si Cekgu dan Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung. makan nasi bariani. [kedai tu eja beriani tu macam tu].

terima kasih cekgu!

mula-mula masa dapat sms daripada Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung tu, memang liat gila nak mati nak bagi persetujuan. punya la aku malas nak mengadap Duli Yang Tak Berapa Nak Mesra - Si Cekgu itu.

perut memang lapar, sebab dah janji dengan Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung nak pergi makan sama-sama lepas mereka berdating.

tapi, nak buat macamana. kita yang merancang, Yang Satu jugak menentukan.

so, pergi la makan.

aku memang gila tak pandai hipokrit, tak reti nak berlakon yang aku boleh enjoy-enjoy, borak-borak kosong dengan Si Cekgu. cuma Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung je yang melayan, tapi tak tahu la samada itu adalah lakonan semata-mata atau yang benar belaka.

lagipun mereka adalah sekepala dari segi taste. nak kasut kulit aje, Clark aje, beg LV saja.

entah.

tak reti la aku.

yang pasti, aku memang tak boleh nak masuk. tadi pun nampak aku macam ketinggalan imej je. ceh.

aku kan dah bagitau tadi, macamana imej aku hari ni. so aku nampak macam orang yang berjiwa remaja dan sempoi. cis.

Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung pulak nampak vogue walaupun dah ada Si Caca berusia 3 bulan.

Si Cekgu pulak nampak macam cekgu la. entah.

tapi aku cukup tak suka la perangai orang yang cerewet masa nak makan. entah. tak berkenan benor-benor.

nak itu, nak ini. tanya itu, tanya ini. aku kesian kat Si Pelayan tu nak melayan karenah pelbagai ragam umat manusia bernama pelanggan.

bagus tak aku? undi lah saya. ceh.

memang la, kita ada hak pengguna. customer always right. customer nombor 1, 1 Malaysia. eh, apa kaitan.

tapi tak payah la sampai macam nak abuse pekerja tu. kesian.

aku kan dah banyak kali jugak makan dengan Si Cekgu ni. dah tau dah manner dia dekat meja makan macamana. kadang-kadang macam tak paham. bila dah paham, macam meluat la pulak.

maybe aku ni golongan kelas pertengahan kot.

ok, aku bahagikan kepada 3 golongan.

1-golongan atasan - ni macam Si Cekgu la
2-golongan pertengahan - macam aku la
3-golongan bawahan - err, takda contoh lagi

so, siapa-siapa yang rasa golongan bawahan, sila angkat tangan!

maksud aku, golongan ni semua aku bahagikan bukan dari segi pekerjaan, tapi pemikiran.

kalau aku, aku macam kesian dekat orang-orang yang bekerja bawah orang ni. lepas tu orang atasan tu pulak kan macam ikut suka hati mak bapak dia je nak marah kita depan orang ramai. berlagak macam dia tak pernah jadi orang bawah jugak, zaman Firaun dulu.

so, aku tak suka.

aku selalu bayangkan macamana jadi, kalau kau yang jadi orang bawahan tu? cuba la pikir sikit perasaan orang lain. jangan nak ikut sedap mulut kau je bercakap dan malukan orang ramai.

contoh.

situasi 1.

dalam lab tadi. ada orang nak hantar air. penghantar tu adalah mamat Bangladesh kot. so, dia masuk bawak troli tu straight je. sepatut belok kiri, hantar dekat pantry. then dia berhenti la kejap kan, nak tanya arah yang betul.

sekali dekat belakang tu, baru nampak orang atasan dia. atas sikit je la kot.

'masuk sana lah! berapa kali datang pun tak tahu lagi!'

aku macam, 'wadehek'.

tak payah la nak tengking-tengking orang camtu kot. even dia pekerja bawah kau je, tapi dia pun manusia ok. tahu malu jugak. cakap elok-elok tak boleh ke? dah la mamat Bangladesh tu buat muka kesian pulak.

haish. mencik! jatuh kasihan ok.

tak kira la kan, mamat foreigner ni semua buat hal ke ape ke kan, tu dah masuk topik lain. sekarang topik hormat orang lain. ceh.

situasi 2.

masa makan dengan Si Cekgu.

dia punya banyak songeh. ish. nak tahu semua benda tanya itu ini begitu begini. dah tu, bila mamat tu bawak, dia kata simpan dulu. nak makan hidangan dulu.

memang la mamat tu yang salah, sebab bawak dessert awal-awal. tapi cara dia bercakap, huish. aku memang tak berkenan.

aku rasa mamat tu kat belakang-belakang mesti mengumpat punya. harapkan status customer je, kena la sabar sikit.

entah lah.

memang la nak kata itu hak kita ke ape ke, tapi still, kita boleh mintak dengan polite. bukan susah sangat pun.

say please ke, terima kasih ke. diorang time bekerja je, sebab tu layan kan jugak. aku rasa kalau jumpa kat luar, mesti kena jeling tak hengat.

eh, macam dah keluar topik je.

so, kesimpulannya, aku sarankan kepada sekalian umat manusia, tolong lah hormat orang lain. semua orang ada perasaan, maruah dan harga diri. walaupun dia cuma pekerja kau ke, orang bawahan kau ke, but you rely on him/her.

kalau dia takde, kerja tak jalan, tahu!

ceh. ni dah macam pesanan peribadi pada Si Cekgu je.

anda golongan apa?

Minah Tudung

tadi tak berapa nak pagi, masa aku tengah bersiap-siap, sambil dengar lagu.

tiba-tiba keluar lagu berlirikkan seperti di bawah.

bertajuk Minah Tudung. siapa nyanyi aku tak pasti. tapi dengan rentak muzik Calabria.


Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh]
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat [bodoh]
Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula [bodoh]
Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh]

Keluar dengan mak pakai tudung
Pakai sopan aurat tertutup
Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah
Bagi lelaki tengok percuma
Aku sendiri tengok pon heran
Agama kuat tapi baju ketat
Buka tudung rambut perang

Perang perang
Konon tu nak tunjuk belang
Tindik sini tindik sana
Bukan di telinga sahaja
Lidah pon ada
Muke decent tetapi perangai nonsense
Ikut sesuke hati dia
Tapi tak ikut segi agama

Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang
Lain cerite macam monster
Cabut kening ada tatu di badan dia
Pakai makeup pakai lipstick punya tebal
Macam momok macam momok

Masya ala masya ala
Tak boleh angkat tak boleh angkat
Tengok dia tengok dia
Goyang pantat goyang pantat
Masuk club pakai tudung
Pergi tandas buka tudung

Ooh
Kemana pergi budaya
Kemana pergi agama
Mana pergi melayu kita

Dengar sini semua
Jangan ikut trend masa kita
Kita rosak kita hancur
Siapa nak jawabkan bila kita di kubur
Mak nak jawabkan [sorry sikit]
Bapa jawabkan [sorry sikit]
Atuk jawabkan [sorry sikit]
Berani buat berani tanggung sendiri

Pikir baik baik
Pikir masak masak
Jangan kita menyesal di hari kelak
Pikir baik baik
Pikir masak masak
Jangan kita menyesal di hari kelak

Berubalah kamu sebelum kamu diberubahkan
Ye lah tuk
Tuk juga yang pandai kan
Wateva lah tuk
Eh eh budak ni



aku sekarang pakai t-shirt, jeans, cardigan, dan selendang.

apakah?

haish.

All Alone #2

hari ni aku masih sorang-sorang.

gilak!

dah 2 malam tidur tanpa teman.

selain Kittu, Sarah dan anak-anak.

oh, tak lupa juga pada fesbuk dan telebisen.

sekarang pun layan indostan di tv2.

ceh.

para hosmet!

bila mau pulang ke pangkal jalan?

sebenarnya, malas nak update.

tapi Encik Boyot nak sangat baca.

nah, encik. dah siap!

selamat malam.

Saturday, March 13, 2010

Edisi Kenangan - Tidur

baru je kejap tadi aku terlelap kesan daripada makan, hujan, guruh, kilat, petir, bosan, dan sorang-sorang. adunan ni semua cukup mudah untuk menjadi ubat tidur aku.

dalam mata tengah nak layu-layu, tiba-tiba je terasa lengan aku kena pukul sepoi-sepoi bahasa - tanda nak kejutkan aku lah tu.

aku pun macam malas gila nak bukak kelopak mata. sebab baru je nak masuk state tidur dengan best.

aku cuba jugak nak bukak, sebab bajet hosmet aku dah balik ke ape ke, mana la tau kan.

tengok aku lambat respon, sekali lagi lengan aku kena libas. kali ni dah macam gaya-gaya Si Satu dan Si Dua yang suka aku kacau tidur berlebihan kat rumah.

aku malas-malas pun, cuba jugak bukak mata.

nampak sekilas lalu, ada orang melintasi depan aku. macam pakai tudung yang segera mengingatkan aku pada Cik Rumet.

tiba-tiba dah masuk waktu Maghrib.

aku bangun je la terus.

apakah itu? yang mengejutkan aku?

ceh. konon-konon saspen la kan.

tapi aku selalu rasa macam ada orang kejutkan aku time aku memang tak berapa nak patut tidur.

contoh, macam tadi lah. dan lagi satu contoh time nak bangun Subuh. walaupun aku tak buat alarm, tapi kalau dah niat aku kata nak bangun jam 0630 ke ape ke, mesti aku macam TERkejut jugak time tu.

kemudian, atas aku la pulak kan, nak bangun ke tak lepas tu.

so, bagi aku, aku selalu rasa ni kerja Yang Satu.

kalau masa aku belajar zaman batu dulu - zaman makan nasi kawah [aku budak asrama], memang boleh kata sepanjang masa setiap kali masuk time study atau prep, aku mesti mengantuk. mesti.

confirm!

tidak dapat tidak. mesti nak jugak tidur dalam kelas. especially time study petang, lepas balik dari sekolah, makan tengahari. lepas tu bersiap balik nak pergi study, memang automatik minda jadi blur, mata jadi berat dan aku akan tidur.

tapi aku tidur tak lama lah.

kurang setengah jam sebelum masa study habis, aku akan automatik bangun. macam kena tekan butang restart. ceh.

selalu jugak la aku perasan Cik Partner sebelah meja aku macam tak berapa nak puas hati kalau setiap kali aku tidur pun, aku mesti akan terbangun dan akan punya masa untuk terstudy jugak.

kalau macam dia, memang la jarang tidur, tapi kalau sekali tidur mesti start dari waktu mula study sampai ke waktu habis study.

maybe sebab tu dia buat muka kot setiap kali aku bangun. atau mungkin dia jijik dengan air liur basi aku. hahah.

tapi zaman aku study dulu tu memang kawan-kawan pesen jenis dengki untuk bab-bab study, which is good.

sampaikan bangun untuk mandi awal pagi pun, rela bangun senyap-senyap dan biarkan kawan lain tidur dan anda akan menjadi orang terawal bangun dan terawal pergi sekolah.

pastu bila kawan yang lambat tu bangun dan terpisat-pisat sebab terlambat, anda punya muka akan tunjukkan riak muka yang tertera maksud 'yes, aku menang'.

ceh. macam best je.

masa tu tidur paling lewat jam 2330 sebab kena light off jam 2300, bangun tidur pulak paling lewat jam 0630 sebab kena bersiap-siap nak pergi sekolah. tu belum termasuk bila sampai zaman air takde. lagi haru. tsk tsk.

sekarang?

rutin aku tidur jam paling lewat 0630 pagi, bangun paling awal jam 1000 pagi. bertambah-tambah haru nya.

apa sudah jadi pada aku? revolusi kah?

sigh.

Friday, March 12, 2010

Ralat #24 - All Alone

semua hosmet telah selamat meninggalkan rumah.

tsk tsk.

Si Ketua Rumah - balik kampong.

Si Usahawan - pun balik kampong.

Si Gagah - berpoya-poya bersama kekasih hati.

Si Mardi - balik umah bakal mertua.

Si Ernie - pun balik kampong.

Si Ralat - jaga rumah, Sarah, Kittu and kittens.

sigh.

i am all alone!

Pada Suatu Hari #6 - Mr.Magoo

pada suatu hari..


'saya punya skandel macam tu macam ni pom pang pom pang'

dia angguk-angguk.

'lepas tu yang tu pulak kan. saya cakap camni dia kata camtu. bla bla bla. haha'

dia ikut gelak sama.

'yang lagi sorang tu lagi la. entah ape ape. mengarut-ngarut. pot pet pot pet'

dia buat muka.


senyap.

diam.


'ala, awak citer awak punya skandel, saya pun nak citer jugak saya punye skandel'

'apedie?'

'semalam dia mesej. cakap rindu saya.'

aku angguk-angguk.

'tadi dia called. nak balik dengan saya. haha'

aku gelak sama.

'petang dia called lagi. ajak jumpa'

aku buat muka.

'awak jawab ape?'

'saya kata saya busy. tak boleh jumpa dia'

dalam hati - ya, sebab awak datang jumpa saya!

*sarcastic face*

Thursday, March 11, 2010

Update On Progress Meeting

hari ni aku memang marah kat Si Cekgu. rasa benci betul.

meluap-luap bila dia cuba nak bertikam lidah dengan aku, dan kemudian bajet menang.

tadi, masa duk present.

aku bagitau la apa masalah yang aku hadapi. apa yang tak kena dengan Method 2 tuh. hari tu lagi aku dah cakap, tapi dia biasa lah. buat tak tahu aje yang dia reti.

tadi aku cuba cadangkan nak pakai Method 3 pulak.

sebab aku tengok student bawah aku punya sampel adalah sangat comel sama macam sampel yang dihasilkan dengan Method 1 berbanding dengan sampel yang dihasilkan oleh Method 2, iaitu kaedah yang aku pakai sekarang ni yang konon-kononnya adalah low cost!

tu semua idea dia lah.

so, aku cuba dan mencuba.

memang kalau sekadar nak test dan test dan hasilkan paper untuk publish macam yang dia nak, memang aku boleh aje nak buat. tapi sekarang ni pokus pada nak habiskan research aku ni, dan benda tu yang aku hasilkan selama ni tu adalah tak berguna.

sebab sampel tu vanish setiap kali aku sintered!

sigh.

dah tu, bukannya nak tolong aku. bagi nasihat ke bagi tunjuk ajar ke. boleh pulak dia suruh aku pergi diskus dengan cekgu lain, sedangkan dia la yang bertanggungjawab ke atas aku.

aku nak ada cekgu kedua, dia tak kasi. konon cekgu kedua ni duk amik hasil research dia dan publish untuk kepentingan sendiri.

padahal cekgu kedua tuh, pada aku adalah sangat pandai dan terror dan tahu apa yang dia buat. dah tu lagi, sangat menolong aku. suka explain bila aku tanya.

Si Cekgu ni pulak, semua dia bergantung pada orang bawahan macam kami ni, terutamanya pada Si Rajin. sat lagi kalau Si Rajin dah keluar, aku tak tahu lah apa jadi.

setiap kali kalau ada orang baru masuk je, mesti dia refer kat orang bawahan yang dah senior. aku pun ada jugak kena kadang-kadang.

dia? dia tak ada buat apa-apa pun. cuma tunggu result dan bersedia nak menyumpah je. tu je kerja dia. lepas tu claim dia penat la, banyak kelas la, banyak mesyorat la.

hish. benci betul.

tadi masa aku cakap nak try bertukar ke Method 3, dia pun beria-ia je nak salahkan aku sebab tak bagitahu awal-awal nak beli barang dan sekarang geran dah tutup. dah takde funding. so tak boleh nak beli barang pakai duit geran.

lepas tu ayat paling tak boleh blah, bila dia suruh aku guna duit aku untuk bayar eksperimen nanti. siot je.

'tu lah, hari tu saya suruh beli semua barang sebelum geran tutup'

'yelah, saya dah beli semua barang. tapi hari tu kan cekgu jugak cakap suruh pokus method ni. so, kalau pakai method ni tak payah guna alat tu semua'

'tak boleh nak salahkan saya jugak, sebab saya dah bagitahu awal-awal'

'hmm. yelah. takpe lah. saya usaha jugak dengan sampel ni'

dia jugak taknak mengaku tu salah dia - menyuruh aku menggunapakai Method 2. lepas tu cakap aku yang tak dengar cakap dia la apa la.

ceh.

agak bullshit di situ.

dan dia rasa dia menang.

aku malas nak layan. sebab aku dah sampai tahap - kalau kau tegur aku lagi, memang aku naikkan suara je.

tahap sabar aku dengan dia dah sampai ke situ.

so, aku beralah je la. kang dikatanya aku biadap lagi. susah pulak nak lulus. aim aku sekarang cuma nak siap cepat, nak lari cepat, nak grad cepat je.

habis cerita.

Wednesday, March 10, 2010

Kompleks #17 - Progress Meeting Lagi

esok adalah Hari Mengadap Si Cekgu.

adeh.

apa pulak kali ni aku nak kelentong. hmm.

mari berfikir sejenak ye kawan-kawan.

oh ya, apakata kalau bagitahu perkara yang benar sahaja.

sampel saya rosak, cekgu!

haish.

macam tidak boleh diterima pakai sahaja oleh seorang yang bernama Si Cekgu itu.

apadia ye?

idea idea, come to me.

faster!

Hari Memasak Saya

ah, hari Rabu memang selalu buat aku tensen. menurut kata Cik Kaunselor dan bekas Pembantu Tidak Rasmi lah, suatu ketika dahulu. ketika masih bersama-sama.

sekarang dah berpisah. ceh.

bangun pagi je, terus kena fikir nak masak apa. kadang-kadang sebelum tidur pun dah fikir, nak masak apa esok ya? bagus kan aku?

tapi kadang-kadang hari Rabu jugak adalah Hari Malas aku. pasal bila aku asyik fikir dan fikir dan fikir, nanti aku jadi tensen dan malas dan rasa tak semangat nak pergi lab. apa kaitan?

so, kalau tiba-tiba je aku jadi malas, aku mesti mintak tolong para hosmet pergi beli salad, sayur atau ikan atau mungkin juga Nasi Kukus Ayam Berempah. tu kalau dah malas tahap gaban.

sebab aku ada masa-masa tertentu bilamana aku rasa rajin sangat nak mencuba, macam hari tu, siap Google kot resipi-resipi best. lepas tu try masak kat rumah.

tapi, masa tu adalah Zaman Kegemilangan Aku dan juga Hosmet. maka, setiap orang pun akan bersemangat gila nak masak. terutama Si Beyonceet yang sangat pandai masak, tapi selalu taknak mengaku.

dan masa tu jugak, masak secara pair. 2 orang setiap hari masak, gilir-gilir.

ya, kat hutan tropika ni, kami mengamalkan sistem giliran. masak ikut giliran, buang sampah ikut giliran, basuh baju ikut giliran. hahah.

Si Dua ngan Si Satu selalu kutuk aku sebab nak memasak pun ada hari.

sebab kalau kat kampung, aku kadang-kadang je masak, sebab Si Satu tu terror sangat masak. skill memasak beliau adalah sangat tinggi, jadi aku rasa tak perlu nak tolong sangat.

cuma kalau kadang-kadang terasa macam nak jadi bini orang tu, aku pergi la tolong jugak apa yang patut. sebab aku biasa tak boleh kerja bawah arahan orang lain. terutama Si Satu, sebab beliau tidak pandai berkompromi dengan aku.

Si Emak lain lah. beliau tahu aku tak suka disuruh-suruh dengan salah approach. jadi kadang-kadang je beliau akan suruh. tu pun dengan penuh berhemah. tapi kadang-kadang kena bebel jugak. tahankan aje la duhai telinga.

mak mana tak bebel. tsk tsk.

aku pesen kalau kena suruh secara paksaan, aku lagi takkan buat.

rebellious la konon. cet.

depan sepupu kecik umur 4 tahun pun, aku buat perangai macam tu jugak.

masa tu tengah buat kuih raya. tapi emak dia yakni ibu saudara saya, adalah sangat suka mengkomplen dan mengomel. dah aku pergi tolong buat kerja pun kira punya la baik, tiba-tiba banyak mulut pulak pom pang pom pang pot pet pot pet itu ini begitu begini.

aku pun apa lagi, memblahkan diri lah.

esok nya budak kecik tu cerita kat semua orang. rasa nak lempang laju-laju je dia masa tu. harapkan kecik je.

sekarang dia dah darjah 3. boleh lah balas dendam.

*evil*

aku tak makan kuih raya tu sampai ke sudah.

mogok!

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki????


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...



Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Tuesday, March 9, 2010

Ralat # 23 - Cedera

tadi tengah seronok-seronok jalan-jalan melintas jalan nak ke seberang sambil buat muka ketat tanda tak mahu sembang, tiba-tiba Si Henpon jatuh ke atas jalan raya di bawah terowong.

tsk tsk.

nasib baik takde kereta kiri kanan. cuma ada seorang akak je kat belakang. dia pun terkejut aku buat emergency break tadi.

lepas tu terus jadi macam orang mereng. pasal Si Henpon tiba-tiba hang.

maka lagu I Can't Take My Eyes Off You pun berkumandang lah di bawah terowong, sebab tak boleh nak stop.

terus kutip dan maju ke depan.

nasib baik tak terlanggar kereta depan pulak sebab mata asyik kat Si Henpon, check samada cedera ringan ke berat.

oh, luka sikit-sikit je. luka normal bilamana terhempas secara tidak sengaja.

kesian kat awak ye Si Henpon.

saya mintak maap.

sob sob.