Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, February 23, 2010

Rezeki

hari ini, eh semalam adalah hari yang agak berguna walaupun niat asal aku pada hari Isnin adalah agak terpesong.

aku merancang nak start buat sample. eceh.

tapi bila buka mata, teringat pulak pasal duit aku yang maybe short di tengah jalan. pada fikiran aku duit itu tak masuk dalam bank aku pun, tapi pihak bendahari berkata sebaliknya. maka jumlah duit biasiswa yang masuk agak kurang. sedikit.

memang la macam annoying je kan, sikit pun nak mintak.

tapi aku sekarang tengah gila-nak-jimat-and-nak-kumpul-wang demi kereta idaman yang akan wujud mungkin lagi 2 3 bulan selepas cukup dana. tsk tsk.

nak jadikan cerita, petang tadi, aku tiba-tiba rasa nak check sistem kewangan dan aku berjaya kumpul lagi sejumlah wang bilamana pihak biasiswa terlebih bayar yurang pengajian.

yippi.

jadi, pagi tadi - sesi ke bank. petang pulak -sesi ke bendahari. dua-dua dengan tujuan yang sama iaitu - Mari Claim Duit Anda. ceh.

tapi malangnya dua-dua kena tunggu lagi 2 minggu.

maklum saja la sistem birokrasi. aduh. dalam kepala dah duk membilang dah berapa lagi jumlah wang yang perlu untuk dana Tabung Mari Membeli Kereta.

tapi tak mengapa. alhamdulillah saja.

No comments: