Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, February 20, 2010

Ralat #20 - Broken

hari ni, akhir nya aku nangis jugak.

baru lah rasa berjaya melepaskan semua beban dalam hati lepas 2 hari aku decide untuk jadi 'sendiri'. tu pun guna sebab yang lain - sebab tak dapat cari kereta idaman.

tadi bertekak secara online dengan Si Dua, pasal kereta idaman la. then Si Ayah call.

entah kenapa rasa macam sangat sebak. satu, mungkin la jugak sebab tak dapat kereta idaman, tapi satu lagi sebab yang mendalam, sebab aku memang nak nangis pasal Mr.Magoo tu, tapi aku takde air mata dah nak keluar.

that day, hari aku terbaca pengakuan dan pujian dia pasal Si Cantik - the very ex-gf yang sangat beliau sayang dan suka dan admire itu, telah membuatkan aku menjadi tawar hati dan berhenti berusaha. dan for sure aku sangat patah hati.

tapi aku tak menangis.

biarpun berulang kali aku baca pengakuan dan pujian tu, tapi aku tetap tak boleh nak menangis. aku cuma rasa takut dan berdebar - perkara biasa terjadi pada aku bila aku tahu yang aku terpaksa juga putuskan hubungan.

so, tadi. untuk julung kalinya aku menangis. depan Si Ayah dan Si Emak, yang mungkin sekarang ni hairan kenapa aku menangis sebab tak dapat sebuah kereta idaman. padahal aku menangis sebab bakal menantu diorang dah takde.

dan mungkin jugak cerita ni akan tersebar dengan cepatnya kepada Si Dua dan juga Si Satu. sebab tiada rahsia di kalangan keluarga. ceh.

atau mungkin aku patut bagitahu sendiri dekat Si Dua?

tapi beliau sangat marah sebab aku tak reti nak buat keputusan. nak beli kereta ke taknak ke. well, tough decision, oke?

dan aku sangat kesian kat diri sendiri jadi macam ni sebab seorang lelaki yang mungkin tak pernah fikir pun pasal aku sebab masih sibuk mengayat ex-gf yang sangat disukai.

dan, fyi Si Emak dah tolong belikan aku sticker 'P' yang konon-kononnya lelaki tu suruh tampal kat kereta dia dulu sebab nak bagi aku drive dan pada dalm keadaan sekarang, for sure la aku dah takde peluang tu semua.

so, setiap kali aku pandang sticker 'P' tu, hati aku jadi sayu. dua-dua aku tak dapat. kereta idaman tak dapat. lelaki macam tu pun aku tak dapat. haha. bodoh.

ini juga mungkin salah satu cara untuk bagitahu pada Si Dua sebab eventually dia akan baca kat sini je then gelakkan aku. macam biasa.

tapi sekarang ni aku tengah duk fikir. nak cerita kat Si Parents ke tidak pasal Mr.Magoo yang dah tak berapa nak jadi Mr.Right.

sigh.

No comments: