Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, February 1, 2010

Mari Membeli Kereta #2 - Kenapa Saya Mesti Ada Kereta

hari pertama. bulan kedua. tak buat apa. habiskan masa dengan tidur je. memang rasa macam malas gila. tambah-tambah nak balik kampung.

standard 2 3 hari sebelum balik kampung, mesti semangat dah sampai kat kampung dulu.

tapi kalau nak balik dari kampung, semangat mesti tinggal kat kampung lagi 2 3 hari sedangkan aku dah balik ke pangkal jalan.

begitulah seadanya.

ceh.

kalau bahasa pendek, aku cuti rasmi 3 hari, sebenarnya aku cuti dalam 7 hari. tambah tolak sepak terajang sebab semangat tertinggal atau lebih dulu meninggalkan.

ah, kompleks jugak.

malam semalam Si Empat datang ke sini.

kalau orang kampung cakap, turun KL la konon. cet.

risau jugak sebenarnya. sebab dia tak pernah datang sini. dah tu pulak datang dengan Cik Mamat yang bagi aku adalah agak tidak sihat. Cik Mamat pun tak pernah 'turun KL'.

sebagai seorang saudara yang baik hati, saya berasa amat concern dengan Si Empat yang ibarat 'rusa masuk kampung'.

alamak. macam terngiang-ngiang pulak orang yang melafazkan ayat yang sama pada aku beberapa minggu lepas. kurang asam punya Mr.Magoo. buwek.

sebab tu la aku rasa nak ada kereta.

eceh. tiba-tiba nak jual manifesto pulak.

'Kenapa Saya Mesti Ada Kereta'

1-aku nak ada sesuatu benda yang boleh jadi bestfriend aku. aku boleh bagi nama. aku boleh hias. aku kena jaga. or should I say aku nak seorang husband dalam bentuk kereta. wink wink.

2-senang aku nak bergerak ke sana sini. ke depan ke belakang. ke kiri ke kanan. ke rumah atau ke lab. tidak lah Si Cekgu boleh mengutuk-ngutuk aku lagi. ini tak menjamin aku akan pergi lab lebih awal, tapi kalau balik dari lab lebih awal, kebarangkaliannya adalah besar.

3-saja nak bangga diri. aku nak jadi independent. taknak bergantung kepada pakcik bas dan juga kawan-kawan yang punya kereta. sebab aku dah naik segan dan aku agak tidak pandai membina ayat untuk menumpang kereta orang lain demi kepentingan aku. ceh.

4-boleh jadi teman aku nak lari dari rumah sesuka hati. mana tahu, bila aku berada dalam mode emosional, maka aku rasa nak larikan diri pergi taman permainan ke laut ke pantai ke surau ke masjid ke, sama macam Cik Kaunselor buat.

5-sudah tentu la sebab aku nak balik kampung taknak naik bas, dengan alasan bas eksiden. padahal pandu kereta sendiri tidak membuatkan kadar kemalangan itu turun, tapi saja la kan. sekurang-kurangnya kalau nak berhenti buang air kecil tak perlu tunggu sampai berjam-jam semata-mata sebab malu nak bagitahu driver bus 'saya nak ke tandas, sila berhenti kat mana-mana stesen berhampiran'.

dah ada 5 sebab. cukup lah tu.

bulan depan kalau aku tak dapat kereta lagi, aku tambah lagi 2.

undi lah saya!

No comments: